Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sukan SEA 2011 dirasmi penuh gilang-gemilang

Posted:

Sukan SEA 2011 dirasmi penuh gilang-gemilang

Sukan SEA 2011 dirasmi penuh gilang-gemilang

UPACARA pembukaan rasmi Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi diserikan dengan tembakan bunga api.


UPACARA pembukaan Sukan SEA 2011 berlangsung penuh warna-warni dengan tradisi Palembang dan di- rasmikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Kompleks Sukan Jakabaring, Sumatera Selatan malam tadi.

Acara gilang-gemilang itu yang bertemakan Harmony in Victory berlangsung selama tiga jam dengan persembahan kesenian selama sejam membuka tirai di tengah lapangan Stadium Utama Gelora Sriwijaya yang dipenuhi 25,000 penonton.

Persembahan yang penuh dengan tradisi Palembang itu dibahagikan kepada lima babak iaitu The Journey Begins, Musi: The Heart of the City dan Sriwijaya: The Golden Peninsula, yang menceritakan sejarah Kerajaan Sriwijaya serta Merajut Nusantara, dan Meraih Impian.

Penyanyi kecil molek Indonesia, Agnes Monica kemudiannya tampil bergandingan dengan artis Malaysia, Jaclyn Victor dan KC Conception dari Filipina mendendangkan lagu rasmi temasya kali ini, Together We Will Shine.

Ini disusuli dengan perarakan masuk kontinjen negara yang bertanding mengikut abjad Inggeris bermula dengan Brunei, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor Leste, Thailand, Vietnam dan akhir sekali Indonesia selaku tuan rumah.

Kontinjen Malaysia didahului dengan pembawa bendera iaitu penembak negara, Bibiana Ng yang menggantikan Nor Suryani Mohd. Taibi yang tidak menyertai perarakan kerana mempunyai acara hari ini.


KONTINJEN Malaysia berarak pada upacara pembukaan Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi.


Sebaik Presiden Susilo mengisytiharkan secara rasmi pembukaan temasya kali ke-26 itu, enam bekas atlet Indonesia iaitu Robby Darwis, Pino Bahari, Richard Sam Bera, Winarni, Juana Wangsa Putri dan Emma Tahapary tampil menaikkan bendera Sukan SEA.

Kemuncak upacara pembukaan adalah larian membawa masuk obor yang telah diarak mengelilingi beberapa daerah Indonesia sejak 23 Oktober lalu oleh Alan Budikusuma dan Yayuk Basuki sebelum diserahkan kepada Susi Susanti.

Pernyalaan obor oleh Susi dilakukan cukup unik dan menarik kerana bekas pemain badminton wanita Indonesia yang pernah meraih pingat emas Sukan Olimpik itu diarak menggunakan replika kapal yang diletakkan di tengah padang.

Susi kemudiannya memanjat tangga tali untuk sampai pada tiang kapal sebelum menggunakan flying fox untuk melemparkan lembing yang telah terbakar di hujungnya ke dalam kawah obor temasya.

Upacara pembukaan Sukan SEA ke-26 diakhiri dengan persembahan lagu United & Rising dengan liriknya ditulis sendiri Presiden Susilo dan dicipta Joy Tobing sambil diiringi pertunjukan bunga api.

Full content generated by Get Full RSS.

Kim Swee sudah dapat ilham

Posted:

Kim Swee sudah dapat ilham

Kim Swee sudah dapat ilham


KIM SWEE mempunyai strategi tersendiri untuk menghadapi Indonesia minggu depan selepas melihat persembahan pasukan Garuda itu yang menewaskan Singapura 2-0 semalam.


JAKARTA - Pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee mula mendapat gambaran awal bagi menghadapi Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno minggu depan.

Semalam, Kim Swee berkesempa- tan 'mengintai' rentak permainan Indonesia yang melakar kemenangan 2-0 ke atas Singapura.

Kemenangan itu membolehkan Indonesia kembali menerajui Kumpulan A dengan mengumpul enam mata selepas skuad Garuda itu membelasah Kemboja 6-0 pada aksi pembukaan Isnin lalu.

"Selepas dua perlawananyang dilalui Indonesia setakat ini, saya sudah dapat gambaran dan strategi yang akan digunakan ketika menen- tang mereka.

"Pada masa sama, saya akan melihat aksi Indonesia dengan Thailand, Ahad ini (esok) sebelum saya memutuskan percaturan terbaik bagi menghadapi Indonesia nanti," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata, Indonesia memiliki kekuatan di bahagian sayap dan ia menjadi senjata utama skuad Garuda itu dalam dua perlawanan yang dilalui mereka se- takat ini.

"Larian-larian deras daripada pemain sayap kiri dan kanan Indonesia cukup berbahaya. Ia akan mengundang bahaya jika tidak diberi tumpuan penuh," katanya.

Bagaimanapun Kim Swee memberitahu, beliau mahu memberi tumpuan terlebih dahulu pada pertemuan menentang Kemboja di Stadium Gelora Bung Karno esok.

"Seperti yang saya katakan sebe- lum ini, kami tidak boleh mengambil mudah aksi dengan Kemboja. Kami perlu fokus untuk mengutip tiga mata lagi bagi memburu tempat ke se- paruh akhir.

"Saya percaya, baik Indonesia mahupun Thailand, kedua-dua pasukan itu juga tidak mahu keciciran mata penting untuk mara ke separuh akhir.

"Bagi Indonesia, mereka pasti mahu memburu tempat ke separuh akhir lebih awal dengan menurunkan barisan terkuat ketika menentang Thailand, Ahad ini (esok)," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Karate yakin raih enam emas

Posted:

Karate yakin raih enam emas

Karate yakin raih enam emas


ACARA karate banyak menyumbangkan pingat emas buat negara pada setiap temasya Sukan SEA sebelum ini. - Gambar hiasan


JAKARTA - Skuad karate tidak pernah menghampakan kontinjen Malaysia setiap kali beraksi pada temasya Sukan SEA.

Bagi temasya Sukan SEA 2011 yang membuka tirainya secara rasmi semalam, skuad karate yang diketuai jurulatih P. Arivalagan sekali lagi menjadi taruhan terbaik kontin- jen Malaysia untuk membawa pulang sebe- rapa banyak pingat emas.

Biarpun Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran empat pingat emas untuk dibawa pulang ke Malaysia, Arivalagan tetap optimis betapa anak-anak buahnya memiliki keupayaan merangkul enam emas.

Dengan menyandarkan harapan kepada barisan atlet berpengalaman, Arivalagan percaya skuad karate negara mampu meng- ulangi pencapaian cemerlang mereka pada temasya Sukan SEA sebelum ini.

Sebagai rekod, skuad karate negara berjaya menghadiahkan lima kilauan emas pada temasya Sukan SEA 2009 di Vientian- ne, Laos.

"Pertama sekali, saya bangga dan gembira kerana skuad karate sekali lagi menda- pat kepercayaan daripada MSN untuk menjadi antara penyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia.

"Walaupun MSN meletakkan sasaran empat emas tetapi secara peribadi, sebagai ju- rulatih, saya percaya kita mampu menyumbang sekurang-kurangnya enam pingat emas di Indonesia.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada anak- anak buah saya. Cuma saya berharap mereka mempraktikkan apa yang telah diberi ketika latihan," jelas Arivalagan kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata, melihatkan jadual pertan- dingan yang telah diatur pihak penganjur, beliau percaya atlet wanita negara, Jamal- liah Jamaludin yang beraksi dalam kategori Kumite lebih 68 kilogram (kg), mampu muncul sebagai penyumbang emas pertama Malaysia pada Sukan SEA kali ini.

"Melihatkan jadual pertandingan yang saya dapat dua minggu lalu, saya yakin Ja- malliah mampu memberikan pingat emas pertama buat Malaysia.

"Apa yang saya lihat, dia akan mengha- dapi laluan yang agak mudah tetapi pada masa yang sama, saya harap dia tidak me- lakukan sebarang kesilapan sehingga menjejaskan peluang meraih emas.

"Jika dia mengikut setiap arahan yang di- berikan, tidak mustahil pingat emas akan berada dalam genggamannya," tambahnya.

Selain Jamalliah, prospek emas turut disandarkan kepada dua lagi atlet wanita negara, G. Yugneswary (kumite 50kg) dan G. Yamini (kumite 61kg) yang tampil pada temasya kali ini sebagai penyandang juara.

"Selain mereka, saya percaya kita masih mampu meraih emas dalam beberapa kate- gori lain termasuk kata individu atau berpasukan.

"Apa yang penting, setiap atlet karate yang bertanding nanti, dapat memberikan komitmen seratus peratus ketika berada di gelanggang pertandingan," jelas Arivalagan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan