Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tuah Fakri

Posted: 19 Nov 2011 09:00 AM PST

MISI mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia skuad bola sepak bawah 23 tahun negara terus membara apabila berjaya melangkah ke final selepas Ahmad Fakri Saarani muncul wira menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir semalam.

Kejayaan itu memastikan Malaysia, juara lima kali bakal tampil di final ke-11 sejak temasya ini bermula pada 1959.


Skuad negara beraksi di Stadium Gelora Bung Karno tanpa jurulatih, Ong Kim Swee yang digantung satu perlawanan dan hanya menyaksikan perlawanan dibangku penonton sambil tugasnya diambil alih penolong, Hassan Sazali Waras.

Biarpun Myanmar, naib juara Kumpulan B lebih banyak mengawal bola pada babak pertama namun skuad negara mencipta beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.


Malaysia terlepas peluang keemasan apabila sepakan lambung Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Myanmar, Thihasthu di minit keempat.


Pemain sayap kanan, Ahmad Fakri berpeluang meletakkan skuad negara di depan namun tandukannya gagal menepati sasaran pada m-15.

Babak pertama berakhir 0-0 selepas sepakan percuma kapten, Baddrol Bakhtiar di m-36 sekadar melewati palang gol manakala serangan Myanmar yang diterajui Kyaw Ko Ko gagal menembusi benteng negara.


Bersambung babak kedua, Malaysia bermula garang menerusi rembatan leret Syahrul Azwari yang melakukan larian di sebelah kanan.

Bagaimanapun kemasukan Izzaq Faris Ramlan di m-72 menggantikan Syahrul Azwari Ibrahim membuahkan hasil apabila hantarannya berjaya ditolak masuk Fakri bagi gol kemenangan Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Idam 60 pingat emas

Posted: 19 Nov 2011 08:56 AM PST

"SASARAN baru kita ialah 60 pingat emas. Kalau berjaya, ia dianggap kejayaan baru untuk Malaysia," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas kejayaan atlet Malaysia mengumpul 40 pingat emas dalam pelbagai acara Sukan Sea ke-26 2011 yang berlangsung di Palembang, Indonesia.

Menurutnya, perbincangan bagi sasaran baru itu akan dibuat bersama pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Chef de Mission (CDM) bagi memastikan ia menjadi kenyataan. "Saya akan berkomunikasi dengan dua pihak itu yang berada di Indonesia, petang ini (semalam) mengenai sasaran 60 pingat emas berkenaan. "Kalau berjaya, ia kejayaan baru kerana banyak lagi acara sukan yang kita boleh buat taksiran seperti sukan ski air dan lawan pedang yang belum ada perkiraan sebelum ini," katanya.


Kelmarin, bekas pelumba Formula Satu (F1), Alex Yoong menghadiahkan pingat ke-40 kontinjen negara di Sukan Sea Indonesia sekali gus melengkapkan sasaran minimum yang disasarkan MSN dan kejayaan itu turut didedikasikan kepada sukan pemotoran dunia.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan