Berita Harian: Sukan |
Posted: 02 Nov 2011 08:26 AM PDT Sukan NS tidak berhajat sekat pemain hijrah ke negeri lain: MohamadPERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tidak berhajat menghalang mana-mana pemain yang akan tamat kontrak hujung bulan ini, memilih pasukan lain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pihaknya sudah menawarkan kontrak baru kepada pemain terbabit sebagai persediaan menghadapi saingan 2012 yang bermula 7 Januari depan. Tanpa menyebut nama pemain, beliau bagaimanapun berkata, setakat ini pemain terbabit belum membuat keputusan sama ada kekal atau sebaliknya."Setakat ini, ada pemain yang belum memberikan jawapan terhadap kontrak baru yang ditawarkan namun tidak dinafikan, pasti ada pasukan lain yang ingin mendapatkan khidmat mereka dengan tawaran lebih menarik. Terpulang kepada mereka membuat keputusan," katanya di Seremban, semalam. Menurut sumber, antara pemain skuad Hoben Jang Hoben yang akan tamat kontrak membabitkan Hairuddin Omar, Irwan Fadli Idrus, Mohd Farizal Harun, kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Ahmad Fakhri Saarani dan Asmawi Hassan manakala Mohd Firdaus Azizul bersetuju kekal. Hairuddin yang menjaringkan gol kemenangan Negeri Sembilan ketika menundukkan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, dikatakan sedang dipancing sebuah pasukan tetapi penyerang itu belum membuat keputusan mengenainya.
Negeri Sembilan turut mengatur perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K Rajagobal di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 8 November ini. |
Posted: 02 Nov 2011 08:25 AM PDT Sukan "MASIH dalam perbincangan terakhir."Demikian kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika diminta mengulas kedudukan sebenar bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim. Menurut Hamidin, Irfan ketika ini sedang mengadakan perbincangan terakhir bersama Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad sebelum diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih baru Selangor. "Irfan memang sejak 10 tahun lalu begitu berminat membimbing Selangor. Mungkin kini dia sudah cukup matang dan bersedia untuk bersama Selangor."Perbincangan terakhir masih dibuat dan segala kemungkinan boleh berlaku. Apapun, Datuk Mokhtar akan buat pengumuman rasmi hujung minggu ini," kata Hamidin ketika ditemui di Petaling Jaya, malam tadi. Hamidin turut menafikan dakwaan ramai pemain Selangor musim ini mahu berhijrah ke pasukan lain, sebaliknya membayangkan 13 pemain akan kekal dengan hanya lapan pemain digugurkan. Biarpun cuba berahsia mengenai senarai nama pemain digugurkan itu, sumber rapat FAS mendedahkan mereka ialah penjaga gol Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar Sudar, Khairul Anuar Baharom, Hardi Jaafar, D Surendran, Yosri Derma Raju, S Sritharan dan K Depan Sakwati, manakala Fadzli Saari minta dilepaskan.
"Mengenai pemain import pula, memang nama Mateja Kezman ada dalam senarai empat hingga enam yang kita senarai pendek tetapi ia akan diputuskan dua minggu lagi," jelas Hamidin. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan