Berita Harian: Sukan |
Posted: 21 Jan 2012 05:24 PM PST Sukan PEMAIN Sarawak, Ashri Chuchu (kanan) berjaya melepasi pemain Selangor, Mohd Razman Roslan pada aksi Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. SELANGOR gagal mengaut peluang beraksi di laman sendiri untuk membiarkan Sarawak pulang ceria berbekal satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Wajah Irfan Bakti Abu Salim jelas muram menyaksikan gelagat anak didiknya melepaskan deretan peluang sepanjang babak kedua ketika perlawanan itu harus berkesudahan tiga mata menjadi milik Merah Kuning. Dalam perlawanan lain, hajat T-Team merampas takhta liga berakhir dengan nota pilu selepas tewas kepada pasukan abang, Terengganu manakala Negeri Sembilan ceria mengatasi FELDA United 1-0 di Paroi.Setengah jam pertama permainan, Sarawak tampil seolah-olah mereka adalah pasukan gergasi Liga Super walaupun pada hakikatnya, baru kembali menyertainya selepas tiga tahun beraksi dalam Liga Perdana. Skuad Bujang Senang yang turun tanpa perancang utama - Guy Bwele - buat pertama kali tampak seperti hanya mahu bertahan pada babak pertama, tetapi kelonggaran barisan tengah Selangor menyaksikan beberapa kali kubu tuan rumah diasak pelawat. Sekurang-kurangnya dua peluang keemasan tercipta - menerusi Azizan Baba pada minit ke-15 dan Rashid Aya, minit ke-19, tetapi rembatan kedua-dua pemain tengah itu gagal menemui sasaran. Selepas rehat, Selangor bermula garang dengan menghasilkan deretan percubaan ke arah gawang Sarawak, tetapi gagal menemui sasaran. Sarawak yang lebih banyak bertahan, dua kali memperoleh peluang keemasan menerusi sepakan percuma Yosri Derma Raju (m-70) dan Shahrol Saperi (m-84), tetapi turut berakhir dengan kekecewaan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
T-Team buntu ‘abang’ tak bagi jalan Posted: 21 Jan 2012 05:09 PM PST Sukan PENJAGA gol Terengganu, Sharbinee Allawee tangkas mematahkan serangan penyerang T-Team, Zacharia Simukonda pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. HAJAT T-Team merampas semula takhta Liga Super daripada Kelantan menemui jalan buntu, malam tadi apabila tewas 1-2 kepada pasukan abang, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Dua jaringan pemain import, Francis Forkey Doe mencipta ceria buat skuad Penyu pimpinan Mat Zan Mat Aris walaupun lawan – yang mendahului pada babak pertama – tetap memberi saingan sehingga ke wisel penamat. T-Team hanya memerlukan 12 minit untuk membuka tirai jaringan apabila ketua pasukan, Zairo Anuar Zailani menyempurnakan sepakan penalti.Tersentak, Terengganu tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan balas dan hasilnya penyerang import mereka, Forkey Doe berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-20 juga menerusi sepakan penalti. Selepas rehat, penonton sekali lagi disajikan dengan serangan merbahaya namun ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan membataskan usaha menambah jumlah jaringan gol. Skuad kendalian Yunus Aliff yang terpaksa beraksi 10 pemain tetap menunjukkan semangat melawan dengan melancarkan serangan ke gawang lawan namun mudah dipatahkan barisan pertahan Terengganu.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan