Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee ‘kunci mulut’

Posted:

Safee 'kunci mulut'

Safee 'kunci mulut'

PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safee Sali mengambil sikap 'mengunci mulut' mengenai masa depannya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Begitupun, segala-galanya akan terjawab apabila Safee, 28, dijadualkan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini.

"Saya kini sudah sampai di lapangan terbang KLIA, jadi tunggu sahaja esok (hari ini)," katanya ringkas semasa dihubungi Kosmo! semalam.

"Segala-galanya akan terjawab esok (hari ini)."

Masa depan Safee bersama kelab Pelita Jaya mendapat perhatian meluas media dan pemerhati bola sepak tempatan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan mengharamkan saingan Liga Super Indonesia (ISL) baru-baru ini.

Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum dapat ditentukan, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang bimbang mengenai nasib Safee.

"SEGALA-GALANYA akan terjawab, jadi tunggu sahaja esok (hari ini).

Demikian respons ringkas penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali mengenai masa depannya bersama kelab Pelita Jaya yang mendapat perhatian meluas media dan pemerhati bola sepak tempatan.

Situasi itu tercetus gara-gara saingan Liga Super Indonesia (ISL) dilaporkan telah diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum mencapai kata putus, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang khuatir mengenai nasib Safee yang dikhabarkan tidak layak beraksi bersama pasukan kebangsaan sekiranya benar ISL diharamkan.

Mengambil pendekatan 'mengunci mulut', penyerang kelahiran Kajang, Selangor berusia 28 tahun tersebut enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sambil memberitahu segala-galanya akan diperincikan dalam satu sidang akhbar khas yang akan diadakan di ibu negara pukul 1 petang ini.

"Saya kini sudah berada di lapangan terbang, jadi tunggu sahaja esok (hari ini)," katanya ringkas semasa dihubungi Kosmo! semalam.

Teka-teki mengenai masa depan Safee mula menimbulkan tanda tanya setelah sumber dari laporan portal berita akhbar Republika Indonesia kelmarin melaporkan mengenai surat pengharaman ISL yang dikeluarkan oleh FIFA kepada Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Ariffin Husin.

Disebabkan itu, Safee dikhabarkan mahu membincangkan masa depannya bersama pihak pengurusan Pelita Jaya, selain tidak menolak kemungkinan mencuba nasib beraksi di Liga Belgium atau Liga Australia selepas ini jika isu itu gagal diselesaikan PSSI.

Ekoran itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Abdul Rahim yang dipetik daripada laporan akhbar sebelum ini pantas tampil memberikan penjelasan bahawa ISL tidak diharamkan dan karier Safee masih selamat.

Namun, pada masa sama beliau mengakui kesal laporan itu telah disalah faham dan akan mengadakan sidang akhbar khas di ibu negara hari ini berhubung perkara itu.

"ISL masih belum diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram.

"ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana-mana kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan," katanya dalam laporan itu.

Zakaria semasa dihubungi semalam juga mengesahkan sidang akhbar tersebut akan diadakan di Garden, The Curve pukul 1 petang. Beliau begitupun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, rentetan kemelut yang melanda ISL itu juga mendapat perhatian Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meminta semua pihak bersabar dan tidak cepat membuat sebarang anggapan mengenai nasib Safee jika ISL diharamkan.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam laporan akhbar kelmarin juga mengesahkan ISL masih belum diharamkan dan akan membantu membawa keluar Safee dari Indonesia jika PSSI gagal menyelesaikan masalah tersebut, sementara Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad juga tidak mahu penyokong tempatan terpedaya dengan khabar angin sedemikian.

Full content generated by Get Full RSS.

Kelantan, Terengganu berentap

Posted:

Kelantan, Terengganu berentap

Kelantan, Terengganu berentap

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PEMAIN Kelantan, Mohd. Syahfirul Nizam Zainal (depan) melibas bola ke arah gelanggang Selangor pada Liga Kebangsaan Super Siri PSM Sirkit 3 di Gimnasium 2, MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


PERTEMBUNGAN dua penjuru antara pasukan Kelantan dan Terengganu memasuki episod yang cukup mendebarkan pada Liga Sepak Takraw Kebangsaan Super Siri Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Sirkit 3 semalam.

Kedua-dua pasukan dilihat memiliki peluang yang sangat cerah untuk muncul naib juara pada kejohanan yang akan melabuhkan tirainya hari ini.

Pada aksi sebelah pagi di Dewan Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam, kedua-dua pasukan berjaya membenam cabaran masing-masing untuk mengumpul keseluruhan 22 mata.

Di atas kertas, kelebihan dilihat berpihak kepada Kelantan yang mengejutkan pasukan pilihan, Selangor 2-1, sekali gus mengatasi Terengganu yang beraksi lebih satu perlawanan.

Begitupun, kehebatan kedua-dua pasukan itu belum cukup untuk menggugat peneraju liga, PSM yang masih unggul dengan 24 mata selepas menang kesemua 12 perlawanan termasuk menjinakkan MSN Kedah 2-1 semalam.

Dalam aksi menentang Selangor semalam, Kelantan ketinggalan di belakang apabila regu A, gagal menyaingi kehebatan regu Selangor apabila tewas mudah 6-15 dan 15-17.

Begitupun, regu B Kelantan kembali bangkit menyamakan kedudukan apabila menewaskan regu B Selangor apabila menang 16-14, 16-17 dan 15-13.

Regu C akhirnya memastikan kemenangan Kelantan apabila menang 15-11 dan 15-12 ke atas regu C Selangor.

Kapten Kelantan, Mohd. Hisham Mat enggan mendabik dada dengan kemenangan itu kerana menganggap pelbagai kemungkinan boleh berlaku hari ini.

Selain mengakui kelebihan Terengganu yang menerima sentuhan jurulatih kelahiran Thailand, Vitthaya Boontha yang pernah cemerlang menerajui Laos ketika mengecewakan Malaysia pada temasya Sukan SEA 2007, Mohd. Hisham juga tidak mahu rakan-rakannya tertekan dalam baki perlawanan semata-mata mahu mengejar kedudukan PSM.

"Kami tidak mahu yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran. Jadi kami akan bermain seperti biasa dan fokus satu-persatu terlebih dahulu.

"Apa yang pasti, kami yakin dengan kredibiliti jurulatih kami (Rozi Abdul Rahman dan Baharil Anuar Che Mamat) yang mempunyai strategi terbaik sebelum saingan tamat esok (hari ini)," katanya.

Hari ini, PSM bakal menentang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai aksi penutup tirai sementara Kelantan bakal berdepan cabaran Perak yang dilihat sudah pun berakhir apabila sekadar menghuni tangga kedua tercorot dengan empat mata sahaja setakat ini.

Dalam pada itu, jurulatih PSM, Jamaluddin Hassan enggan melatah meskipun regu C yang dibarisi oleh Mohd. Nasirruddin Manjur Ahmad (tekong), Norshahrudin Mad Ghani (apit kanan) dan Mohd. Anuar Samsuddin dikejutkan dengan kekalahan 12-15, 15-8 dan 14-16.

"Apa yang hendak dihairankan, apa juga boleh berlaku dalam permainan sepak takraw.

"Cuma pada masa sama, saya harap barisan pemain tidak mudah leka kerana corak persembahan yang paling saya utamakan pada kejohanan ini ialah sebagai persiapan Kejuaraan Dunia Sepak Takraw Super Series di Palembang Februari tahun depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PSM 'buka buku' baharu

Posted:

PSM 'buka buku' baharu

PSM 'buka buku' baharu

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin.nor@kosmo.com.my


FIKRI (tengah) bergambar bersama Jamaluddin (empat dari kanan), Amir Abu Bakar (empat dari kiri) barisan pemain skuad elit wanita pada Sukan SEA 2011 bulan lalu.


IBARAT menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak.

Mungkin itulah yang perlu dilakukan oleh pemimpin tertinggi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dalam menangani kemelut yang melanda badan induk sukan tradisi orang-orang Melayu itu.

Terlalu banyak isu yang diperdebatkan sejak akhir-akhir ini dan PSM perlu lebih bijak untuk menghadapi situasi yang dianggap sebagai 'detik genting' dalam sejarah penubuhan persatuan tersebut.

Kebijaksanaan pemimpin tertinggi PSM terutamanya presiden, Datuk Ahmad Ismail sekali lagi ditagih. Banyak hati yang perlu dijaga. Jiwa orang-orang Melayu terlalu sensitif dan mudah tersentuh.

Bagaimanapun, jangan jadi lilin. Sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Tetapkan pendirian dan teruskan langkah selagi ia dianggap sebagai satu perjuangan yang suci.

Lantaran itu, PSM perlu meneruskan program dalam misi mengembalikan semula kegemilangan sukan sepak takraw negara terutamanya di rantau Asia Tenggara dan Asia.

Kekalahan yang memalukan pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia perlu dilupakan segera dan usah diratapi lagi.

Kini, halakan fokus baharu pada temasya Sukan SEA 2013 di Naypyidaw, Myanmar dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Itu lebih baik daripada kita melayan kemarahan dan perasaan tidak puas hati pengkritik termasuk bekas jurulatih dan pemain yang masih belum dapat menerima kekalahan pada Sukan SEA 2011.

Mengimbas kembali kekalahan di Palembang bulan lalu, kesalahan tidak boleh diletakkan di bahu PSM tetapi semua pihak termasuk pengurus, jurulatih dan pemain perlu bertanggungjawab.

Desakan supaya Ahmad meletak jawatan selaku presiden PSM tidak sepatutnya dibangkitkan kerana beliau telah melaksanakan pelbagai program sejak menduduki 'kerusi panas' itu pada tahun 2003.

Begitupun, insiden ini tidak sehebat ketika PSM membuat keputusan drastik menarik diri daripada menyertai temasya Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

Ketika itu, PSM menghadapi saat yang paling kritikal apabila berdepan hukuman daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

Namun, PSM berjaya menyelesaikan isu tersebut tanpa dikenakan denda dan mencetuskan perbalahan dengan mana-mana pemimpin tertinggi Astaf dan Istaf

Untuk rekod, semua acara sukan di negara ini termasuk bola sepak, hoki, olahraga dan badminton pernah mengalami zaman kejatuhannya.

Acara bola sepak yang dianggap sebagai sukan No. 1 negara juga pernah melalui 'detik-detik hitam', sekali gus mencetuskan kritikan yang hebat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain kemerosotan prestasi, bola sepak turut 'dipalit najis' dengan skandal mengatur perlawanan (rasuah) membabitkan beberapa pemain terbaik negara termasuk dari skuad kebangsaan.

Ekoran daripada peristiwa hitam itu, beberapa pemimpin tertinggi termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah didesak supaya meletak jawatan.

Bagaimanapun, beberapa tahun selepas peristiwa itu, FAM berjaya membentuk skuad yang mantap di kalangan barisan pemain muda, sekali gus menjuarai Sukan SEA 2009 di Laos, Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2011.

Jadi, dalam isu perletakan jawatan ini, Ahmad perlu mencontohi kecekalan hati presiden FAM tersebut.

Menyentuh mengenai isu pembangunan pula, PSM telah melakukan pelbagai program jangka panjang termasuk latihan di peringkat akar umbi yang membabitkan sekolah-sekolah, kejurulatihan dan pengadilan.

Namun, PSM masih belum 'menuai hasil' dari semua program tersebut dan mereka perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk menjadikan semula acara sepak takraw sebagai sukan kegemaran rakyat Malaysia.

Sebagai contoh perbandingan, acara badminton dan skuasy turut melaksanakan program pembangunan atlet dalam sukan masing-masing.

Begitupun, ketika ini kedua-dua acara sukan ini hanya bergantung nasib dengan kecemerlangan pemain yang sama dalam semua kejohanan termasuk di peringkat tempatan dan pentas antarabangsa.

Sekiranya badminton meletakkan sandaran kepada pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat & Tan Boon Heong (beregu lelaki), skuasy pula menaruh harapan kepada Datuk Nicol Ann David.

Jurang antara Chong Wei, Kien Keat-Boon Heong dan Nicol dengan barisan pemain yang lain terlalu jauh dan seandainya para pemain ini bersara atau mengalami kecederaan, acara badminton dan skuasy pasti ditimpa masalah.

Bolehkah kita menyalahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dalam isu ini?

Bolehkah kita melabel program pembangunan yang dilakukan kedua-dua persatuan ini gagal kerana tidak berjaya melahirkan pemain yang berbakat setanding barisan pemain No. 1 dunia ini?

Kesimpulannya, semua persatuan sukan di Malaysia termasuk sepak takraw telah melaksanakan program pembangunan masing-masing tetapi ada antara mereka hanya menunggu masa untuk menuai hasil.

Jadi, PSM tidak boleh menoleh ke belakang, sekali gus terus memandang ke depan untuk kemajuan sukan sepak takraw negara.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang menganggap pencapaian skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA 2011 sebagai yang terburuk dalam sejarah mengakui akan tetap memberi sokongan yang padu kepada PSM untuk melaksanakan program pembangunan jangka panjang persatuan tersebut.

"Tidak memuaskan hati tetapi saya tidak berasa pelik dengan kekalahan yang memalukan ini terutamanya apabila tewas 0-3 kepada Indonesia dalam acara berpasukan.

"Sejak dari awal lagi, saya dah jangka skuad negara akan menemui kegagalan kerana pemilihan pemain yang dilakukan oleh PSM tidak menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan.

"Beberapa bulan sebelum Sukan SEA 2011 berlangsung lagi saya sudah buat kenyataan bahawa skuad yang ada ini tidak cukup bagus tetapi kita tidak boleh menarik diri daripada menyertai temasya itu.

"Sama ada suka atau tidak, kita terpaksa bermain dan inilah hasilnya apabila kita menghantar pasukan yang tidak sempurna," kata Zolkples.

Zolkples berkata, kelemahan skuad negara dapat dilihat dengan jelas terutamanya selepas tewas dalam beberapa kejohanan yang disertai sebelum Sukan SEA 2011 bermula.

Lantaran itu, MSN berpendapat bahawa skuad sedia ada ini perlu dibubarkan dan pemilihan baharu dibuat dalam kadar segera.

"Kami sudah memaklumkan kepada PSM agar membuat pemilihan pemain baharu. Bagaimanapun, MSN dan PSM masih belum mengadakan pertemuan secara rasmi untuk membincangkan isu ini.

"Kali ini, kami perlu membuat pemilihan yang lebih teliti dan hanya memilih barisan pemain yang berkualiti yang terdiri daripada pemain-pemain muda.

"Barisan pemain ini akan diberi latihan dan pendedahan secara sistematik dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang mantap menjelang Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014."

Bagaimanapun, Zolkples berkata, program latihan sebenar hanya bermula pada bulan April atau Mei tahun 2012.

"Dalam tempoh terdekat, kami akan mengadakan perbincangan mengenai isu dalaman seperti pemilihan jurulatih, program latihan dan sebagainya.

Kenyataan Zolkples itu juga senada dengan Setiausaha Kehormat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi.

Kok Chi berkata, PSM telah menjalankan semua program yang dirancang sepanjang tahun ini tetapi hasilnya masih lagi tidak memuaskan hati.

"Atas faktor kesibukan, MOM tidak terlibat secara langsung dalam program persediaan atlet sepak takraw negara ke Sukan SEA 2011. Begitupun, MOM tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka.

"Kita dapat lihat, PSM telah melaksanakan semua program yang dirancang persatuan itu sepanjang tahun lalu tetapi kegagalan di Sukan SEA 2011 meninggalkan kesan yang negatif.

"Secara keseluruhannya, pencapaian sukan sepak takraw pada tahun 2011 tidak memuashkan hati," kata Kok Chi.

Bagaimanapun, Kok Chi berkata, MOM akan terus memberi sokongan kepada PSM untuk melaksanakan program-program yang lebih berkesan pada masa hadapan terutamanya dari segi latihan dan pendedahan pemain.

"MOM sentiasa menolong dan menyokong PSM. Saya berharap, mereka akan menjadualkan semula program latihan sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan