Harian Metro: Arena |
Posted: 08 Nov 2011 10:46 AM PST "JANGAN takut kepada Thailand." Demikian nasihat ringkas tetapi penuh bermakna dilontarkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal (gambar) kepada anak buah Ong Kim Swee yang akan turun pada perlawanan kedua saingan Sukan Sea bertemu skuad Gajah Putih itu, hari ini. Bagi pengendali yang pernah membawa skuad negara meraih pingat emas di Laos, dua tahun lalu, tiada apa yang perlu digeruni apabila bertemu Thailand kerana bagi beliau, lawan skuad bawah 23 tahun negara itu juga pasti turut bimbang apabila bertemu Malaysia.
"Yang penting setiap pemain perlu berfikiran positif sepanjang permainan dan jangan fikir perkara yang bukan-bukan, itu saja," tegasnya.
"Saya percaya pemain sudah tahu apa yang patut mereka lakukan dan percaya kepada diri sendiri. Tinggal lagi seperti saya katakan tadi, mereka perlu berfikiran positif, ini penting," katanya.
"Perlawanan pertama itu sudah berlalu. Sekarang mereka perlu mengharungi satu persatu halangan terlebih dulu. Usah fikirkan perkara yang masih jauh," katanya.
|
Posted: 08 Nov 2011 10:26 AM PST "INI bukan perlawanan hidup atau mati tapi kita perlu menyerang untuk menjaringkan gol bagi mencapai kemenangan," kata jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee menjelang pertembungan getir berdepan juara 13 kali Sukan Sea, Thailand hari ini. Selepas aksi mengecewakan anak buahnya ketika seri 0-0 pada perlawanan pertama Kumpulan A Sukan Sea Indonesia kelmarin, pengendali negara itu sedar cabaran dihadapi kali ini lebih sukar.
Justeru, Kim Swee mula memikirkan untuk merombak barisan pemain bagi menyaingi skuad Thailand kendalian, Prapol Pongpanich yang akan turun dalam perlawanan pertama mereka.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan