Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


City di persada

Posted: 15 Oct 2011 04:32 PM PDT

Sukan

MARIO Balotelli (kanan) menjaringkan gol pertama City menentang Aston Villa di Stadium Etihad, malam tadi.

MARIO Balotelli (kanan) menjaringkan gol pertama City menentang Aston Villa di Stadium Etihad, malam tadi.

Skuad Mancini ambil alih teraju EPL selepas United tercicir mata

SELANG dua jam selepas terikat dengan Liverpool 1-1 di Anfield, Manchester United melihat kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) disanggah pasukan tetangga Manchester City yang menewaskan Aston Villa, 4-1.

Pasukan mewah kendalian Roberto Mancini mendahului 2-0 hasil gol Mario Balotelli dan Adam Johnson di babak pertama sebelum Vincent Kompany mengukuhkan kedudukan pada minit ke-52 dan walaupun Stephen Warnock cuba merapatkan kedudukan, James Milner memastikan kemenangan dengan gol keempat buat pasukan Eastlands itu. Dengan tiga mata yang diraih, City berada di persada dengan 22 mata selepas lapan perlawanan, dua mata di depan United yang cemas seketika apabila Steven Gerrard menjaringkan gol pertama dalam penampilan semula selepas tujuh bulan berehat pada minit ke-68.

Pengurus Alex Ferguson memasukkan Wayne Rooney, Nani dan Javier Hernandez yang mengikat kedudukan menerusi tandukan jarak dekat ketika permainan berbaki sembilan minit, sekali gus menyelamatkan rekod tanpa kalah Red Devils musim ini. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Hanya 2-0

Posted: 15 Oct 2011 04:30 PM PDT

Sukan

YONG Kuong Yong (kiri) bersaing hebat dengan pemain Nepal, Biraj Maharjan pada perlawanan persahabatan, semalam.

YONG Kuong Yong (kiri) bersaing hebat dengan pemain Nepal, Biraj Maharjan pada perlawanan persahabatan, semalam.

"KITA perlu cari idea bagaimana untuk mendapatkan pergerakan lebih baik di depan pintu gol lawan," jelas jurulatih skuad Sukan SEA negara, Ong Kim Swee selepas menyaksikan Harimau Muda menewaskan pasukan kebangsaan Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), semalam.

Kenyataan ringkas itu mencerminkan keresahan Kim Swee menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA bulan depan, andai terpaksa menentang pasukan yang mengamalkan taktik bertahan.

Yang pasti, prestasi semasa barisan muda negara seolah-olah hilang punca dan kekeringan idea untuk mencari ruang jaringan apabila Nepal yang dikendalikan Graham Paul Roberts, mampu menyerap asakan pemain negara, sebelum menemui jawapan pada minit ke-80 menerusi Izzaq Faris Ramlan dan Yong Kuong Yong pada masa tambahan. "Corak Nepal adalah bertahan. Kita belajar bagaimana nak memecah kebuntuan sekiranya berdepan pasukan yang bermain seperti ini kerana kita mungkin berdepan pasukan Laos dan Kemboja yang bermain dengan corak ini," kata Kim Swee sejurus tamat perlawanan, semalam.

"Bukan semua pemain utama beraksi kerana pemain di Slovakia (Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor) serta Khairul Fahmi (Che Mat) dan Zubir Azmi masih bersama pasukan masing-masing.

"Sebagai perbandingan juga, Filipina mengalahkan Nepal 4-0 dengan kekuatan skuad kebangsaan tapi pasukan Bawah 23 tahun kita yang tanpa beberapa tonggak mengalahkan Nepal 2-0, jadi saya berpuas hati dan itu satu keputusan yang bagus," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan