Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Harimau layak

Posted: 19 Nov 2011 12:16 PM PST

Sukan

Rentap Indonesia di final; kontinjen Malaysia tambah 6 emas, semalam

AHMAD Fakri Saarani dijulang wira negara, semalam apabila jaringan tunggal pada lewat babak perlawanan membantu Malaysia layak ke final dua kali berturut-turut dan kini selangkah lagi mengulangi gemilang 2009 di Laos.

Dalam saingan separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno anak didik Ong Kim Swee menewaskan Myanmar 1-0 untuk bertemu Indonesia, esok bagi membuat perhitungan siapa bakal muncul pemenang pingat emas edisi ke-26 kali ini. Kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA adalah pada 30 September 1979 di Jakarta apabila menewaskan tuan rumah, Indonesia 1-0.

Sementara itu, kontinjen negara menambah enam lagi pingat emas, semalam untuk menjadikan keseluruhan 47.

Penyumbang emas negara ialah Mohd Harriff Saleh, Fatehah Mustapa (berbasikal trek), Heidi Gan (renang terbuka), Lee Yang (wushu), Png Hui Chuen, Katrina Ann Abdul Hadi (renang berirama) dan renang berirama berpasukan.

Lagi berita menarik sekitar Sukan Sea 2011, dapatkan akhbar Berita Minggu hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penantian 10 tahun berbaloi

Posted: 19 Nov 2011 12:03 PM PST

Sukan

 GAYA Shareen   Hui  (kiri) dan Katrina Ann Abdul Hadi yang memangi emas duet rutin teknikal.

GAYA Shareen Hui (kiri) dan Katrina Ann Abdul Hadi yang memangi emas duet rutin teknikal.

'Mr dan Mrs Smith' julang Shareen, Katrina raih emas

PENANTIAN 10 tahun atlit renang berirama negara, Shareen Hui ternyata berbaloi apabila meraih pingat emas pertama di temasya ini.

"Sejak menyertai skuad negara pada 2001, saya tidak berpeluang menyertai Sukan SEA kerana hanya diturunkan sebagai perenang ujian bagi pengadil menetapkan standard mata. "Kegembiraan ini berganda apabila menyumbang emas ke-45 negara," kata atlit 27 tahun itu yang merangkul emas acara duet rutin teknikal, semalam.

Bergandingan dengan Katrina Ann Abdul Hadi, kehebatan duet negara itu tidak dapat disangkal apabila mempamerkan aksi hebat dengan alunan muzik tango daripada filem Mr and Mrs Smith.

"Kami mencari lagu agak berlainan dan mahu muzik agak 'nakal' untuk temasya kali ini. Kami baru saja berlatih menggunakan lagu ini sejak Ogos lalu," kata Katrina, 19.

Shareen dan Katrina memperoleh 76.125 mata untuk pingat emas, diikuti gandingan Singapura, Stephanie Chen dan Crystal Yap (72.750) dan Adela Armanda Nirmala dan Sabihisma Arsyi dari Indonesia (71.000).
Sementara itu, skuad negara menambah satu lagit emas dalam acara pasukan teknikal dengan lapan atlit negara, termasuk Shareen dan Katrina memukau juri dengan menggunakan baju renang unik bermotifkan jersi Harimau Malaya dengan diiringi muzik tema Piala Dunia 2010, 'Waka waka'.

Pasukan negara menang apabila mengumpul 74.750 mata diikuti Thailand ditempat kedua (70.750) serta Indonesia, ketiga (70.375).

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan