Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


KOM perlu teraju baru

Posted: 15 Dec 2011 11:23 AM PST

BOSAN melihat pertelingkahan yang tidak berkesudahan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dengan Majlis Sukan Negara (MSN), pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mencadangkan supaya Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berundur secara terhormat.

Bukan mempertahankan MSN, tapi bagi Kay Kim, sudah jelas segala masalah yang berlaku antara kedua-dua pihak itu lebih banyak ditimbulkan oleh KOM sendiri yang seolah-olah dimonopoli oleh seorang individu saja dalam membuat segala keputusan.


Lebih malang katanya, hampir kebanyakan keputusan yang dibuat itu langsung tidak membantu meningkatkan prestasi atlet olahraga negara, sebaliknya apa yang dihidangkan oleh barisan atlet negara ketika ini jauh lebih teruk berbanding era kegemilangannya satu ketika dulu.

"Individu yang memegang jawatan penting dalam persatuan tentu sudah tahu betapa pentingnya untuk membuat keputusan. Kalau prestasi atlet tidak memberangsangkan, orang yang membuat keputusan itu perlu bertanggungjawab.


"Dan dalam hal ini (KOM dan MSN), individu itu (Karim) yang sudah agak lama dalam KOM, sepatutnya berundur secara gentleman (terhormat) kerana semuanya sudah jelas dan tidak perlu dipersoalkan lagi," katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong menerusi laporan Arena Metro semalam yang menyambut dingin kesediaan Karim yang mahu bertemu dengannya bagi menyelesaikan segala kemelut antara kedua-dua pihak itu selama ini.

Bagi Zolkples, sudah cukuplah segala tohmahan buruk Karim ke atas MSN selama ini yang sekali gus turut membuatkannya hilang sabar dan tidak henti-henti menepis segala tuduhan tidak berasas. Sementara itu, Kay Kim menambah, beliau sememangnya amat kecewa dengan prestasi atlet olahraga ketika ini kerana ia langsung tidak menunjukkan petanda untuk menjadi lebih baik berbanding satu ketika dulu.


"Sebagai orang yang sudah lama memerhatikan perkembangan sukan negara, saya memang tidak dapat sembunyikan perasaan kecewa.

"Dulu dalam acara olahraga kita mampu bersaing di peringkat Asia dan mampu menjuarainya. Tapi kini anda lihat sajalah pada peringkat Sukan Sea pun atlet kita gagal bersaing dan mudah untuk ditewaskan.


"Jadi maknanya ada sesuatu yang tak betul berlaku dalam persatuan. Sebab itu saya katakan tadi, kalau rasa gagal jalankan tugas, berundurlah secara gentleman," katanya.


Kekesalannya itu dipanjangkan kepada 'orang-orang penting' dalam persatuan sukan lain yang pada anggapannya memegang jawatan kerana mempunyai agenda tersendiri dan bukannya mahu berkorban sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi atlet di bawah kendalian mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Tubuh jawatankuasa imej

Posted: 15 Dec 2011 11:17 AM PST

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) akan membentuk "jawatankuasa imej" dalam usaha menjaga reputasi kesatuan itu daripada terus tercalar.

Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata jawatankuasa itu akan menggubal garis panduan kepada anggota Majlis KOM serta atlet olahraga yang bernaung di bawah kesatuan mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh diberitahu kepada media.


"Ini lanjutan daripada keputusan anggota majlis pada mesyuarat Exco di Kangar, Sabtu lalu. Pada mesyuarat itu, anggota majlis bersetuju hanya Presiden yang boleh bercakap mengenai hal ehwal dalaman kesatuan.

"Larangan ini turut dikenakan terhadap Timbalan Presiden, Karim Ibrahim," katanya.


Shahidan bagaimanapun berkata anggota majlis dan atlet tidak dihalang untuk bertemu media dan bercakap mengenai hal-hal seperti program latihan atau prestasi mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan