Harian Metro: Arena |
Posted: 21 Sep 2011 08:29 AM PDT KETUA jurulatih, Ong Kim Swee akur dengan kehebatan Jepun yang menguasai setiap babak perlawanan sehingga sukar buat skuad Olimpik negara untuk bangkit menentang sehingga tewas 0-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012, semalam. Sekalipun tidak gembira dengan apa yang disaksikannya, beliau lega apabila pintu gol Malaysia hanya bolos dua gol.
Dia bukan saja menafikan banyak percubaan berbahaya tuan rumah, tetapi bijak menyusun semula rakan di benteng pertahanan agar tidak goyah apabila kerap diasak. "Tidak dinafikan Khairul Fahmi memastikan keputusan perlawanan ini kekal 2-0 sehingga tamat," katanya.
"Inilah yang berlaku seperti apa yang anda saksikan. Malahan pemain langsung tidak dapat bergerak apabila pemain Jepun pantas mengawal kawasan serta mengecilkan kebebasan untuk bergerak.
Apapun Kim Swee percaya bahawa perlawanan pembukaan kebiasaannya tidak menjadi seperti yang diharapkan.
|
‘Bukan salah saya seorang’ Posted: 21 Sep 2011 08:24 AM PDT PUNCA kemerosotan prestasi dialami gergasi Lembah Klang, Selangor musim ini tidak boleh diletakkan ke atas bahu jurulatih semata-mata. Walaupun tampil bertanggungjawab berikutan situasi itu, bekas ketua jurulatih Merah Kuning, K Devan menegaskan ia tidak bermakna semua faktor yang hampir menyebabkan Selangor menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi berpunca daripada dirinya.
Pandangan Devan itu ada kebenarannya apabila penyerang lain yang dimiliki Selangor gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu sehingga terpaksa menggunakan dua pemain tengah di jentera serangan dalam aksi pembukaan Piala Malaysia awal bulan ini.
"Selepas tewas perlawanan itu, moral, semangat, motivasi dan semangat satu pasukan sudah merosot dan saya gagal kembalikan semula empat perkara ini dalam diri pemain. Namun saya tidak salahkan pemain, mungkin nasib tidak menyebelahi kita kali ini," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan