Berita Harian: Sukan |
Posted: 13 Oct 2011 06:11 PM PDT Sukan Suku akhir 2: Dua gergasi Pantai Timur jadi tumpuanAPA yang pasti fokus bola sepak tanah air akan beralih ke Kota Bharu menjelang pertembungan dua gergasi dari Timur - Kelantan dan Terengganu, malam ini yang bakal menggalas misi sama - menang dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia, musim ini. Tekanan jelas memihak The Red Warriors untuk mengalihkan defisit kekalahan suku akhir pertama dan penyerang harapan tuan rumah, Norshahrul Idhlan Talaha bertekad turun ke gelanggang dengan mengapikan rakan sepasukan menjayakan 'strategi mencari 2 gol'. "Kami tetap ada peluang menafikan hajat Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan syarat dapat manfaatkan peluang beraksi di laman sendiri. Misi kami adalah mencari dua gol dan akan berjuang habis-habisan mengatasi kelebihan jaringan pihak lawan," katanya.Penyerang skuad Harimau Malaya itu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Yo turut percaya ketua jurulatih, Datuk M Karathu memiliki banyak pilihan mengisi slot Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Aziz Ismail yang akan tersisih gara-gara dilayang kad merah di Kuala Terengganu, Isnin lalu. Selain, episod 'Perang Timur' itu yang masih menjadi tanda tanya siapa pengadil bakal dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia, tiga lagi saingan suku akhir kedua juga menarik perhatian peminat tempatan. Selangor dengan 'Misi 33' menentang Perak di Ipoh dengan bekalan dua gol manakala Negeri Sembilan harus menjelmakan persembahan mantap andai mahu mengalih keputusan memihak mereka apabila menentang FELDA United di Paroi. Satu lagi perlawanan membabitkan T-Team menentang Sabah di Kuala Terengganu.
"Terengganu pasti mahu mencari gol awal untuk mengukuhkan peluang ke separuh akhir dan kami akan pastikan hajat mereka dapat disekat," katanya. Karathu pula menegur anak didik bijak memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk mendapatkan dua gol penting, malam ini. "Kami harus bijak menggunakan 90 minit yang ada bagi melakar kemenangan dengan mencari dua gol jika mahu ke separuh akhir. Saya yakin anak buah saya mempunyai kualiti menggerakkan posisi tengah dan serangan mendapatkan gol awal mencari semangat," katanya. |
Posted: 13 Oct 2011 05:34 PM PDT Sukan Pencabar 'kelas dua' dahului saingan LPGA MalaysiaBRITTANY Lang, Dewi Claire Schreefel, Maria Hjorth dan Na Yeon Choi muncul pendahulu bersama hari pertama saingan LPGA Malaysia Sime Darby di lapangan Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) semalam selepas melakukan lima bawah par, 66. Namun kedudukan itu belum cukup selesa memastikan kejuaraan dengan kejohanan masih berbaki tiga pusingan dan kelompok 10 pemain terbaik dunia berada tidak jauh di belakang empat pendahulu itu. "Pukulan saya agak baik sejak beberapa bulan kebelakangan, hari ini (semalam) tidak banyak perubahan dan selepas birdie pertama di lubang ketiga, saya mengekalkan permainan kemas hingga tamat," kata pemain 26 tahun dari Amerika Syarikat, Lang yang menyertai kejohanan ini buat kali kedua.Sementara itu, Schreefel yang menyertai Lang dengan catatan enam birdie dan satu bogey, gembira dengan persembahannya semalam dan akan cuba mengekalkan rentak sama pada pusingan kedua hari ini. "Masih ada tiga pusingan dan saya tidak akan mengubah apa-apa semata-mata kerana berada di depan atau ada orang lain di depan saya," kata Schreefel, pemain 26 tahun dari Belanda yang mula menjadi pemain profesional sejak awal 2009. "Kunci menguasai lapangan ini ialah mencari titik terbaik di atas fairway kerana ia memudahkan anda menghantar bola ke atas green yang agak laju permukaan. Saya mungkin terlepas satu atau dua fairway hari ini (semalam), tetapi melakukan pukulan baik selepas itu." KEPUTUSAN 66 - Brittany Lang (AS), Dewi Claire Schreefel (NED), Maria Hjorth (SWE), Na Yeon Choi (KOR); |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan