Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Cabaran bermula!

Posted: 10 Nov 2011 02:44 PM PST

Sukan

Atlit olahraga Noraseela Khalid (kanan) dan Lee Hup Wei sempat mengusik Roslinda Samsu yang memakai penutup mulut bagi mengelak habuk pada majlis menaikkan bendera menyambut atlit di Palembang, semalam.

Atlit olahraga Noraseela Khalid (kanan) dan Lee Hup Wei sempat mengusik Roslinda Samsu yang memakai penutup mulut bagi mengelak habuk pada majlis menaikkan bendera menyambut atlit di Palembang, semalam.

608 atlit terbaik negara sedia sahut cabaran gegar Jakarta, Palembang

MISI memburu pingat kontinjen negara bermula di dua lokasi - Jakarta dan Palembang, hari ini dengan tumpuan peminat tanah air akan terarah kepada jumlah 608 atlit terpilih untuk mengibarkan megah Jalur Gemilang bagi edisi ke-26 kali ini.

Di Jakarta, potensi pingat emas pertama negara harus hadir daripada acara karate dengan Jamalliah Jamaluddin dan Ricky Leong Tze Wa masing-masing menjadi pertaruhan besar apabila melangkah ke gelanggang, esok.

Senario sama juga dapat digambarkan di Palembang - tempat upacara perasmian, malam ini dengan pungutan emas pertama dijangka bakal menyusul daripada keringat skuad menembak atau renang yang akan mengitung nasib masing-masing, esok. Permulaan baik dalam disiplin ini harus meletakkan kontinjen negara yang beraksi dalam 38 jenis sukan di landasan tepat menepati sasaran paling rendah diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu 40 hingga 45 emas.

Sebagai rekod, sejak temasya dwitahunan ini diperkenalkan pada 1959, kontinjen negara sudah mengumpul 939 emas dengan jumlah emas terbanyak dimenangi pada Kuala Lumpur 2001 dengan memenangi 111 emas dan di luar Kuala Lumpur dengan menunai 68 emas di Korat 2007.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

muhammad firdaus bin mad zaidi

semoga atlit malaysia berjaya di sukan sea.

othman

Selamat berjuang semua atlet Malaysia di Sukan SEA Indonesia 2011.....semoga mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini....


Full content generated by Get Full RSS.

Nasi Padang pereda tekanan

Posted: 10 Nov 2011 02:42 PM PST

Sukan

KIM Swee melayan anak buahnya menikmati makan tengah hari Nasi Padang di Jakarta, semalam.

KIM Swee melayan anak buahnya menikmati makan tengah hari Nasi Padang di Jakarta, semalam.

Saya mahu mereka berehat, kembali fokus menentang Kemboja: Kim Swee

NASI padang menjadi habuan buat skuad bawah 23 negara menghilangkan tekanan selepas saban hari berada di atas padang sejak tiba ke Jakarta awal bulan lalu dalam menyempurnakan misi mempertahankan pingat emas pada edisi kali ini.

Selepas bertungkus lumus menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A kelmarin, pengendali skuad muda negara itu, Ong Kim Swee membawa anak buahnya dan pegawai pasukan menikmati hidangan nasi padang di kota Jakarta.

"Saya mahu memberi mereka rehat daripada latihan di padang selepas aksi cemerlang pada perlawanan semalam (kelmarin)," kata Kim Swee. "Sebenarnya saya membenarkan mereka berjalan-jalan di pusat membeli-belah, tetapi mereka hanya mahu datang ke sini. "Saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain, jadi dengan aktiviti santai hari ini (semalam) saya harap mereka akan kembali fokus dan cergas apabila membuat persiapan menghadapi Kemboja.

"Ramai menganggap Kemboja pasukan belasahan dalam kumpulan ini tetapi saya tidak mahu memandang rendah keupayaan mereka yang mendahului Singapura 1-0 sebelum tewas 2-1 semalam (kelmarin).

Malaysia kini menduduki tangga teratas Kumpulan A berkongsi empat mata dengan Singapura manakala Indonesia ketiga dengan tiga mata tetapi baru melalui satu perlawanan. Thailand (satu perlawanan) dan Kemboja (satu perlawanan) belum mengutip sebarang mata.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan