Harian Metro: Arena |
Posted: 21 Oct 2011 08:26 AM PDT MISI 33 bakal berkubur sekiranya Selangor melepaskan sekurang-kurangnya gol awal kepada Terengganu dalam detik penentuan untuk ke final Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini. Ia sesuatu yang perlu dielakkan juara 32 kali Piala Malaysia itu selain mengharapkan pengendalinya, P Maniam mencatur strategi terbaik mendapatkan tiga gol dalam baki 90 minit di separuh akhir kedua di laman lawan yang pastinya diiringi sokongan puluhan ribu peminat fanatik juara Piala FA itu.
Pengendali berusia 43 tahun itu bagaimanapun tetap berfikiran positif dalam misi sukar mencari sekurang-kurangnya tiga gol tanpa bolos malam ini dengan menganggap pelbagai perkara boleh berlaku dalam bola sepak.
Ketika tahap kecergasan Mohd Amri Yahyah masih menjadi persoalan, Maniam perlu menyediakan kombinasi penggempur yang ampuh di barisan depan bagi menggegar gawang lawan sekiranya kapten Merah Kuning itu tidak dapat diturunkan.
Maniam sebelum ini dilantik menggantikan K Devan bagi mengendalikan dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan berjaya membimbing Merah Kuning melepasi suku akhir. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 21 Oct 2011 08:22 AM PDT BISA tiga peledak tersohor Terengganu yang diketuai penjaring terbanyak musim ini, Abdul Hadi Yahaya serta Mohd Ashari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat terus ditagih jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim untuk merobek gawang juara 32 kali Selangor pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. Irfan Bakti, 60, turut mengharapkan benteng pertahanan dan jentera tengah mampu melaksanakan tugas dengan berkesan untuk menyekat Red Giants yang mahu mengatasi kelebihan dua gol tuan rumah yang menang 2-0 pada aksi pertama.
Katanya, prestasi mereka amat menggembirakannya dan berharap terus berusaha gigih bagi merealisasikan hasrat Terengganu memburu juara piala berprestij itu.
"Begitu juga dengan Abdul Manaf yang menghasilkan dua gol di Shah Alam, Selasa lalu dan Mohd Ashari yang juga menjaringkan dua gol ketika menentang Kelantan di suku akhir.
"Sebarang kealpaan pasti mengundang padah dan saya berharap pemain dapat mencari gol awal bagi melemahkan semangat lawan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan