Harian Metro: Arena |
Posted: 02 Nov 2011 08:57 AM PDT "IRFAN Bakti sendiri yang menyatakan hasrat untuk menjadi jurulatih Selangor, bukannya kami yang menghubunginya. Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat perbincangan," kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai kedudukan bekas jurulatih Terengganu itu untuk bersama pasukan Gergasi Merah musim depan. Katanya, keputusan sama ada Irfan mengikat kontrak bersama Selangor akan diketahui dalam tempoh terdekat ini.
Irfan yang membawa Terengganu menduduki tangga kedua Liga Super, juara Piala FA sebelum tewas di tangan Negeri Sembilan 2-1 di pentas final, Sabtu lalu membuat kejutan apabila enggan menyambung kontrak bersama skuad Penyu.
|
Posted: 02 Nov 2011 08:52 AM PDT SEGALA persiapan rapi dengan menamakan barisan terbaik dan pendedahan di pentas antarabangsa sudah mencukupi bagi membolehkan barisan pemain sepak takraw negara berada dalam situasi terbaik menggalas cabaran di Sukan Sea Indonesia yang membuka tirainya minggu depan. Bagi menyemarakkan semangat pemain negara agar tidak pulang ke tanah air tanpa menggenggam pingat emas, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menawarkan ganjaran RM40,000 sekiranya bergelar jaguh di rantau Asia Tenggara ini.
Ganjaran itu disambut baik Jamaluddin yang turut menjadi jurulatih ketika kejayaan 2005 dengan menganggapnya sebagai satu rangsangan kepada anak buahnya yang berdepan misi getir.
"Kita tidak mempunyai pilihan lain selain muncul juara kumpulan bagi mengelak daripada bertemu Thailand yang dijangka menguasai Kumpulan A. Tiada pasukan boleh dipandang rendah dalam peringkat kumpulan kerana saya tidak mahu keputusan mengejut dialami skuad negara pada beberapa kejohanan sepanjang tahun ini berulang," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan