Berita Harian: Sukan |
Posted: 24 Oct 2011 01:20 PM PDT Sukan Shahurain Abu Samah JANGAN riak! Demikian ingatan sayap lincah Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah buat Terengganu yang mendabik dada menyifatkan Piala Malaysia bakal menjadi milik mereka sebaik menempah tiket final Sabtu ini. Pemain kelahiran Kajang yang lebih mesra dengan panggilan 'Kecik' itu menegaskan Terengganu harus 'melangkah mayat dia dan rakan-rakannya' terlebih dulu andai mahu menjulang piala keagungan itu."Mungkin Terengganu berbangga dapat menumbangkan juara bertahan, Kelantan dan pasukan gergasi, Selangor dalam laluan ke final, tetapi kami tidak akan menjadi 'mangsa ketiga' mereka," katanya sejurus latihan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam. Shahurain yang akan tampil dalam final ketiga berkata, dia sendiri akan berusaha menyumbat gol sekali lagi pada penampilan Sabtu ini, selepas melakukannya ketika membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun piala itu dengan menundukkan Kelantan 3-1 pada final 2009. Shahurain juga merobek gawang Kelantan pada final tahun lalu tetapi gagal membantu skuad Hoben yang tunduk 2-1, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan.
Lagi berita-berita menarik mengenai bahang final Piala Malaysia 2011, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenpenyokong tegar berharap sgt FAM turunkan harga tiket.... joe saya sebagai penyokong terengganu x puas hati dengan harga tiket oleh FAM...x bertimbang rasa sudahlah perjalanan saja sd makan belanja tinggi. masrisilim Final Piala Malaysia-Negeri Sembilan vs Terengganu....kedua2 pasukan tunjukkan aksi permainan berkelas & berkualiti tinggi...peminat TAK NAK tonton aksi 'yoyo'& 'gaduh2'... cikit pon aku x goyang lah dgn ko shahurain...bajet ko lawan patung... Full content generated by Get Full RSS. |
Pengadil final yang terbaik: Ahmad Shabery Posted: 24 Oct 2011 01:17 PM PDT Sukan MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi jaminan mutu pengadilan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu ini, di tahap terbaik.Selepas perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dia berpendapat mutu pengadilan bagi final saingan berprestij di antara Terengganu dan Negeri Sembilan itu perlu dikawal kerana emosi penonton pasti jauh lebih hebat berbanding perlawanan lain sebelum ini. "Pada perlawanan itu nanti, hanya dua pasukan saja bertarung, jadi perhatian dan jumlah penonton juga lebih tinggi berbanding sebelum ini. "Justeru perbincangan dengan FAM mengambil kira kepentingan aspek pengadilan yang telus bagi mengelak sebarang masalah termasuk provokasi dan bantahan penyokong yang akan menyumbang kepada berlakunya ketegangan," katanya selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Padang Kubu, Kemaman, Terengganu, semalam.Mengenai permukaan padang Stadium Shah Alam yang kurang memuaskan, dia berkata setakat ini KBS dimaklumkan pentas final masih kekal dan sebarang perubahan bergantung pada budi bicara FAM. "Kita berharap tiada kekecohan, biarlah pertandingan berakhir dengan aman tanpa sebarang titik hitam dalam sejarah bola sepak negara. Kita memohon kerjasama penonton menjaga adab dan tata susila untuk memelihara kelancaran perlawanan," katanya. Sementara itu, tiket final Piala Malaysia 2011 akan dijual mulai hari ini dengan Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing diperuntukkan 30 ribu tiket, manakala baki lima ribu dijual di Stadium Shah Alam. Lagi berita-berita menarik mengenai bahang final Piala Malaysia 2011, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan