Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tempuh Gelora

Posted: 05 Nov 2011 12:39 PM PDT

Sukan

PEMAIN negara giat jalani latihan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) persiapan menjelang Sukan SEA.

PEMAIN negara giat jalani latihan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) persiapan menjelang Sukan SEA.

Kim Swee tidak bimbang provokasi penonton tuan rumah di Bung Karno

REPUTASI Stadium Gelora Bung Karno yang dikatakan mampu merobek semangat pemain lawan bukan masalah besar buat Ong Kim Swee kerana tujuh daripada 20 pemainnya pernah merasai gelora di stadium berkenaan ketika menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu.

Pengalaman Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli , K Gurusamy, Asrarudin Putra Omar, Izzaq Faris Ramlan dan Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi di stadium berkenaan tahun lalu menjadi sandaran skuad negara mengatasi sebarang provokasi penonton pada kempen Sukan SEA kali ini.

Saya harapkan pemain kekal fokus daripada awal permainan dan tidak leka walau sesaat sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Walaupun mampu bangkit selepas ketinggalan, saya tidak mahu ia menjadi amalan kerana sukar mengejar apabila ketinggalan kepada pasukan kuat. - Ong Kim Swee

Sebaliknya jurulatih skuad Bawah 23 kebangsaan itu lebih bimbangkan permukaan padang yang mampu mempengaruhi rentak permainan pantas anak buahnya.

"Pemain sudah biasa bermain di depan ribuan penyokong lawan, tambahan pula kita mempunyai beberapa pemain yang pernah beraksi di sini ketika menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu," kata Kim Swee.

"Jadi saya tidak rasa ia akan mendatangkan masalah walaupun dijangka, penyokong tuan rumah akan berada di stadium ketika kita menentang Singapura Isnin ini (esok) kerana perlawanan Indonesia dan Kemboja berlangsung selepas itu.

"Apa yang lebih saya utamakan ialah permukaan padang baik kerana ia sangat membantu corak permainan pantas skuad negara.
"Saya harapkan pemain kekal fokus daripada awal permainan dan tidak leka walau sesaat sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Walaupun mampu bangkit selepas ketinggalan, saya tidak mahu ia menjadi amalan kerana sukar mengejar apabila ketinggalan kepada pasukan kuat."

Dan menjelang perlawanan pertama bertemu Singapura jam 4 petang waktu tempatan esok, Kim Swee sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama tetapi dia akan menunggu hingga sesi latihan terakhir hari ini sebelum memutuskan senarai akhir.

"Saya masih perlu melihat tahap kecergasan dan semangat pemain pada sesi latihan hari ini (semalam) dan esok (hari ini) sebelum membuat keputusan, tetapi bayangan kesebelasan utama sudah ada dalam fikiran," kata Kim Swee.

Full content generated by Get Full RSS.

Peluang Zulfadli jadi juara dunia

Posted: 05 Nov 2011 12:33 PM PDT

Sukan

MENCIPTA sejarah sebagai pemain pertama negara merangkul kejuaraan remaja Asia, Zulfadli Zulkifli kini hanya selangkah untuk merangkul gelaran dunia apabila dijadualkan bertemu pemain Denmark, Viktor Axelsen pada final Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, hari ini.

Namun halangan terakhir buat pemain kelab profesional KLRC itu bukan mudah kerana perlu menundukkan juara bertahan, Axelsen yang juga pilihan utama kejohanan dan berada di ranking ke-43 dunia.

Pada separuh akhir semalam, Zulfadli, 18, tidak menghadapi masalah besar untuk sekali lagi mengecewakan pemain Jepun, Kento Momota 21-18, 21-18 dalam masa 38 minit manakala Axelsen menundukkan Sameer Verma dari India, 21-19, 21-19. Sementara itu, beregu lelaki negara, Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi turut mara ke final apabila mudah menewaskan pasangan Taiwan, Tien Tzu Chieh-Wang Chih Hao 21-8, 21-17 dalam tempoh hanya 20 minit.

Naib juara beregu lelaki tahun lalu itu bagaimanapun berdepan ujian getir pada final hari ini apabila bertemu pilihan pertama dari Taiwan, Huang Po Jui-Lin Chia Yu dalam final selepas Huang-Lin menyingkirkan pasangan Indonesia, Ronald Alexander-Selvanus Geh 21-19, 21-23, 21-15 di separuh akhir.

Nelson yang bergandingan Chow Mei Kuan bagaimanapun terkandas di separuh akhir acara beregu campuran selepas ditundukkan pasangan Indonesia, Ronald Alexander-Nuraidah Tiara Rosalia, 21-17, 20-22, 21-16.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan