Harian Metro: Arena |
Posted: 14 Sep 2011 09:15 AM PDT TELUS atau tidak setiap tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas menetapkan beberapa syarat supaya dituruti pemain profesional jika mahu berlatih bersama di Stadium Juara, Bukit Kiara menjadi persoalan kepada bekas ketua jurulatih badan induk badminton, Razif Sidek. Razif yang mengalu-alukan kesediaan BAM menerima gandingan Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari menyifatkan persatuan itu membuat keputusan baik tapi beberapa syarat yang dikenakan menyebabkan beliau berasa BAM sebenarnya cuba menghalang pemain profesional dari berlatih bersama pemain mereka.
Begitupun beliau tidak menghalang Zakry-Fairuzizuan untuk berlatih di Bukit Kiara jika itu kemahuan mereka.
"Bagi saya BAM rasa tergugat apabila dua beregu Zakry-Fairuzizuan dan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen kini bersama KLRC menjadi gandingan kedua terbaik di negara ini selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tapi mereka sepatutnya melihat perkara ini dari sudut positif kerana tidak perlu lagi menanggung dua gandingan ini," kata Razif.
"Saya gembira dengan perbincangan dalam proses mediasi yang dilakukan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana sekurang-kurangnya kami, kedua-dua pihak berpeluang duduk semeja berbincang dengan baik.
|
Posted: 14 Sep 2011 09:10 AM PDT SEKALIPUN puas hati dengan tiga kemenangan berturut-turut yang dicatat Negeri Sembilan, termasuk mengenepikan juara Piala FA musim ini, Terengganu, 1-0, malam kelmarin untuk mendahului carta Kumpulan B, ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah enggan menghela nafas lega. Sebaliknya beliau mengaku barisan depan pasukan itu perlu dimantapkan lagi berikutan banyak peluang diperoleh gagal dimanfaatkan apabila tidak kurang lima peluang terbaik terutama menerusi penyerang berpengalaman, Hairudddin Omar, gagal disempurnakan.
"Memang kita sudah jangka situasi itu kerana lawan memiliki kekuatan tersendiri, apapun saya puas hati dengan persembahan pemain dan rentak kemenangan ini perlu dikekalkan pada perlawanan akan datang untuk layak ke suku akhir," katanya.
Menurutnya, gandingan tiga penyerang Hairuddin, Ahmad Fakhri Saarani dan Mohd Firdaus Azizul sambil dibantu pemain sayap Shahurain Abu Samah dan S Kunalan tampak berkesan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan