Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Kali terakhir

Posted: 15 Oct 2011 07:53 AM PDT

KETIADAAN Datuk Lee Chong Wei dalam kancah pertandingan badminton tempatan tahun depan selepas menjuarai Grand Prix Akhir Kebangsaan kali ke-10 berturut-turut, semalam bakal membuka lembaran baru buat pemain lain dan pastinya saingan menjadi lebih sengit.

Keputusan itu disuarakan sendiri Chong Wei kerana mahu melihat pemain lain tampil menggantikannya suatu hari kelak.


"Saya harap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) faham situasi saya apabila tidak lagi beraksi dalam sirkit kebangsaan. "Paling penting buat saya adalah persiapan terbaik untuk ke Olimpik, saya tidak kisah jika perlu melupakan beberapa kejohanan," kata Chong Wei.

Semalam Chong Wei menjuarai GP Akhir Kebangsaan buat kali ke-10 berturut-turut selepas mudah menewaskan Goh Soon Huat 21-11, 21-5 pada final di Stadium Juara, Bukit Kiara.


"Selepas ini saingan membabitkan pemain seperti Soon Huat, Misbun Ramdan Misbun, Liew Daren, Mohd Arif Latif, Chong Wei Feng dan Chan Kwong Beng pasti lebih menarik kerana kemampuan semua pemain ini hampir setaraf.


"Namun, lebih penting saya harap Daren, Wei Feng, Arif dan Kwong Beng tidak mengambil masa terlalu lama untuk menempatkan diri dalam kelompok pemain terbaik dunia.

"Pencapaian yang dicipta Ramdan dan Kwong Beng di Terbuka Indonesia satu petanda yang baik, tapi mereka harus berusaha lebih gigih," kata Chong Wei.

Full content generated by Get Full RSS.

Lupakan kejuaraan

Posted: 15 Oct 2011 07:49 AM PDT

LONDON: Arsene Wenger mengakui permulaan hambar Arsenal awal musim ini bermakna sasaran jangka panjang kelab itu bagi musim ini terpaksa dilupakan seketika.

Gunners kalah 1-2 di tangan musuh tradisi Tottenham Hotspur pada pertembungan jiran setempat utara London sebelum ini, keputusan yang menyaksikan mereka kalah empat daripada tujuh perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris.


Kini pasukan Wenger kembali daripada rehat aksi antarabangsa dengan menanti kunjungan Sunderland yang dikendalikan Steve Bruce malam ini pada pertembungan yang menemukan dua pengurus yang berdepan tekanan hebat.

Pengurus Arsenal itu mengakui dengan hanya tujuh mata, permulaan terburuk kelab itu dalam tempoh 37 tahun, impian memenangi trofi atau sekurang-kurangnya menduduki kelompok empat teratas terpaksa ditangguhkan hingga pasukannya mampu mencari rentak kemenangan.


"Sudah tujuh perlawanan dilangsungkan, kami berdepan beberapa perlawanan getir di gelanggang lawan. Saya yakin kami ada potensi yang baik, kami membentuk semula pasukan dan sudah tentu agak terganggu pada permulaan musim kerana beberapa sebab," kata Wenger.


"Namun kami hanya mahu tumpu sasaran jangka pendek ketika ini, kami tidak berada dalam kedudukan untuk melakukan perancangan jangka panjang." Arsenal biasanya yakin meraih tiga mata penuh daripada Sunderland yang dibelenggu masalah tidak konsisten.

Namun persembahan buruk mereka akhir-akhir ini meranapkan keyakinan Arsenal.


"Saya tidak tahu berapa banyak perlawanan yang kami boleh kalah, ia bergantung bukan saja kami tapi pasukan lain," kata Wenger.

"Kami perlu lebih konsisten, itulah yang perlu kami lakukan. Tiada siapa boleh memberitahu hari ini berapa banyak perlawanan boleh kalah untuk berada dalam kelompok empat teratas, tapi kami perlu lebih konsisten dengan keputusan yang positif. Kami menyedarinya dan itulah yang kami ingin raih pada perlawanan berikutnya." Wenger sekurang-kurangnya berasa gembira dengan berita positif mengenai pertahanan tengah Thomas Vermaelen yang semakin pulih daripada kecederaan buku lali.


Abou Diaby, Jack Wilshere dan Bacary Sagna juga terkeluar namun pertahanan Laurent Koscielny dan Johan Djorou bersedia untuk kembali ke skuad itu bagi perlawanan yang akan menguji ketabahan Arsenal. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan