Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Cabaran terkulai

Posted: 17 Dec 2011 01:49 PM PST

CHEN Long terus menjadi batu penghalang pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei untuk memburu gelaran keempat Pusingan Akhir Siri Super Dunia, apabila kandas kepada pemain China itu di saingan separuh akhir semalam.

Begitupun Chong Wei tidak memberi laluan mudah apabila bertarung dalam tiga set sebelum hampa dikecewakan pemain nombor tiga dunia itu, 16-21, 21-16, 18-21 dalam aksi berlangsung selama 1 jam 19 minit di Liuzhou, China.


Kekalahan itu sekali lagi memadamkan harapan peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pertarungan epik di antara Chong Wei-Lin Dan pada saingan penutup tirai Siri Super Dunia tahun ini.

Set pertama menjadi milik Chen Long meskipun Chong Wei memberi tentangan hebat sebelum pemain China itu menguasai babak akhir set itu dengan 21-16.


Chong Wei segera bangkit pada babak kedua apabila menang 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tetapi dominasi pemain muda China itu lebih ketara pada set ketiga meskipun pada satu ketika, kedua-duanya terikat 18-18 sebelum Chen Long menoktahkan kemenangan, 21-18.


Hakikatnya ini bukan kali pertama Chen Long menjadi 'ranjau baru' dalam perjuangan Chong Wei apabila tewas kepada pemain itu pada Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark, September lalu sebelum menewaskannya di separuh akhir Terbuka Perancis, bulan lalu.

Statistik itu wajar ditangani segera agar impian menyaksikan Chong Wei merangkul pingat pertama Olimpik tahun depan tidak berakhir begitu awal.

Full content generated by Get Full RSS.

MU mahu tiga mata

Posted: 17 Dec 2011 01:46 PM PST

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mendakwa fikirannya hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mencari tiga mata apabila Manchester City berkunjung ke QPR malam ini.

United menang lima daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sejak diaibkan 1-6 kepada Manchester City, Oktober lalu.


Kemenangan 4-1 ke atas Wolves hujung minggu lalu, selain kekalahan City kepada Chelsea, 1-2 bermakna United semakin merapatkan jurang dengan pendahulu liga itu dengan hanya dua mata.

Kemenangan di Loftus Road, yang dikunjungi mereka kali terakhir pada Mac 1996 akan meletakkan mereka satu mata di depan City yang akan menanti kunjungan Arsenal selepas itu.


Begitupun, Ferguson kini memberi tumpuan terhadap rancangan jangka panjang untuk menyekat kemaraan City.


"Pastinya ia perlawanan yang sukar tetapi kami berharap dapat mengembalikan prestasi pasukan dan pada akhir bulan ini, tampil sebagai pencabar gelaran liga.

"Pada masa itu, anda akan mendapat idea apa yang perlu dilakukan dan siapakah yang menjadi pencabar utama kami.


"Pada akhir musim, apa yang penting adalah siapa yang akan kehilangan paling banyak mata malah setiap pasukan berdepan tekanan tersendiri.

"Kami cuba memenuhi harapan, semua orang berharap kami berada di tahap lebih baik dan anda lihat sendiri kritikan yang diterima apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan kami sudah biasa menghadapinya.


"Tetapi kami berjaya menanganinya dan peluang akan lebih cerah pada separuh kedua musim ini." Ferguson ternyata kagum dengan pencapaian QPR yang kali pertama menyertai Liga Perdana Inggeris, selepas tersingkir pada 1996.


"Mereka melakukan pelaburan bijak dan membawa masuk pemain berbakat. Pemilik pasukan dan Neil Warnock menyedari jika anda berada dalam liga yang besar, anda perlu mendapatkan pemain yang lebih baik dan ia memberii peluang yang lebih baik kepada mereka." - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan