Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Harta' negara

Posted: 04 Dec 2011 01:51 PM PST

Sukan

B Sathianathan

B Sathianathan

Pemain Harimau kekal kualiti: Sathia

TIDAK salah untuk pemain Harimau Muda yang sudah mencapai usia 21 atau 22 tahun menyertai kelab atau negeri tetapi jurulatih baru mereka harus memastikan tahap kecergasan dan permainan mereka sama atau lebih baik daripada ketika bersama pasukan muda kebangsaan itu.

Itu pandangan peribadi bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan ketika ditanya mengenai 'sistem pelik' pembangunan bola sepak di Malaysia yang menyaksikan badan induk - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - melatih pemain muda tetapi akhirnya 'diculik' persatuan negeri atau kelab ketika masih mampu bersama skuad muda kebangsaan. "Saya sendiri sebagai jurulatih - jika saya mengambil khidmatpemain Harimau Muda - akan pastikan mereka sentiasa berada dalam kesebelasan utama dan mempunyai tahap kecergasan tertinggi seperti bersama skuad muda kebangsaan," kata Sathianathan yang kini mengendali pasukan Tentera.

"Ia menjadi tanggungjawab jurulatih memastikan pemain ini konsisten dalam latihan dan permainan kerana mereka ini adalah aset negara. Malah, pergaulan dan aktiviti mereka di luar padang juga harus dijaga kerana ia akan memberi kesan kepada skuad kebangsaan sekiranya mereka dipanggil semula.

"Cuma saya kurang bersetuju jika dikatakan kelab atau negeri tidak melakukan kerja di peringkat akar umbi. Ada negeri yang gigih melatih pemain bawah 14 tahun tetapi beberapa pemain yang menyerlah akan diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atau Bandar Penawar (SSBP).

"Jadi secara tidak langsung, akademi negeri atau kelab turut membantu dalam proses penyediaan pemain kebangsaan. Cuma di negeri dan kelab, pendedahan dan soal pemakanan pemain muda ini tidak sebaik di sekolah sukan menyebabkan ramai yang tidak dapat berkembang seperti pemain di SSBJ dan SSBP."
Menurut Sathia, kebanyakan akademi peringkat akar umbi di negeri atau kelab dikekang masalah kewangan menyebabkan pemain muda kurang pendedahan pada segi latihan atau perlawanan.

"Tanyalah mana-mana pemain di peringkat sekolah menengah, berapa banyak perlawanan kompetitif yang mereka lalui dalam setahun. Saya berani katakan tidak lebih daripada 10, itupun jika pasukan mereka mara hingga ke final," kata Sathia.

"Sedangkan di Jepun, pemain muda mereka secara purata bermain lebih 30 perlawanan kompetitif dalam setahun. Hanya SSBJ dan SSBP yang mempunyai sokongan kewangan memberi pendedahan kepada pemain mereka, tetapi setakat hanya dua sekolah, tidak cukup untuk menghasilkan pasukan kebangsaan benar-benar mantap.

"Dengan jumlah penduduk melebihi 25 juta, Malaysia sepatutnya mempunyai 800,000 pemain bola sepak berbakat tetapi berapa yang kita ada sekarang?
Kejuaraan peringkat Asia Tenggara yang ada sekarang sekadar pencetus kepada kebangkitan bola sepak negara, tetapi jika mahu merakam kejayaan lebih besar di peringkat antarabangsa, kita perlu mengubah sistem pembangunan di peringkat akar umbi."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Khai Jei, Kelly Tan juara baru TSM

Posted: 04 Dec 2011 01:45 PM PST

Sukan

Naqiuddin ungguli kategori bawah 15 tahun

LOW Khai Jei dan Kelly Tan memperagakan aksi hebat masing-masing untuk muncul juara baru, Kejohanan Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) di Kelab Golf & Country Glenmarie, semalam.

Khai Jei pula mencipta kejutan apabila pemain berusia 15 tahun dari Perak itu bangkit dengan penuh bersemangat untuk mencipta tujuh bawah par 65 bagi menghimpun jumlah keseluruhan 214 pukulan mengatasi dua pencabarnya - Kenneth De Silva dan Mohd Azman Basharuddin yang masing-masing mencatat 218 pukulan berkongsi kedudukan kedua. Pada pusingan pertama, dia memulakan saingan dengan aksi apabila hambar melakukan sembilan atas par 80 pukulan.

"Saya tidak sangka akan menjadi juara selepas aksi buruk pada hari pertama kerana banyak mensia-siakan pukulan putt. Saya bernasib baik dapat memperbaiki persembahan hari ini (semalam)," katanya.

Dalam pertandingan TSM edisi keenam tahun ini juga menyaksikan Muhd Naqiuddin Fuad diumumkan sebagai juara sulung kategori bawah 15 tahun selepas mengumpul 220 pukulan keseluruhan untuk mengetepikan 19 pencabar lain.

Sementara itu, Kelly Tan - pemain wanita yang membantu skuad negara memenangi pingat gangsa acara golf berpasukan wanita di Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini, menyifatkan kejayaan itu adalah aksi terbaik pernah dilakukannya.
Low menerima hadiah berbentuk biasisiwa latihan bernilai RM40,000 dan piala manakala Kelly dari Johor menerima biasisiwa latihan bernilai RM30,000 serta piala.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengasas kejohanan tahunan itu menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kejohanan itu menampilkan 75 pemain muda iaitu 30 pemain lelaki dan 26 wanita bawah 21 tahun dan 19 pemain lelaki bawah 15 tahun.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan