Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Detik penentu

Posted: 21 Oct 2011 01:06 PM PDT

Sukan

Abdul Hadi Yahaya (kiri) dan Safiq Rahim

Abdul Hadi Yahaya (kiri) dan Safiq Rahim

Hadi tekad tamat kemarau jaringan, Safiq azam bangkit

PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi Yahaya dan perancang Selangor, Safiq Rahim pernah mewakili pasukan sama dan membesar bersama mengukir nama dalam bola sepak. Tapi, malam ini sifat kawan akan diketepikan ketika digamit misi besar untuk kedua-dua pemain tonggak berkenaan - membantu pasukan masing-masing layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.

"Ya...kami berdua berasal dari Selangor, tapi saya perlu bersikap profesional. Di luar padang kami masih sahabat, tapi dalam padang kami tetap musuh," tegas Hadi yang akan bergandingan dengan Abdul Manaf Mamat memastikan kemenangan memihak mereka dalam saingan separuh akhir kedua, malam ini. Safiq, 24, juga senada ketika mahu memastikan Selangor akan mara dan Hadi disekat daripada membocori gawang mereka.

"Saya dan beberapa rakan sepasukan akan menggunakan pengalaman berdepan Indonesia di Gelora Bung Karno ketika Piala Suzuki AFF 2010. Kami berdepan tekanan besar ketika itu dan saya percaya tekanan sama dapat di atasi berdepan Terengganu di gelanggang lawan esok (malam ini)," kata bekas kapten Harimau
Malaya itu.

Lagi berita pasukan yang merebut tempat untuk layak ke final Piala Malaysia, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hyuri

hope ganu sukses mlm nie....go go..ganu...

aeroul

misi ke 33 bertukar kepada misi ke 44 untuk Red Giant...

Acheng( TAS)

Target Ali Siam kata malam ni teganu menang 3-1.Selangor tak mampu nak gegarkan gawang teganu malam ni dengan jaringan besar.gO tEgANU Go.....

Abe Lan Chepo

Pasukan yg terbaik akan layak ke akhir!!!!!!!!!!!!!

ahmad nazmi

ganu molek biar menang dapat cuti plok ............
ganu nelang ,ganu nelang

Abe Lan Chepo

Semoga pasukan yg bertanding malam ini pamerkan kualiti permainan yg sebenar. Pasukan yg terbaik akan layak ke akhir. Selamat berjuang...bravo...bravo...

JOHN

bahang tganu bahang selangor.. tganu buleh gi fainal jumpe n sembilang.. gigit jari selangor..

mohd fuad

tganu vs n9 d final

Warga Pantai Timur

Semoga Ganu Nelang! sudoh jadi tradisi pantai timur...biarpun ambe org pahang...bila wakil pantai timur beraksi,kami menganggap ini adalah wakil pantai timur.....moga tetap menang malam ini dan kedua2 pasukan tunjuk prestasi terbaik!

one lepar

bangkit selangor padamkan defisit 2 gol, mlm ni 3-0,...hidup selangor!!!!!


Full content generated by Get Full RSS.

Trio Repsol takluk Litar Sepang

Posted: 21 Oct 2011 12:48 PM PDT

Sukan

AKSI Stoner (kanan) dan Dovizioso ketika sesi latihan di Litar Antarabangsa Sepang,  semalam.

AKSI Stoner (kanan) dan Dovizioso ketika sesi latihan di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Amaran awal tiga jagoan Honda

DERUMAN MotoGP Malaysia Shell Advance bermula semalam dengan dua sesi latihan bebas yang menyaksikan pasukan Repsol Honda menguasai Litar Sepang apabila ketiga-tiga pelumbanya diketuai Casey Stoner, Dani Pedrosa dan Andrea Dovizioso memonopoli tiga kedudukan teratas dalam kelas MotoGP.

Pedrosa yang kini mengumpul 208 mata sepanjang 16 perlumbaan musim ini dan berada di tangga keempat keseluruhan di belakang Dovizioso bagaikan mendapat restu daripada rakan sepasukannya yang dinobatkan sebagai juara dunia musim ini di GP Australia, hujung minggu lalu, Stoner dengan mengungguli kedua-dua sesi latihan dengan catatan masa 2 minit 1.916 saat (latihan pertama) dan 2 minit 1.250 saat (latihan kedua). Stoner kedua terpantas dengan masa 2 minit 2.557 saat (latihan pertama) dan 2:2.07s (latihan kedua) manakala Dovizioso berada di tangga ketiga dengan catatan masa 2:2.590s pada sesi latihan pertama.

Sementara itu, sesi latihan bebas Moto2 menyaksikan dua pelumba wildcard negara Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah masing-masing menempatkan diri di tangga ke-26 dan 33 dan bagi pasukan Petronas Malaysia itu sebagai satu permulaan baik sebelum menghadapi sesi kelayakan hari ini.

"Hari ini (semalam) saya menggunakan jenis tayar yang berbeza dan tidak pernah digunakan sebelum ini dan sesi latihan bebas ini adalah lebih kepada ujian ke atas tayar dan suspensi. Secara peribadi saya lebih selesa pada perlumbaan kali kedua ini berbanding tahun lalu," kata Zamri.

"Tidak dinafikan saya agak gugup pada sesi latihan pertama kerana kurang biasa dengan perlumbaan besar seperti ini namun saya akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan pantas," kata Hafizh yang turut menyertai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS musim ini.
Stefan Bradl dari pasukan Viessmann Kiefer Racing mengungguli kedua-dua sesi latihan kelas Moto2 dengan catatan masa 2:9.639s (latihan pertama) dan 2:8.464s (latihan kedua) diekori Aleix Espargaro (Pasukan Pons HP 40) yang mencatat masa terpantas 2:8.486s pada sesi latihan kedua.

Keputusan

Kelas MotoGP (Sesi latihan kedua)
Dani Pedrosa (Repsol Honda) 2:1.250s; Casey Stoner (Repsol Honda) 2:2.070s); Andrea Dovizioso (Repsol Honda) 2:2.664s); Marco Simoncelli (San Carlo Honda Gresini) 2:2.823s; Hiroshi Aoyama (San Carlo Honda Gresini) 2:2.951s

Kelas Moto2 (Sesi latihan kedua)
Stefan Bradl (Viessmann Kiefer Racing) 2:8.464s; Aleix Espargaro (Pons HP 40) 2:8.486s; Dominique Aegerter (Technomag-CIP) 2:8.572s; Michele Pirro (Gresini Racing) 2:8.594s; Thomas Luthi (Interwetten Paddock) 2:8.609s

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan