Berita Harian: Sukan |
Posted: 31 Oct 2011 04:30 PM PDT Sukan IRFAN Bakti Abu Salim IRFAN Bakti Abu Salim membuat kejutan besar, semalam apabila menolak tawaran baik Terengganu menyambung kontrak untuk dua tahun lagi, sebaliknya menyuarakan kecenderungan membimbing Selangor bagi Liga Malaysia musim 2012. "Saya berat hati mahu meninggalkan Terengganu tapi saya mahukan cabaran lebih baik," kata ketua jurulatih itu ketika ditemui di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Wisma Seri Amar, semalam. "Tidak menjadi satu kesalahan jika saya ingin mencurahkan ilmu untuk membantu pasukan lain. Saya akur menerima tawaran untuk bersama skuad penyu dua musim lagi, tetapi keputusan yang saya umumkan hari ini adalah keputusan rasmi selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Che Mat Jusoh (Presiden PBSNT)."Selama dua musim bersama skuad penyu, saya tidak menghadapi masalah termasuk kemudahan dan persefahaman diberi pemain." Kekosongan jawatan ditinggalkan Irfan akan diganti Mat Zan Mat Aris - jurulatih yang membimbing Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001. Selain mengemudi pasukan ke final Piala Malaysia, Sabtu lalu, Irfan juga membantu pasukan negeri muncul juara Piala FA, musim ini. Biarpun keputusan pengendali berusia 60 tahun itu mengejutkan pengurusan PBSNT dan semua pemain tetapi mereka terpaksa rela dengan keputusan pengendali itu yang dikhabarkan akan ke Selangor. "Kita belum membuat keputusan tetapi mengakui sepanjang dua musim bersama Terengganu inilah rekod cemerlang saya apabila membantu pasukan menjuarai Piala FA dan layak ke final Piala Malaysia. "Saya mengambil keputusan menolak tawaran PBSNT bukan kerana skuad penyu gagal membawa pulang Piala Malaysia, tetapi saya lebih suka kepada cabaran," katanya yang mengakui pemain pasukan Terengganu adalah pemain yang bersikap profesional dan tidak sukar memberi tunjuk ajar. Sementara itu, Che Mat yang juga pengurus pasukan Terengganu, berkata PBSNT terpaksa melepaskan Irfan kerana itu adalah permintaan dan kehendaknya. "Kami sudah membuat tawaran kepadanya mengendalikan skuad dua musim lagi, tetapi dia minta dilepaskan walaupun kita bersetuju menaikkan gaji serta memberi pelbagai kemudahan seperti diminta. "Kami mengucapkan terima kasih kepada Irfan yang memaklumkan untuk menerima tawaran bersama pasukan Selangor musim depan. Dia pengendali terbaik kerana membantu kami enjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim ini." Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Posted: 31 Oct 2011 04:28 PM PDT Sukan Zulfadli Zulkifli Selepas juara tujuh kali, China tidak mengambil bahagian, mereka membuktikan status selaku pilihan pertama dengan menumbangkan juara 2006, Korea Selatan 3-0 sekali gus memperbaiki pencapaian terbaik muncul naib juara pada 2009. Seperti empat perlawanan sebelum ini, Zulfadli yang juga juara remaja Asia menjadi pembakar semangat pasukan apabila membutirkan mata pertama. Walaupun tewas set pertama 17-21, tetapi Zulfadli bangkit pada set kedua apabila menang 21-11 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum berjaya menumbangkan Lee Hong Je 21-14 dalam tempoh 49 minit."Kejayaan menjuarai acara berpasukan sambil mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan yang diharungi, pasti menjadi tonik terbaik untuk saya memburu kejuaraan berganda dalam acara perseorangan yang bermula Rabu ini," katanya dihubungi semalam. Pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah memberi mata kedua menewaskan Kim Hyo Min 25-23, 21-12 sebelum gandingan Nelson Wei Keat Heg-Teo Ee Yi bangkit daripada kekalahan sert pertama 16-21 untuk menewaskan Choi Sol Kyu-Jun Bong Chan 21-18, 21-12. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan