Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Nicol menakjubkan

Posted:

Nicol menakjubkan

Nicol menakjubkan

RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David wajar dijulang sebagai tokoh sukan paling berjaya dalam sejarah negara apabila mampu mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia sebanyak enam kali berturut-turut.

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Perdana Menteri berkata, kejayaan yang dicapai Nicol itu adalah satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh sesiapa dalam sejarah sukan negara.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nicol," katanya selepas menerima kunjungan pemain No. 1 dunia itu di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

Turut hadir, ayah dan ibu Nicol, Desmond David dan Anne Marie David serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Najib berkata, beliau berharap kejayaan Nicol itu akan menjadi pendorong serta penguat semangat kepada atlet sukan bukan sahaja dalam arena skuasy tetapi juga sukan lain.

"Nicol juga patut dijadikan contoh ikutan, beliau merupakan seorang ikon sukan yang paling berjaya dalam sejarah negara kita," katanya.

"Diharapkan Nicol akan terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang, seterusnya meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk sukan negara terutamanya skuasy," kata beliau.

Sementara itu, Nicol berkata, pertemuan dengan Perdana Menteri semalam merupakan satu peluang yang amat bermakna buat diri dan kedua-dua ibu bapanya.

"Ia adalah satu penghormatan untuk saya dan keluarga untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia, terima kasih atas segala sokongan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wan Zack belum pasti ke Australia

Posted:

Wan Zack belum pasti ke Australia

Wan Zack belum pasti ke Australia


KECEDERAAN mungkin memaksa Wan Zack Haikal (kiri) terlepas peluang beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan di Australia bulan ini.


PENYERANG skuad Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Mohd. Noor bakal terlepas peluang menyertai skuad kendalian Ong Kim Swee itu bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan dengan tiga kelab Australia bermula 10 hingga 22 Disember ini ekoran kecederaan buku lali yang masih belum pulih sepenuhnya.

Kecederaan tersebut dialaminya ketika perlawanan pertama kelayakan Olimpik 2012 menentang Jepun pada 21 September lepas di Stadium Tosu, Fukuoka.

Ia menyebabkan beliau terpaksa disisihkan daripada menyertai skuad itu ke Sukan SEA Indonesia baru-baru ini.

Pemain kelahiran Pahang berusia 20 tahun ini berkata, beliau masih dalam proses pemulihan dan dijangka mengambil masa dua bulan.

"Kini saya melakukan latihan senaman secara bersendirian untuk mempercepatkan pemulihan kecederaan saya. Mengenai perlawanan persahabatan ke Australia, saya menyerahkannya kepada jurulatih sama ada mahu membawa saya atau tidak," katanya kepada Bernama semalam.

Skuad Bawah 23 tahun negara dijadualkan menentang pasukan Sydney FC pada 13 Disember, Central South Mariner (15 Disember) sebelum menutup aksi menentang Newcastle United pada 19 Disember.

Perlawanan tersebut merupakan persiapan awal skuad berkenaan sebelum menyertai Liga Singapura musim depan dan persediaan menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria, Bahrain dan Jepun pada Februari tahun depan.

Diminta mengulas mengenai perpindahan pemain Harimau Muda ke dalam pasukan tempatan musim depan, Wan Zack yang pernah bermain dengan kelab divisyen 1 Slovakia, FC Vion selama tiga bulan berkata, beliau masih setia bersama pasukannya sekarang.

"Saya akan terus bermain dengan pasukan saya kerana banyak pendedahan mengenai bola sepak yang saya peroleh ketika menentang pasukan hebat dari luar negara," katanya.

Tiga pemain yang melebihi usia 23 tahun musim depan dan tidak beraksi lagi bersama skuad B-23 ialah Mohd. Muslim Ahmad yang memilih menyertai Terengganu, K. Gurusamy (Selangor) dan Mohd. Zamir Selamat (Johor FC).

Full content generated by Get Full RSS.

Tenis: Venus sah sertai Terbuka Malaysia 2012

Posted:

Tenis: Venus sah sertai Terbuka Malaysia 2012

Tenis: Venus sah sertai Terbuka Malaysia 2012

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAU AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


AHMAD Shabery (dua dari kanan) ketika merasmikan pelancaran Kejohanan Tenis WTA Terbuka Malaysia 2012 di ibu negara, semalam.


BEKAS pemain No. 1 dunia, Venus Williams adalah antara nama yang telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Tenis WTA Terbuka Malaysia BMW 2012 yang akan berlangsung di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort penghujung Februari depan.

Kejohanan seminggu itu juga akan menyaksikan penyertaan dua lagi pemain antarabangsa Perancis, Marion Bartoli dan Shuai Peng dari negara China.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Geoffrey Briscoe, kejohanan kedua tajaan BMW itu kini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada beberapa pemain tenis wanita antarabangsa yang telah menyatakan kesediaan untuk hadir.

"Walaupun Venus telah mengalami masalah kecederaan sehingga menghalangnya untuk menyertai beberapa kejohanan utama pada tahun ini, kini dia telah memilih jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) yang dianjurkan di Malaysia sebagai salah satu tempat untuk memulihkan kariernya.

"Sepanjang kariernya, Venus telah memenangi 43 kejuaraan termasuk tujuh Grand Slam sementara Marion pula berada di kedudukan No. 9 dunia dan telah memenangi tujuh kejuaraan utama.

"Manakala bagi Peng Shuai pula, dia merupakan bakat baru dari China yang sudah mula mencipta nama di pentas antarabangsa," katanya pada majlis pelancaran kejohanan tersebut di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Tan Sri Abdul Latif Razak.

Ahmad Shabery berharap agar kejohanan tenis terbesar itu bukan sahaja dapat menaikkan nama Malaysia di peringkat dunia malah dapat membantu negara melahirkan bakat baharu.

"Dengan kejohanan berprestij seperti itu dilangsungkan di sini, maka ia akan dapat meningkatkan tahap kesedaran terhadap sukan tenis dan secara tidak langsung melahirkan bakat baharu di negara ini.

"Kita juga berharap ia juga dapat wujudkan budaya masyarakat yang bergiat aktif dalam sukan tenis, saya tahu ramai orang bermain tenis tetapi mereka tidak diikat dalam satu rangkaian yang baik," katanya.

Sejumlah US$220,000 (RM690,173) akan menjadi rebutan pada kejohanan itu yang akan disertai 32 orang pemain bagi kategori perseorangan dan 16 pasangan bagi kategori beregu.

Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh BMW dalam penganjuran kejohanan ini telah membuka peluang kepada Malaysia untuk menjadi destinasi baharu bagi jaguh-jaguh tenis antarabangsa.

"Dengan pengesahan beberapa pemain terbaik dunia, ia akan menjadikan kejohanan ini lebih baik dan dengan itu, saya yakin tidak keraguan lagi bahawa kejohanan ini akan menjadi sesuatu yang menakjubkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan