Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Lunas dendam

Posted: 05 Nov 2011 10:03 AM PDT

ROTTERDAM: Datuk Nicol David berjaya dalam misi balas dendam untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia di Belanda, semalam sekali gus mencerahkan peluangnya untuk menjulang gelaran itu buat kali keenam.

Pemain negara yang berpangkalan di Amsterdam itu menewaskan pilihan keenam dari Australia, Kasey Brown yang mengecewakannya pada Terbuka Amerika Syarikat di Philadelphia, Ogos lalu, 11-7, 12-10, 11-4 dalam perlawanan yang disifatkan Nicol sebagai aksi enam set.


Nicol secara berseloroh merujuk kepada rali panjang dan sengit dan memerlukan kedua-dua mereka menggunakan sepenuh kekuatan fizikal dan taktikal khususnya menjelang set kedua.

Rali berkenaan menyaksikan Kasey menggunakan kebolehannya untuk segera kembali ke bahagian tengah dan memberi tekanan kepada Nicol yang membalasnya dengan pukulan bertenaga.


Kasey mendahului 10-9 dan mencetuskan rali terpanjang perlawanan yang hampir dimenangi Kasey dengan lebih 80 pukulan.


Nicol bagaimanapun terus bertahan dan berjaya melakukan serangan balas.

"Kasey benar-benar melawan. Jika tersilap sedikit dia pasti mengambil kesempatan," kata Nicol yang menyifatkan permainan atlet skuasy wanita semakin meningkat dan cuba merapatkan jurang dengannya.


"Memang sentiasa ada cabaran, setiap kali meningkatkan rentak permainan, mereka akan cuba mengatasinya tapi saya sudah sedia menghadapi sebarang cabaran," katanya.

Perlawanan seterusnya buat Nicol adalah ulangan final 2009 di Amsterdam apabila menentang Natalie Grinham yang menghalang misi pertemuan separuh akhir antara dua pemain negara.


Natalie menewaskan Low Wee Wern 11-7, 11-7, 11-5, biarpun hidungnya luka hingga menyebabkan perlawanan ditangguhkan 10 minit pada awal set ketiga.


Satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan Samantha Teran, pemain Mexico pertama mara ke separuh akhir Terbuka Dunia dan Jenny Duncalf, pilihan kedua dari England. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Friedel No 1

Posted: 05 Nov 2011 09:59 AM PDT

LONDON: Brad Friedel akan kembali ke gawang untuk perlawanan Tottenham menentang Fulham malam ini biarpun Carlo Cudicini beraksi cemerlang ketika berdepan Rubin Kazan malam kelmarin, kata penolong pengurus, Kevin Bond.

Bond mengendalikan pasukan ketika mereka tewas 0-1 di Russia sewaktu Harry Redknapp berehat di London selepas pembedahan jantung untuk melancarkan arteri koronarinya yang tersumbat.


Redknapp yang dikatakan melihat perlawanan itu dari rumahnya di Dorset, tidak puas hati dengan prestasi pasukannya apabila mereka dikucar-kacirkan oleh Rubin, juara Russia dua kali dalam perlawanan berat sebelah dan mungkin akan menjadi lebih teruk tanpa aksi cemerlang Cudicini.

Penjaga gol Itali berusia 38 tahun itu yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan di Stadium Tsentralnyi dipuji Bond selepas itu tetapi dihantar ke bangku simpanan hujung minggu ini.


Bond akan sekali lagi mengendalikan pasukan di Craven Cottage, malam ini dan menyatakan, Friedel akan kembali menjaga gawang untuk pertemuan di London dan melebarkan rekodnya dalam Liga Perdana Inggeris kepada 285 penampilan biarpun Cudicini beraksi cemerlang di Kazan.


"Pada masa ini, Brad masih layak untuk menyarung jersi itu. Dia bermain dengan baik di liga dan beraksi dalam banyak perlawanan berturut-turut," kata Bond.

"Kami bukan menurunkannya kerana jumlah perlawanan disertainya tetapi kerana dia menunjukkan aksi konsisten bagi mengesahkan tempatnya di liga ini." Seperti Cudicini, Sebastien Bassong turut bergelar pemain gantian malam ini selepas kesilapan dilakukannya membawa padah kepada Spurs dalam perlawanan itu.


Pertahanan itu cuai menjatuhkan Alexander Ryazantsev selepas gagal mengawal bola dan Bebras Natcho memanfaatkan sepakan percuma untuk memberikan gol kemenangan buat Rubin dan meletakkan Tottenham di tangga ketiga Kumpulan A Liga Europa.

Bassong mengaku kecewa apabila digugurkan dan mahu meninggalkan White Hart Lane, Januari ini.


QPR dijangka cuba membeli pemain berusia 25 tahun selepas gagal sebelum ini dan Bassong sedia meninggalkan Tottenham jika diberi peluang berpindah. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan