Harian Metro: Arena |
Posted: 04 Dec 2011 10:39 AM PST PASUKAN Harian Metro TEQ SCK Honda Racing mencatatkan musim gemilang tahun ini apabila meraih gelaran Anugerah Berpasukan Keseluruhan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 selepas berakhirnya pusingan ke 10 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam. Mengumpul sebanyak 232 mata dengan mengatasi pesaing terdekat, Yamaha Maju Motor Racing ditempat kedua dengan 182 mata, pasukan yang dijana Soong Chee Kieong itu mencatat sejarahnya tersendiri apabila turut membawa jentera Honda untuk muncul juara keseluruhan berpasukan buat pertama kali dalam sejarah perlumbaan cub prix.
Lebih manis lagi apabila Mohd Affendi pula mencatatkan tempat kedua keseluruhan kategori tertinggi dalam perlumbaan cub prix itu dengan 111 mata mengatasi pencabarnya, Abdul Muhaimin Roslan yang ketinggalan tiga mata.
Norizman yang gembira dengan kejayaannya meraih juara keseluruhan musim ini melahirkan perasaan bangganya selepas cubaannya pada musim lalu tidak berjaya apabila sekadar berada di tempat kedua di belakang, Hafizh Syahrin Abdullah.
"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama rakan sepasukan, mekanik dan pihak pengurusan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada pelumba bagi mendapatkan hasil terbaik dalam setiap perlumbaan," katanya yang pernah meraih juara expert pada saingan musim 2005.
|
Posted: 04 Dec 2011 10:31 AM PST PASUKAN PROTON R3 menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan dan dalam Kelas 2 pada perlumbaan Sepang 1000km (S1K) menerusi Syafiq Ali dan Syahrizal Jamaludin dengan mencatatkan masa 8 jam 50 minit. Ini adalah edisi ketiga S1K dengan 28 pasukan memulakan perlumbaan pada tengah hari membabitkan kategori 1600cc(Kelas 2) dan melebihi 1900cc(Kelas 1).
Walaupun ia lebih kepada perlumbaan ketahanan, mereka bersaing sengit sejak awal yang kelihatan seperti perlumbaan pecut dengan setiap pelumba cuba mendapat kedudukan terbaik.
Faidzil yang baru dinobatkan selaku juara Malaysian Super Series adalah salah seorang peserta pilihan untuk menjuarai perlumbaan dan mendahului sejak pusingan pertama mengatasi satu pusingan pencabar terdekatnya sebelum menarik diri.
Ketua PROTON Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood ketika mengulas mengenai perlumbaan terbabit berkata, "Kami gembira dengan kedudukan keempat dalam perlumbaan yang sangat mencabar ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan R3 kerana tekad dan komitmen untuk menang serta dedikasi kepada perlumbaan ini." "Walaupun bagaimanapun, kami kecewa kerana salah sebuah kereta terpaksa menarik diri namun sukan ini adalah sukar dijangka dengan pelbagai perubahan boleh mengubah keputusan perlumbaan. Secara keseluruhan, kami mengharungi perlumbaan yang hebat dan membawa pula banyak maklumat teknikal yang baru bagi menghadapi perlumbaan tahun depan." "Keputusan keempat dalam perlumbaan ketahanan masih hebat dan kemampuan menamatkan perlumbaan turut dianggap sebagai kejayaan kepada semua pihak," kata Pengarah Pemasaran, Penjenamaan dan Motorsports Kumpulan PROTON, John Chacko. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan