Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bukan mustahil - Tien Ghee

Posted:

Bukan mustahil - Tien Ghee

Bukan mustahil - Tien Ghee

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI

SAFEE kini memegang status sebagai penggempur paling berbisa di Asia Tenggara.


"JIKA dahulu ramai orang tidak pernah terfikir rakyat Malaysia mampu memiliki kelab bola sepak di Eropah, namun percaya atau tidak, kita kini sudah mampu berbuat demikian.

"Sama seperti Mohd. Safee Sali dan Safiq Rahim, jika mereka berjaya mempamerkan aksi terbaik ketika menjalani latihan bersama Cardiff City, maka tidak mustahil untuk menyarungkan jersi Cardiff."

Pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata demikian selepas memberi bayangan kepada kedua-dua pemain negara itu yang berkemungkinan mempunyai harapan cerah untuk menyertai pasukan yang dikenali sebagai Bluebirds itu yang berpangkalan di selatan Wales.

Katanya, selepas Safee membuktikan kemampuan anak Malaysia ketika menjalani latihan bersama Cardiff selama dua minggu pada bulan lalu, ramai pihak di England mula membuka mata mengenai potensi pemain-pemain negara yang kini mula mendapat perhatian.

"Selepas Safee (Sali) menjalani sesi percubaan bersama Cardiff (City), ramai pihak di sini (England) mula menyedari pemain- pemain kita memiliki bakat yang begitu besar.

"Pengurus Cardiff, Malky Mackay selalu menghamburkan pujian kepada Safee yang begitu berdisiplin, rajin dan gigih semasa menjalani latihan bersama pasukan selain suka melihat gaya permainan Safee," kata- nya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Tien Ghee yang mengambil alih Cardiff pada 27 Mei tahun lalu berkata, keputusan pemilihan pemain diserahkan kepada pengendali berasal dari Scotland itu memandangkan bekas pemain Queen Park Rangers tersebut yang menentukan pemain berdasarkan strateginya.

Jelasnya, beliau amat gembira dengan pencapaian Safee ketika menjalani latihan bersama Cardiff, namun Malky dikatakan ingin melanjutkan sesi percubaan kepada dua minggu lagi buat penyerang Pelita Jaya itu yang dijangka akan bersama dengan Safiq Rahim.

"Malky memberitahu yang beliau perlu- kan lebih banyak masa untuk menilai prestasi kedua-dua pemain itu (Safee dan Safiq) dan tempoh selama dua minggu yang Safee lalui sebelum ini terlalu awal untuk dinilai.

"Namun, ia merupakan suatu petanda yang positif kepada Safee (sekiranya dipanggil semula menjalani sesi percubaan) dan Safiq yang dijangka tiba awal November (di Cardiff).

Tambahnya, dengan pendedahan sebegini, kedua-dua pemain itu dilihat mampu menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak England dan mampu membantu negara dalam meningkatkan mutu permainan.

Penyerang handalan Asia Tenggara dan pemain tengah serba boleh, Safee dan Safiq akan menjadi kebanggaan negara sekiranya berjaya menyarung jersi kelab Eropah.

Namun, isu permit itu timbul berikutan syarat pihak imigresen di England yang me- netapkan, pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara yang menduduki ranking dunia ke-70 ke atas menjadi penghalang impian besar buat dua pemain harapan negara ini.

Menjawab mengenai isu permit kerja ini, Tien Ghee percaya perpindahan ini dapat dilaksanakan sekiranya Malky memberi 'lampu hijau' untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain ini.

"Saya mengakui agak sukar untuk Safee dan Safiq sekiranya mereka terpilih (bersama skuad Cardiff) untuk mendapatkan permit kerja dan visa berikutan peraturan ketat di negara tersebut.

"Malah, Safee pernah memberitahu kepada saya agar pemilihannya untuk bersama skuad Cardiff berdasarkan bakat dan tidak mahu diberi pilih kasih. Saya amat me- ngagumi keberanian Safee dan percaya dia mampu menjadi seorang pemain yang berjaya kelak.

"Namun, pihak kami akan bantu sedaya upaya mencari jalan penyelesaian dan membantu merealisasikan perpindahan sensasi ini (sekiranya Safee dan Safiq berjaya terpilih di dalam skuad Malky) mengikut undang-undang di England," katanya.

Muka baharu pilihan Kim Swee

Posted:

Muka baharu pilihan Kim Swee

Muka baharu pilihan Kim Swee

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SYAZWAN (depan) dan Kok Luen antara muka baharu yang berjaya memikat hati Kim Swee.


KERJA rumah pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indone- sia, November depan telah pun bermula kelmarin.

Seramai 21 pemain difahamkan telah mula 'memanaskan badan' di Wisma FAM, Kelana Jaya termasuk lima muka baharu, See Kok Luen (Kuala Lumpur), Abdul Aziz Ismail (Kelantan), Mohd. Syazwan Roslan (Perak), dan dua tonggak Felda United, Azrul Azmi dan D. Saarvindran yang turut dipanggil mengikuti sesi latihan kali ini.

Apa yang pasti, 'murid-murid' baharu itu semestinya lebih diberikan penekanan oleh Kim Swee bagi memastikan sama ada mereka layak untuk beraksi di pentas antara- bangsa ataupun tidak.

Walaupun aksi kelima-lima muka baharu itu dilaporkan cukup memberangsangkan di pentas domestik, ia masih bukan satu jami- nan untuk memikat hati Kim Swee yang pastinya mahukan barisan yang terbaik bagi menyarung jersi B-23 negara.

"Untuk permulaan awal ini, saya akan lebih fokus dengan muka-muka baharu yang dipanggil mengikuti sesi latihan berbanding pemain-pemain biasa memandangkan saya sudah masak dengan corak persembahan pemain sedia ada setakat ini.

"Pemain-pemain baharu itu akan dinilai dalam setiap aspek bagi memastikan sama ada mereka layak beraksi di peringkat antarabangsa ataupun tidak," katanya kepada Kosmo! Ahad.

Kim Swee memberitahu, penilaian tersebut turut memberikan impak terhadap kekuatan pasukannya yang akan ke Hanoi menjelang kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selama lima hari bermula 19 Oktober ini.

Katanya, jika prestasi pemain baharu itu tidak memuaskan, tidak mustahil mereka digugurkan sebelum ke Hanoi dan tidak perlu menunggu sehingga sepak mula Sukan SEA bermula.

"Namun pada masa sama, ia bukan bermakna slot pemain sedia ada sudah terjamin ke Sukan SEA, jadi pemain sedia ada diingatkan supaya tidak mengambil mudah sepanjang sesi latihan," tegasnya.


SAARVINDRAN turut disenaraikan dalam skuad ke Sukan SEA 2011.


Mengenai fokus tertentu dalam lati- han termasuk penekanan set-piece, kata Kim Swee, ia masih terlalu awal bagi pasukannya menumpukan sepenuh perhatian mengenai perkara itu.

"Mengenai set-piece, saya akan tunggu se- ramai 13 lagi pemain yang hanya akan menyertai latihan selepas perlawanan persahabatan menentang Australia nanti. Bila semua pemain sudah ada, baru saya akan fokus, terutamanya bagaimana untuk mengendalikan serangan dan bertahan daripada sepakan percuma mahupun sepakan penjuru," jelasnya.

Antara 13 pemain yang dijangka hanya melaporkan diri minggu depan ialah Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Azmi, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asrarud- din Putra Omar.

Di Hanoi nanti, skuad B-23 negara akan membuat perhitungan dengan skuad B-23 Uzbekistan (19 Oktober), diikuti B-23 Indonesia (21 Oktober) dan B-23 Vietnam pada 23 Oktober sepanjang kejohanan yang dianjurkan secara liga sepusingan itu.

Selain misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA, anak-anak buah Kim Swee juga menggalas cabaran untuk mara lebih jauh dalam aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Zon Asia.

Mereka akan menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Novem- ber depan setelah tewas 0-2 kepada Jepun bagi aksi pembuka tirai Kumpulan C di Tosu baru-baru ini.

Baghdatis hadapi Tipsarevic di final

Posted:

Baghdatis hadapi Tipsarevic di final

Baghdatis hadapi Tipsarevic di final

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


BAGHDATIS yang tampil sebagai pemain bukan pilihan tidak menjangka mara ke final pada kejohanan kali ini.


PEMAIN bukan pilihan, Marcos Baghdatis meneruskan langkah cemerlang pada Kejohanan Tenis ATP 250 Terbuka Malaysia apabila menumbangkan pemain pilihan kedua, Viktor Troicki 6-3, 6-1 untuk mara ke perlawanan akhir hari ini.

Baghdatis dari Cypus yang beraksi atas tiket wildcard mudah menundukkan pemain Serbia itu straight set dalam masa 1 jam 24 minit pada saingan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

"Saya rasa sangat gembira hari ini (semalam). Dia (Troicki) turut mempamerkan aksi yang baik. Tetapi mungkin saya lebih fokus walaupun pada awalnya saya sedikit terganggu tetapi nampaknya sokongan peminat juga banyak membantu saya.

"Hanya perlu melalui satu lagi persaingan sengit esok (hari ini). Saya perlu kekal fokus, main dengan lebih baik dan yang penting perlu menguatkan fizikal untuk mengelakkan kecederaan," katanya yang merupakan naib juara Terbuka Australia 2006.

Pemain ranking ke-62 dunia itu yakin untuk tampil cemerlang pada aksi final hari ini memandangkan dia berjaya memenangi empat persaingan di gelanggang yang sama pada kejohanan ini.

Baghdatis bakal bertemu pemain pilihan ketiga dari Serbia, Janko Tipsarevic pada perlawanan akhir hari ini.

Tipsarevic mara ke final selepas menyingkirkan satu-satunya wakil Asia, Kei Nishikori dari Jepun 6-4, 6-3.

Walaupun mendapat sokongan padu daripada peminat tempatan, Nishikori, pili- han kelapan terpaksa akur dengan ketang- kasan pemain ranking ke-13 itu selepas ber- saing selama satu jam 49 minit.

"Kami bermain dengan baik, malah para penyokong juga adil kerana memberi soko- ngan kepada kami berdua sepanjang perla- wanan tersebut," kata Tipsarevic pemain yang berusia 27 itu.

Walaupun Tipsarevic bakal bertemu Baghdatis yang merupakan pemain bukan pilihan tetapi disebabkan mereka pernah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini, Tipsarevic akui perlu lebih bersedia untuk berdepan lawannya itu pada final hari ini.

"Kali terakhir kami bertemu pada 2007, walaupun agak lama tetapi saya tahu dia merupakan pemain yang handal. Jadi esok (hari ini) saya perlu lebih fokus, dan beraksi lebih cemerlang berbanding hari ini (sema- lam).

"Malah saya perlu menggandakan usaha saya kerana dia juga dilihat beraksi cemer- lang dalam semua perlawanan sepanjang kejohanan ini. Ini menunjukkan dia merupakan saingan yang hebat," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan