Kosmo Online - Sukan |
- Pesawat khas bawa Harimau Muda
- Izzaq sedih bercampur gembira
- Hati-hati provokasi Indonesia - Hamidin
Pesawat khas bawa Harimau Muda Posted: Pesawat khas bawa Harimau Muda
JAKARTA - Sebuah kapal terbang khas akan membawa pulang skuad bola sepak negara ke tanah air sejurus tamat aksi me- nentang Indonesia pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno malam ini. Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam. Menurut Ahmad Shabery, keputusan untuk membawa pulang barisan Harimau Muda dengan pesawat komersial itu telah diputuskan oleh Kabinet baru-baru ini. Ia bertujuan memberi ruang masa kepada skuad kendalian Ong Kim Swee itu berehat sebelum mereka berdepan dengan Syria pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok (23 Novem- ber). "Atas dasar keprihatinan kepada pasukan bola sepak negara yang terpaksa beraksi dalam tiga perlawanan (bagi tempoh seminggu), pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membawa perkara ini ke Kabinet pada Jumaat lalu. "Jadi kerajaan telah bersetuju untuk membawa pulang pasukan negara menggunakan kapal terbang khas dengan kerja- sama Air Asia. "Mereka (skuad Harimau Muda) akan berlepas selepas perlawanan (menentang Indonesia). Dengan cara ini membolehkan para pemain berehat sebelum menentang Syria pada 23 November nanti," jelas Ahmad Shabery. Hakikatnya, anak-anak buah Kim Swee jelas menghadapi masalah keletihan sebelum berdepan Syria kerana terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu. Jadual padat Harimau Muda bermula apabila mereka berdepan Indonesia pada 17 November lalu sebelum turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir dua hari kemudian. Hari ini, mereka sekali lagi akan membuat perhitungan dengan Indonesia dalam misi memburu pingat emas Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut sebelum mengalihkan fokus bagi kempen kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria esok. "Keputusan ini dibuat juga sebagai pengiktirafan kepada mereka apabila layak ke final. Kejayaan layak ke final buat kali kedua berturut-turut amat membanggakan. "Bola sepak merupakan acara berpasukan paling sukar dan berprestij pada Sukan SEA. Walaupun menghadapi pelbagai hala- ngan dan rintangan, mereka (skuad Hari- mau Muda) telah memberikan aksi yang baik dan tidak pernah tewas. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara dan berdoa agar mereka beraksi dengan baik (pada saingan final) seterusnya memenangi pingat emas," jelasnya. Mengulas mengenai provokasi melampau daripada penyokong-penyokong fanatik Indonesia sehingga mungkin mencetuskan kemungkinan skuad Harimau Muda akan sekali lagi menaiki Barracuda (kereta perisai milik polis Indonesia), Ahmad Shabery berkata: "Para pemain sudah ada pengalaman menaiki Barracuda. "Mungkin kali ketiga mereka akan menaiki Barracuda esok (hari ini). Tetapi dari segi impak psikologi, saya percaya para pe- main negara mampu mengatasi setiap rinta- ngan yang datang. "Saya percaya para pemain mampu berhadapan dengan tekanan psikologi, bukan sahaja kerana terpaksa menaiki Barracuda tetapi juga penyokong-penyokong Indonesia. "Jika mental mereka kuat, tidak mustahil kita mampu meraih emas acara bola sepak yang dianggap memiliki prestij tersendiri." Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Izzaq sedih bercampur gembira
JAKARTA - Perasaan gembira bercampur sedih bermain di lubuk hati penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan tatkala Harimau Muda mengesahkan kemaraan ke pentas final. Apa tidaknya, Izzaq disahkan tidak dapat beraksi pada saingan final menentang Indonesia malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialami ketika Harimau Muda membenam Myanmar 1-0 dalam aksi se- paruh akhir kelmarin. Turun sebagai pemain gantian, Izzaq yang masuk menggantikan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-72, terpaksa dikeluarkan di penghujung perlawanan selepas bertembung dengan pertahanan Myanmar, Yang Aung Win. "Saya cukup sedih kerana tidak dapat beraksi pada final menentang Indonesia esok (malam ini) tetapi dalam masa yang sama, saya gembira kerana kita layak ke final. "Itu yang menyebabkan perasaan saya bercampur sedih dan gembira ketika ini. Siapa yang tidak mahu beraksi di final selepas apa yang kami harungi sebelum ini," jelas Iz- zaq kepada Kosmo! semalam. Biarpun tidak dapat beraksi malam ini, Izzaq tetap yakin barisan penggempur negara, terutamanya Ahmad Fakri Saarani mampu melaksanakan tugas dengan baik pada pertemuan menentang Indonesia. "Selain Fakri, Syahrul Azwari dan beberapa pemain lain juga boleh menjaringkan gol. Saya yakin mereka dapat bermain dengan baik, se- terusnya membawa pulang pingat emas. "Saya hanya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi yang terbaik dan kalau boleh, buat lebih baik daripada perlawanan sebelum ini," katanya yang meledak gol kemenangan ketika Harimau Muda membenam Thailand 2-1 pada aksi peringkat Kumpulan A. Sementara itu, Syahrul Azwari yang belum pasti diturunkan ekoran masalah buku lali, berharap ke- cederaan yang dialami memadam terus impiannya untuk beraksi malam ini. "Saya masih menunggu laporan daripada doktor mengenai kecederaan ini. Saya harap kecederaan ini tidak serius dan membolehkan saya turun beraksi esok (malam ini). "Jika saya tidak dapat bermain, saya masih yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan yang lain. Ini perlawanan akhir, jadi sudah pasti semua pemain bersemangat bagi memburu pingat emas," jelasnya. Pada saingan peringkat kumpulan menentang Indonesia sebelum ini, Syahrul Azwari yang tampil sebagai pemain gantian, muncul wira apabila meledak gol bagi membantu Harimau Muda melakar kemenangan 1-0. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Hati-hati provokasi Indonesia - Hamidin Posted: Hati-hati provokasi Indonesia - HamidinJAKARTA - Pengurus Harimau Muda, Datuk Hamidin Mohd. Amin menuntut barisan pemainnya fokus sepanjang aksi final menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam ini. Menurut Hamidin, skuad kendalian Ong Kim Swee tidak harus terikut-ikut dengan sebarang provokasi melampau daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda itu. Bagi Hamidin, barisan pemain negara harus berjuang habis-habisan bagi memburu pingat emas, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimena- ngi pada Sukan SEA 2009 di Vientianne, Laos. "Saya rasa pemain-pemain sudah cukup arif dan faham dengan apa yang akan mereka hadapi esok (malam ini). Ini bukan kali pertama mereka beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia. "Sebelum ini di peringkat kumpulan, para pemain telah mengharungi situasi yang sama, tidak kira ketika menentang Indonesia atau pasukan lain. Jadi, situasi yang sama akan hadapi esok (malam ini). "Jadi saya berharap para pemain tidak terlalu me- ngikut emosi sekiranya mereka diejek oleh penyokong Indonesia. Yang penting mereka fokus sepan- jang perlawanan berlangsung," kata Hamidin kepada Kosmo! semalam. Dalam masa yang sama, Hamidin tidak menolak kemungkinan skuad Harimau Muda dijangka sekali lagi menaiki Barracuda selepas tamat perlawanan untuk pulang ke hotel penginapan rasmi mereka di Hotel Sultan, kira-kira 1 kilometer dari Stadium Gelora Bung Karno. Katanya, mereka akan berada di hotel tersebut untuk mengemas beg pakaian dan barangan masing- masing sebelum dibawa ke lapangan terbang dan menaiki pesawat khas pulang ke tanah air. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan