Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Oct 2011 08:45 AM PDT SELANGOR tidak mempunyai pilihan selain memberikan tumpuan sepenuhnya untuk menyerang seawal minit pertama sekiranya mahu memastikan tempat ke final Piala Malaysia di gelanggang sendiri, Stadium Shah Alam pada hujung bulan ini menjadi milik mereka. Skuad kendalian P Maniam itu perlu meledak tiga gol tanpa bolos untuk merealisasikan impian itu apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Sabtu ini.
Kekalahan itu bagaimanapun belum memaksa Maniam untuk mengangkat bendera putih menjelang aksi timbal balik yang menjadi peluang terakhirnya menyalakan kembali "Misi 33".
"Anda boleh lihat terdapat kekurangan dalam jentera serangan kami dengan ketiadaan Mohd Amri Yahyah yang mengalami kecederaan. Dia mungkin dapat diturunkan pada Sabtu ini kerana kehadirannya amat penting bagi memberi keyakinan kepada pemain lain, kita akan bermain dengan lebih baik," katanya.
Piala Malaysia adalah buruan terakhir Selangor musim ini untuk sekurang-kurangnya meraih satu piala selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah serta gagal melangkah jauh dalam Piala FA. Full content generated by Get Full RSS. |
Skuad Jang belum boleh dabik dada Posted: 19 Oct 2011 08:40 AM PDT SEKALIPUN anggapan banyak pihak bahawa Negeri Sembilan sudah hampir pasti melangkah ke pentas final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut susulan kemenangan bergaya 4-2, ke atas T-Team dalam perlawanan separuh akhir pertama malam kelmarin, namun pemain skuad itu diingatkan tidak terlalu cepat berpuas hati kerana separuh akhir kedua, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu ini, menjanjikan saingan lebih mencabar. Ingatan itu diluahkan ayam tambatan Negeri Sembilan, Hairuddin Omar kerana menyedari T-Team yang dibimbing Yunus Alif pasti berazam bangkit menafikan kelebihan dimiliki Negeri Sembilan untuk mencipta sejarah kali pertama beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia.
"Walaupun kita memiliki kelebihan dua gol tetapi itu belum menjamin kemaraan pasukan ke perlawanan akhir, oleh itu kita perlu pertahankan kelebihan jaringan itu untuk memastikan impian beraksi pada final dapat direalisasikan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan