Harian Metro: Arena |
Posted: 13 Oct 2011 11:25 AM PDT TIADA janji menggunung daripada pemain Perak melainkan tekad untuk berusaha hingga ke titisan keringat terakhir ketika turun membuat perhitungan dengan Selangor pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Ipoh, malam ini. Janji itu dilaungkan kapten, Shahrulnizam Mustapa yang berharap rakan sepasukan bangkit untuk menyaingi Selangor yang tampil dengan kelebihan hasil kemenangan 3-1 di Shah Alam, Isnin lalu, dari setiap segi.
"Tiada yang mustahil terutama jika mempunyai keyakinan diri serta kerja keras setiap anggota pasukan.
Bagi menghadapi pertemuan malam ini, Perak dijangka membariskan kesebelasan terbaik dalam usaha memadam kelebihan lawan.
Jika di Shah Alam empat hari lalu, hanya Shahrulnizam dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang diperkenalkan semula ke dalam perlawanan tapi malam ini Norizan juga dapat menggunakan penjaga gol utama, Mohd Nasril Nourdin.
|
Posted: 13 Oct 2011 11:23 AM PDT BARISAN pemain Selangor diingatkan agar tidak melepaskan sebarang jaringan awal yang boleh mencetuskan semangat melawan Perak dalam aksi penentuan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia, malam ini. Sekiranya situasi terbabit berlaku, ia pastinya menyukarkan usaha Selangor untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki terutamanya dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Seladang yang bakal memenuhi Stadium Perak di Ipoh pada pertemuan timbal balik suku akhir terbabit.
Namun kekentalan barisan pertahanan Selangor tidak menjadi kerisauan Maniam selepas persembahan baik yang dipamerkan Mohd Nasriq Baharom dan Mohd Asraruddin Putra Omar di bahagian tengah serta P Gunalan dan Mohd Razman Roslan ketika mengekang asakan anak buah Norizan Bakar di Stadium Shah Alam, Isnin lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan