Berita Harian: Sukan |
Posted: 09 Jan 2012 12:28 PM PST Sukan LIN Dan (kiri) dan Lee Chong Wei SELEPAS percubaan beberapa kali untuk 'menawan gelaran Terbuka Malaysia berakhir dengan detik kegagalan, juara dunia empat kali dan pemenang emas Sukan Olimpik, Lin Dan bertekad menamatkan badi itu dalam penampilannya kali ini. "Saya akan cuba memenanginya kali ini. Ini sasaran saya," katanya sejurus tiba bersama skuad China dari Seoul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam. Lin Dan gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea selepas tumbang kepada kepada jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, kelmarin diramalkan akan sekali lagi berentap sesama mereka di final Ahad ini."Keadaan saya dan Chong Wei kini 'tenat' kerana kami keletihan selepas banyak menghabiskan tenaga di Terbuka Korea. Namun, saya harap dapat mengembalikan kecergasan semula sekali gus mempamerkan aksi terbaik di sini," katanya. Ketika ditanya mengenai faktor kekalahan kepada Chong Wei di Korea, Lin Dan mengakui dia kurang bernasib baik dan banyak melakukan kesilapan. Lin Dan pernah mara dua kali di final Terbuka Malaysia pada 2005 dan 2006 tetapi tewas kepada Chong Wei. Lin Dan kemudian beraksi pada 2007 tetapi kecundang di pusingan kedua apabila tunduk kepada pemain Korea, Park Sung Hwan.
Sementara itu, jurulatih Tey Seu Bock menegaskan kemenangan Chong Wei ke atas Lin Dan bukan kerana pemenang emas Sukan Olimpik itu beraksi di bawah tahap kemampuan sebenar. "Memang Lin Dan banyak melakukan kesilapan pada set kedua dan penentuan, tetapi kesilapan itu disebabkan tekanan diberi Chong Wei. Saya tidak nampak Lin Dan beraksi di bawah tahap kemampuan sebenarnya," katanya. |
Empat kelab tunjuk permulaan garang Posted: 09 Jan 2012 12:10 PM PST Sukan PEMAIN USM FC, Muhamad Afzan (kiri) menahan asakan pemain Pos Malaysia, Mohd Hafizulldin dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium USM, malam tadi. - Foto Rosli Ahmad Dua pasukan negeri yang 'turun pangkat' untuk beraksi dalam Liga Perdana musim ini, Pahang dan Perlis, mengalami nasib berbeza apabila skuad Tok Gajah menang tipis 1-0 ke atas MBJB FC manakala Singa Utara menerima aib dibelasah 2-7 kepada MP Muar FC. Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penyerang import Tentera, Marlon Alex James membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa apabila menjaringkan dua gol membantu barisan B Sathianathan menang 2-0 ke atas NS Betaria FC. Gol pertama pemain St Vincent & Grenadines itu terhasil seawal minit kedua selepas keadaan kelam kabut di depan pintu gol sebelum menambah satu lagi gol peribadinya pada minit ke-22.Di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, MP Muar melangkah pada aksi pembukaan Liga Perdana musim ini apabila membelasah Perlis 7-2 menerusi jaringan Khairul Anwar Shahruddin pada minit kelapan, 82, Mohd Alafi Mahmud, (m-24, 52, 56 dan 79) dan Mohd Azuwad Md Arip (m-80). Walaupun cuba memberikan saingan menerusi dua gol Mohd Rizal Mohd Ghazali pada minit ke-58 dan 69, ia belum cukup untuk menyekat dominasi tuan rumah daripada berpesta gol. Di Stadium Mini Perbandaran Temerloh, Pahang yang terpaksa beraksi dalam Liga Perdana musim ini seperti cepat melupakan episod duka selepas menang 1-0 ke atas MBJB FC.
Di Stadium Selayang, Sime Darby turut mencatat kemenangan ke atas Harimau Muda B 2-1. Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor gagal memanfaatkan peluang gelanggang sendiri selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Polis. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan