Harian Metro: Arena |
Posted: 12 Sep 2011 11:52 AM PDT REXY Mainaky lebih gembira dengan posisi baru melatih beregu wanita kerana bersifat lebih terbuka berbanding beregu lelaki sebelum ini. Rexy yang bertukar portfolio selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan Khamis lalu yakin mampu membentuk persefahaman yang baik dengan beregu wanita dan campuran.
Sikap terbuka yang dimaksudkan Rexy itu adalah keinginan pemain untuk berkongsi pendapat dengan jurulatih jika ada rasa tidak kena dengan permainan.
Sebelum ini, beregu wanita menjalani latihan pada pukul 7.30 pagi manakala beregu campuran lapan pagi.
"Saya juga perlu memastikan beregu wanita dan campuran kedua mendapat pendedahan kejohanan yang mencukupi kerana jika apa-apa kecederaan dialami pasangan utama Pei Tty-Eei Hui (beregu wanita) atau Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran), kita ada beregu lain untuk memungut mata melayakkan diri ke Olimpik." Rexy yang akan dibantu Jeremy Gan diberi sasaran memastikan satu pasangan beregu wanita dan campuran layak ke Olimpik London tahun depan.
|
Posted: 12 Sep 2011 11:49 AM PDT JUARA 32 kali Piala Malaysia, Selangor perlu meneruskan rentak kemenangan ke atas skuad warga kota, Kuala Lumpur, malam ini bagi mencerahkan peluangnya ke suku akhir. Namun ia bukan tugas mudah buat skuad K Devan itu terutamanya selepas kejayaan Kuala Lumpur meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas PDRM, 3-0 dan T-Team, 2-1.
"Harapan tinggi diletakkan kepada kami untuk mengejutkan Selangor dan saya harap ia mampu direalisasikan kerana ini peluang terbaik selepas mencatatkan dua kemenangan terutamanya mengejutkan T-Team, Sabtu lalu," kata Mohd Razip.
Selangor kini menghuni tangga ketiga selepas hanya mencatatkan satu kemenangan berbanding Kuala Lumpur yang meraih mata maksimum.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan