Kosmo Online - Sukan |
Safee dihantui kecederaan lama Posted: Safee dihantui kecederaan lamaOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
KECEDERAAN otot yang selama ini membelenggu penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali kini kembali menghantui pemain itu dalam usaha menyarung jersi kelab England, Cardiff City. Safee kembali dihantui masalah kecederaan tersebut semasa menjalani ujian pemilihan di pusat latihan Cardiff kelmarin, sekali gus sedikit menjejaskan rentak persembahannya dalam usaha memikat pihak pengurusan kelab. Kecederaan tersebut menyebabkan Safee kurang selesa, terutamanya semasa melakukan percubaan jaringan, selain turut menganggu konsentrasi penyerang prolifik itu semasa cuba mengatasi asakan pemain pertahanan sehingga menyebabkannya terpaksa berehat seketika sebelum kembali menyambung sesi latihan. Masalah tersebut bagaimanapun ternyata tidak menghalang Safee daripada mempamerkan aksi yang terbaik apabila masih berjaya menjaringkan satu gol semasa sesi latihan itu. Malah, pengendali Bluebirds, Malky Mackay juga sudah pasti tidak memandang keupayaan Safee 'sebe- lah mata' apabila tonggak kebangsaan itu mula mendapat liputan meluas media tempatan yang menggelarkannya 'David Beckham Malaysia' sebaik menjejaki bumi England baru-baru ini. Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim yang mengesahkan kecederaan Safee berkata, masalah kecederaan itu bukanlah satu 'malapetaka' apabila Safee dilihat masih berupaya menjaringkan gol semasa sesi latihan tersebut. "Safee mungkin sedikit tidak selesa dengan kecederaan kecil itu, terutamanya ketika melakukan percubaan semasa sesi latihan. "Justeru, saya menyeru kepada semua peminat supaya mendoakan agar Safee kembali berada dalam keadaan terbaik, sekali gus dapat menonjolkan segala bakat yang beliau ada," kata- nya menerusi laman rasmi Facebook Safee semalam. Safee yang berlepas ke bumi England, Isnin lalu dalam misi menjadi rakyat pertama Malaysia beraksi di sana selepas mendapat 'lampu hijau' daripada maji- kannya, Pelita Jaya. Zakaria memberitahu, Safee juga setakat ini tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan, selain dilihat cepat serasi bersama pemain-pemain lain sepanjang sesi latihan. "Selain itu, Safee juga tidak mendapat layanan isti- mewa kerana semua pemain dilayan sama rata ketika turun berlatih. "Saya juga percaya ia mampu membantu meningkatkan corak permainan Safee selepas ini apabila berlatih bersama pemain- pemain Cardiff yang jauh lebih tinggi keupayaannya," katanya Zakaria yang mengakui peraturan di pusat latihan Cardiff agak ketat. | |
Posted: 'Mendung tidak bererti hujan'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE AMIRULHADI ZAINAL (kanan) antara tonggak yang menjadi kepercayaan Devan untuk menggempur kubu lawan. APA sudah jadi Selangor? Reputasi selaku pasukan yang paling banyak menjulang Piala Malaysia sebanyak 32 kali sebelum ini ternyata bukan satu tugas yang mudah buat pengendali Selangor, K. Devan yang ketika ini dilihat masih mencari tonik terbaik dalam saingan Piala Malaysia pada edisi kali ini. Hanya mampu mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan setakat ini, skuad yang mendapat jolokan Gergasi Merah itu kini tidak ubah seperti 'bom jangka' yang boleh ditunjukkan jalan keluar pada bila-bila masa menje- lang pusingan kedua peringkat Kumpulan D malam esok. Kejutan pasukan ibu kota, Kuala Lumpur yang selama ini hanya boleh dianggap 'adik', namun tiba- tiba gah menerajui kumpulan dengan tujuh mata serta masih kebal dengan rekod tanpa kalah setakat ini juga boleh menidakkan hasrat Selangor yang telah lama ketandusan trofi sejak beberapa tahun lalu. 'Mendung tidak bererti hujan', perjuangan Merah Kuning bagaimanapun masih belum ternoktah dengan syarat mereka mampu menjinakkan pasukan berstatus kelab, T-Team di laman sendiri di Stadium Shah Alam malam esok. Tewas tipis 1-0 kepada skuad kendalian Yunus Alif itu di gelang- gang lawan pada pusingan pertama peringkat kumpulan sebelum ini juga menjadi penyebab utama betapa hanya kemenangan sahaja yang boleh menyelamatkan Selangor termasuk maruah Devan yang sebelum ini cukup terkenal dengan gelaran The Special One Malaysia memandangkan pasukannya sebelum ini iaitu Kuala Muda Naza dan Negeri Sembilan Naza dilihat cukup cemerlang semasa di bawah sentuhannya. Apa yang pasti, 'magis' Devan begitu ditagih malam esok, selain ketajaman Fazli Saari dan Rudie Ramli di jentera serangan juga menjadi titik-tolak sama ada impian Selangor untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 hanya sekadar mimpi indah ataupun tidak. Belum mahu menekan butang kecemasan, Devan bagitupun yakin dapat membenam cabaran T- Team, sekali gus kembali ke lan- dasan sebenar. "Kami optimis mampu melangkah lebih jauh dengan memasti- kan kemenangan Sabtu ini (malam esok) meskipun sedar pasu- kan T-Team bukan mudah untuk dijinakkan. "Apa yang pasti, kualiti pemain- pemain Selangor sedia ada juga tidak boleh dipandang remeh meskipun turut menghadapi teka- nan daripada Kuala Lumpur," kata Devan. Menurut Devan, beliau mahu kesebelasan utama Selangor bersikap lebih tenang dan memberikan komitmen seratus peratus semasa berjuang menentang T- Team malam esok bagi memburu tiga mata berharga. | |
Paul Scholes sarung jersi Selangor? Posted: Paul Scholes sarung jersi Selangor?BAGAIKAN mimpi jadi realiti. Itu tanggapan peminat bola sepak tempatan sekiranya bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menyarung jersi Selangor pada perlawanan Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura 1 Oktober depan, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI. Spekulasi itu timbul apabila legenda United itu menepati krite- ria pemain import yang dimaksudkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi memperkuatkan skuad Gergasi Merah pada pertandingan itu kelak. Selain itu, FAS juga difahamkan turut berminat untuk membawa bekas pemain Liverpool untuk digandingkan bersama Scholes yang menjaringkan 150 gol sepan- jang 676 penampilan bersama United. Apa yang pasti, ribuan penyokong setia bola sepak tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan dua bekas pemain Liga Perdana England ini menyarungkan jersi Gergasi Merah dengan lebih dekat. Seandainya desas-desus itu menjadi kenyataan, satu lagi seja- rah bola sepak tanah air bakal tercipta apabila menyaksikan kelibat Scholes dan bekas pemain Liverpool beraksi bersama bekas penyerang Selangor, Mohd. Safee Sali untuk merobek gawang Sang Singa di Stadium Shah Alam. Namun pengerusi penganjur PSS, Datuk Abd. Karim Munisar bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu, sambil memberi- tahu, teka-teki itu hanya akan terjawab sebaik pengumuman rasmi senarai penuh pemain Sela- ngor hari ini. "Kita telah mengenal pasti dua pemain import itu tetapi buat masa ini tidak dapat mengumumkan nama mereka kerana kami masih menunggu persetujuan daripada mereka. "Setakat ini perkara ini masih dalam proses rundingan dan akan diumumkan kelak," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan