Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sasaran negara lebih realistik

Posted:

Sasaran negara lebih realistik

Sasaran negara lebih realistik

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

AHMAD SHABERY (tengah) bersalaman dengan atlet-atlet negara yang akan menyertai Sukan SEA 2011 pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya semalam.


KONTINJEN Malaysia meletakkan sasaran sebanyak 40 hingga 45 pingat emas pada edisi ke-26 temasya Sukan SEA 2011.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya perlu membuat sasaran yang realistik berdasarkan prestasi semasa atlet negara.

"Selain itu, kekuatan atlet dari negara lain dan jumlah pingat yang dipertandingkan dalam acara sukan di mana Malaysia mempunyai kelebihan juga perlu diambil kira.

"Sasaran kita kekal seperti mana yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu sebanyak 40 hingga 45 pingat emas.

"Meskipun banyak acara yang dipertandingkan, seperti dalam edisi sebelum ini, kelebihan berpi- hak kepada tuan rumah dan mereka akan memperkenalkan banyak sukan yang dianggap memihak kepada mereka.

"Terdapat banyak acara sukan yang secara tradisinya kita adalah pasukan yang kuat seperti hoki, skuasy dan boling padang tidak dipertandingkan.

"Ada juga sukan yang kita mempunyai kekuatan sendiri tetapi kita simpan tenaga dan kekuatan untuk kejohanan yang lebih besar seperti sukan Olimpik seperti badminton yang mana kita hanya menurunkan skuad pelapis," kata Ahmad Shabery dalam satu sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya semalam.

Turut hadir Ketua Kontinjen, Datuk Naim Mohamad; Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embung; Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz dan Ketua Setiau- saha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed.

Pada edisi kali ini, Malaysia menghantar sebanyak 872 anggota kontinjen yang terdiri dari- pada 608 atlet, masing-masing 373 lelaki dan 235 wanita.

Ahmad Shabery turut menjelas- kan, faktor kecederaan yang menimpa atlet utama negara seperti Daniel Beego dan Lee Hup Wei turut mengurangkan sasaran pingat emas kali ini.

Tambahnya, pihaknya juga tidak mahu mengorbankan sesetengah atlet utama negara untuk bertanding dalam acara yang bersifat subjektif yang selalunya memberi kelebihan kepada tuan rumah.

"Lebih baik kita simpan untuk menjaga nama seperti atlet wusyu, Chai Fong Ying yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia tahun lalu supaya dia tidak menjadi korban kepada sistem itu sendiri," katanya.

Shabery turut menyuarakan harapannya supaya pasukan bola sepak mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu kerana sukan itu semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Antara acara sukan menjadi sandaran pingat emas adalah terjun dengan enam pingat emas, re- nang (4), renang berirama (3), ba- sikal trek (5), memanah (4), olahraga (4), menembak (3) dan tenpin boling (3).

Full content generated by Get Full RSS.

Nur Suryani gementar bawa Jalur Gemilang

Posted:

Nur Suryani gementar bawa Jalur Gemilang

Nur Suryani gementar bawa Jalur Gemilang

PENEMBAK senior negara, Nur Sur- yani Mohamed Taibi mengakui berasa gementar apabila diberi penghormatan sebagai membawa Jalur Gemilang ketika upacara perasmian temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia hari ini.

Ini kerana, kontinjen negara kali ini terdiri daripada 872 atlet dan pegawai yang merupakan penyertaan terbesar kontinjen negara ke temasya sukan Asia Tenggara itu.

"Saya telah mewakili negara dalam banyak temasya sukan sebelum ini dan penghormatan kali ini yang diberikan kepada saya amat besar.

"Saya sebenarnya terkejut dengan pengumuman tadi (semalam) apabila dipilih sebagai pembawa bendera Malaysia. Ini kali pertama saya diberi pe- luang seumpamanya.

"Tanggungjawab juga menjadi besar khususnya untuk menjulang nama negara," katanya.

Nur Suryani berkata demikian sele- pas majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sha- bery Cheek kepada Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Naim Mohamad di Putrajaya semalam.

Nur Suryani, 29, pemenang pingat emas bagi acara 10m Air Rifle berpasangan wanita pada Sukan Komanwel 2010 di India bersama Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, akan bergandi- ngan dengan Shahera Rahim Raja.

Bagi acara 50m tiga posisi, dia akan bersama Nur Ayuni Farhana di Kompleks Jakabaring, Palembang.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Dia nak RM20,000 kita dah beri’

Posted:

'Dia nak RM20,000 kita dah beri'

'Dia nak RM20,000 kita dah beri'

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


IRFAN (dua dari kanan) ambil keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad bola sepak Terengganu dan bakal mengendalikan pasukan Selangor musim depan.


GAJI RM20,000 sebulan. Itu tawaran yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kepada Irfan Bakti yang telah membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad bola sepak Terengganu.

Perkara itu dinyatakan sendiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berharap semua pihak menghormati keputusan jurulatih kelahiran Kelan- tan berusia 60 tahun itu yang memilih Sela- ngor sebagai destinasi baharu.

"Dia dah minta naik gaji dari RM18,000 sebulan kepada RM20,000, kita dah beri. Tapi kita kena hormati juga hasrat dia nak tinggalkan Terengganu, mungkin Selangor tawar lebih baik lagi," katanya kepada pemberita di Kemaman semalam.

Malah, Ahmad yang merupakan peminat No. 1 bola sepak di Terengganu akhirnya se- cara terbuka merelakan pemergian juru- latih itu, sekali pun ia merupakan satu kepu- tusan yang sukar.

Katanya, Irfan yang enggan menyambung kontrak selama dua tahun bersama PBSNT apabila kontrak asalnya berakhir pada 30 November ini, mempunyai hak untuk berbuat demikian demi masa depannya dalam membangunkan sukan bola sepak negara.

"Perkara ini biasa kerana seseorang juru- latih tak akan kekal lama dengan satu-satu pasukan.

"Bila mereka ada di kemuncak mungkin mereka akan hadapi tekanan lebih besar, jadi mereka akan fikir tawaran lain.

"Kita tak boleh paksa kerana dia mungkin perlukan suasana yang lebih menggembira- kan dan tiada tekanan," jelasnya lagi.

Mengenai cadangan sekumpulan penyokong yang berhasrat untuk mengadakan de- monstrasi bagi menuntut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan, Ahmad menjelaskan, perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Demonstrasi dengan slogan 'Suara Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang ini.

"Dari segi pencapaian, mereka (PBSNT) dah tunjuk kebolehan. Terengganu berjaya menjuarai Piala Malaysia, naib juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super.

"Mana lagi negeri yang ada dua pasukan dari satu negeri berjaya masuk ke peringkat akhir (Piala Malaysia). Kalau ada kurang kat mana tu, kita betulkanlah," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan