Kosmo Online - Sukan |
Posted: Barcelona tawan duniaYOKOHAMA, Jepun – Juara kelab Eropah, Barcelona memenangi gelaran juara Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Santos dari Brazil 4-0 pada final semalam. Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi meledakkan dua gol untuk kelab Liga Sepanyol itu, manakala Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas masing-masing menyumbat satu gol. Penyerang Argentina itu meletakkan Barcelona di depan menerusi satu gerakan cantik pada minit ke-17 sebelum Xavi menambah gol kedua tujuh minit kemudian. Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas mengukuhkan kedudukan pada minit-minit akhir babak pertama sebelum Messi mengesahkan kemenangan mutlak Barcelona minit ke-82. Ia adalah trofi yang ke-13 buat Barcelona di bawah bimbingan jurulatih Pep Guardiola. Sementara itu, pada perlawanan terdahulu, kelab Qatar, Al Sadd menewaskan juara Jepun, Kashiwa Reysol 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menduduki tempat ketiga pada kejohanan ini. Barcelona membuktikan mereka kini adalah kelab bola sepak terhebat di dunia selepas mudah membelasah Santos dari Brazil 4-0 untuk muncul juara Piala Kelab Dunia semalam. Ironinya, kejayaan kelab dari Sepanyol itu turut ditunjangi kelibat pemain terhebat dunia, Lionel Messi yang menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir tersebut. Dua lagi gol Barcelona dijaringkan oleh Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas. Ternyata pertemuan juara kelab Eropah dan juara kelab Amerika Selatan itu tidak berlangsung seperti yang diharapkan apabila Barcelona mudah meratah gawang Santos. Malah, pertembungan sengit yang dijangka antara Messi dan Neymar juga tidak menjadi kenyataan apabila penye- rang Santos itu tenggelam dalam seba- hagian besar permainan. Ini menyaksikan Barcelona mudah meraih kejuaraan Piala Kelab Dunia kedua mereka dalam tempoh tiga tahun. Kali pertama ialah pada 2009 ketika mereka menewaskan Estudiantes 2-1 selepas masa tambahan. Bagi jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, ini merupakan trofi ke-13 berjaya dimenanginya sejak mula membimbing kelab itu pada 5 Jun, 2008. Sementara itu, juara kelab Asia, Al Sadd dari Qatar berjaya menduduki tempat ketiga selepas menewas- kan juara kelab Jepun, Kashiwa Reysol menerusi pe- nentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedudukan terikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan dan masa tambahan. – AFP Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Malaysia tambah pingat emasOleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH DARI kiri, Mohd. Fattah, Muhd. Arfy, Lauretta Eva , Ummi Hamimah dan Malek Marcus menunjukkan pingat yang mereka menangi semalam. SKUAD trek negara menutup tirai pada Kejuaraan Lumba Basikal Trek Piala Asia ACC 2011 dengan bergaya apabila mengutip dua lagi pingat emas di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam. Dua pingat emas tersebut hadir menerusi pelumba remaja negara, Muhammad Arfy Qhairant Amran dan Lauretta Eva Adrian masing-masing dalam acara Keirin lelaki dan wanita remaja. Ini adalah emas kedua disumbang pelumba berbakat, Arfy pada Piala Asia ACC 2011 itu selepas dia turut memenangi emas dalam acara pecut remaja lelaki kelmarin. Secara keseluruhannya, Malaysia yang mempertaruhkan pelumba-pelumba skuad pelapis negara melabuhkan tirai pusingan ketiga itu di tangga ketiga dengan kutipan tiga pingat emas, dua perak dan empat gangsa. Hong Kong muncul juara keseluruhan siri terakhir Piala Asia ACC 2011 itu dengan 12 pingat emas, enam perak dan tiga gangsa, diikuti Iran (5-5-3), Jepun di tempat keempat (2-6-3) dan Thailand kelima (1-3-2). Pengurus skuad trek kebangsaan, Datuk Naim Mohamad jelas sekali gembira dengan peningkatan positif pelumba-pelumba daripada program pelapis ini yang membuktikan potensi sebenar yang ada dalam diri mereka. "Walaupun kita menduduki tempat ketiga keseluruhan, bagi saya ia adalah suatu pencapaian yang positif kerana kita menurunkan pelumba daripada skuad pelapis sahaja," kata Naim semalam. "Tujuan utama kita menurunkan skuad pelapis serta pasukan Serantau Pulau Pinang dan Serantau Ipoh adalah untuk memberi pendedahan yang berterusan kepada pemain remaja kita. "Kita tidak boleh bandingkan dengan pencapaian pasukan Hong Kong kerana mereka menurunkan barisan pelumba elit mereka di sini, sebab itu mereka muncul juara keseluruhan," tambahnya lagi. Menurut Naim, tiga siri pusingan Trek Piala Asia ACC yang berlangsung di tiga gelanggang iaitu Jepun, Bangkok dan Kuala Lumpur merupakan platform terbaik dalam program pembangunan sukan trek berbasikal negara. Malah kata Naim, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) juga sedang merangka program untuk melahirkan pelumba baharu bagi skuad Olimpik 2016. "Kita sedang melihat kepada pembangunan sukan trek berbasikal bagi masa akan datang iaitu perancangan untuk melahirkan pelumba bagi program Sukan Olimpik 2016 nanti. "Justeru, Trek Piala Asia ACC ini dilihat amat penting dan menjadi kayu pengukur dalam aspek pendedahan dan pengalaman pemain-pemain remaja kita bagi jangka masa lima atau enam tahun lagi," kata Naim lagi. Selain dua emas, skuad negara turut memenangi satu perak menerusi acara pecut berpasukan lelaki, satu gangsa menerusi Mohd. Fattah Amri Zaid (Keirin lelaki), manakala Malek Marcus Mc Crone dari serantau Pulau Pinang memenangi gangsa (Keirin remaja lelaki) dan pelumba Serantau Ipoh, Ummi Hamimah Mohamad turut membawa pulang gangsa (Keirin remaja wanita). Dalam kutipan mata Piala Asia ACC pula, skuad negara menduduki tempat kelima dengan 44 mata di belakang Taiwan (47), manakala Hong Kong muncul juara keseluruhan (153), diikuti Jepun (136) dan Iran (114) selepas tiga siri ACC 2011. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Muhd. Rafiq gondol gelaran Masters Posted: Muhd. Rafiq gondol gelaran MastersOleh SHANIKA ABDULLATIB
KEKECEWAAN Muhd. Rafiq Ismail dalam Terbuka Lelaki pada Kejohanan Boling Masters All Star ke-12 kelmarin terubat apabila dia mengungguli kategori Masters semalam. Kemenangan itu membolehkan Muhd. Rafiq membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM49,000. Beraksi cemerlang, atlet berusia 14 tahun itu berjaya mengalahkan pemain dari Korea Selatan, Kong Byoung Hee yang mewakili pasukan Ulsan dengan 254 jatuhan pin ketika bersaing dalam pusingan stepladder. "Ia mengubat kekecewaan saya apabila kalah di tangan Tay Hui Chiang kelmarin. Saya belajar daripada kesilapan dan cuba memperkemaskan balingan saya untuk terus melakukan balingan sempurna," katanya yang ditemui selepas perlawanan. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Indah, Ampang itu mengakui mendapat kelebihan pada kedudukan lorong berbanding semalam dan memudahkan dia membuat balingan sempurna pada setiap perlawanan. Malah, kelebihan mendapat lapan handikap dan pertukaran beberapa peralatan membantunya memenangi kategori utama kejohanan tersebut yang berlangsung di Sunway Megalane. Pemain yang kali ketiga menyertai kejohanan antarabangsa itu menjelaskan, keputusan untuk bertanding dalam kategori Terbuka Lelaki dan Master ditentukan oleh jurulatihnya, Holloway Cheah. "Dia melakukannya sebagai pendedahan dalam pertandingan antarabangsa dan bagi saya, cukup baik untuk mengutip pengalaman, terutamanya bersaing dengan pemain yang sudah mencipta nama dan gelaran dunia," katanya yang menjadi peserta termuda memenangi kejuaraan itu. Tambahnya, ia juga sebagai persediaan baginya untuk menyertai kejohanan lain pada tahun depan, sementelah dia tersenarai dalam program khas yang dijalankan oleh Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) selama dua tahun. Dalam pada itu, Muhd. Nur Aiman sekali lagi kecewa apabila sekadar berada di kedudukan ketiga selepas menewaskan peserta senegara, Alex Liew dan Sharon Koh serta Michael Chan dari Hong Kong. Nyata balingan sempurna yang dilakukan Muhd. Nur Aiman yang bermula di pusingan ketiga dan seterusnya tidak berjaya membuahkan hasil yang diharapkan apabila balingan dilakukan Muhd. Rafiq sentiasa mengatasi jumlah jatuhan pinnya. Muhd. Nur Aiman yang mulanya mengatasi Muhd. Rafiq dengan 248 jatuhan pin, terpaksa akur apabila Muhd. Rafiq mara ke pusingan akhir dengan kelebihan lapan handikap. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan