Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Belum panas lagi!

Posted: 22 Jan 2012 11:01 AM PST

Sukan

Rehat seminggu beri peluang pasukan perkemas barisan pemain

SELEPAS empat perlawanan, penyandang juara Liga Super, Kelantan gah mendahului saingan dengan mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri, serta satu-satunya pasukan yang kekal dengan rekod tanpa kalah.

Terengganu - naib juara musim lalu - di tangga kedua (9 mata) selepas bangkit daripada kekalahan pertama kepada Perak sebelum merakam tiga kemenangan berturut-turut. Perak yang juga mengumpul sembilan mata, menghuni tangga ketiga manakala tiga pasukan - T-Team, Negeri Sembilan dan Lions XII - mengumpul tujuh mata untuk mengisi tangga keempat hingga keenam.

FELDA United, Selangor, Sarawak dan Sabah mengisi tiga tangga terakhir di atas zon penyingkiran manakala PKNS, Johor FC, Kedah dan Kuala Lumpur masih tercari-cari rentak (kecuali Johor FC) untuk berada dalam kelompok tercorot liga.

Namun kedudukan itu bukan boleh dijadikan gambaran sebenar kekuatan musim ini yang buat pertama kali menampilkan semula pemain import selepas lima tahun kerana beberapa pasukan masih tidak dapat menurunkan penyerang importnya seperti Sarawak dan Selangor (akibat kecederaan).

Pengendali Sarawak, Robert Alberts mengakui barisannya mengalami masalah tindakan penyudah kurang berkesan.
"Ketumpulan barisan depan yang dibarisi pemain muda tempatan menjadi punca kekalahan tipis kami kepada Sabah dan Terengganu, tetapi saya yakin selepas masalah ini diselesaikan dalam masa terdekat, Sarawak akan mula merakam kemenangan," kata Alberts.

Irfan Bakti Abu Salim turut mengalami masalah serupa apabila import yang diharapkan, Lelo Mbele masih belum mampu diturunkan.

"Masih terlalu awal untuk menilai kemampuan Selangor musim ini. Selepas isu penyerang diselesaikan, saya yakin kami akan bangkit," kata Irfan.

Yang pasti, kehadiran penyerang import belum menampakkan perbezaan ketara apabila senarai penjaring masih dikuasai pemain tempatan dengan Zairo Anuar Zailani mendahului dengan tiga gol, diikuti tujuh pemain dengan dua gol dan hanya Jean Emmanuel Effa Owona dari Negeri Sembilan menjadi satu-satunya pemain import dalam kelompok itu.

Selepas tarikh tutup terbaru pendaftaran pemain import dilanjutkan kepada 13 Februari, setiap pasukan dijangka menggunakan tempoh rehat seminggu Tahun Baru Cina ini untuk merangka pelan B masing-masing memantapkan pasukan.

Full content generated by Get Full RSS.

Forkey mula curi tumpuan

Posted: 22 Jan 2012 10:58 AM PST

Sukan

FORKEY (kiri) membuat pertahanan T-Team sentiasa tertekan dalam aksi Liga Super di di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

FORKEY (kiri) membuat pertahanan T-Team sentiasa tertekan dalam aksi Liga Super di di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Penyerang import Terengganu ranap rekod T-Team

PENYERANG import Terengganu, Francis Forkey Doe kian berbisa apabila muncul wira dengan meledak dua gol ketika membantu Penyu merakam kemenangan ketiga berturut-turut selepas mengalahkan pasukan 'adik' T-Team 2-1, kelmarin.

Lebih 10,000 penyokong di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terhibur menyaksikan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan tetapi barisan Mat Zan Mat Aris tersentap apabila T-Team memperoleh sepakan penalti selepas penjaga gol Mohd Sharbinee Alawi menjatuhkan Zacharia Simunkonda dalam kotak penalti. Kapten T-Team, Zairo Anuar Zailani yang mengambil sepakan itu meletakkan T-Team di depan pada minit ke-12 tetapi Penyu tidak mengalah apabila bangkit menerusi tiga penyerang serangkai – Forkey Doe, Abd Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin.

Kesilapan pertahanan kanan T-Team, Shahril Faizal Sharifudin yang menerjah keras Ashaari membawa padah apabila pengadil melayangkan kad merah dan Forkey mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-20.

Tanpa seorang pemain, T-Team tetap bersemangat mencari jaringan tetapi gagal menembusi benteng yang dikawal kemas Marzuki Yusof dan Muslim Ahmad sebelum Forkey muncul memastikan tiga mata penuh apabila penyerang Liberia itu menggegar pada minit ke-59 hasil hantaran cantik Ashaari.

Kemenangan skuad Penyu melonjakkan pasukan itu ke tangga kedua di belakang Kelantan yang kelebihan satu mata.
"Walaupun kami ketinggalan awal, ia tidak mematahkan semangat pemain dan saya bersyukur misi mendapatkan tiga mata tercapai hasil kerja keras mereka," kata pengendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang gembira pasukannya meranapkan rekod tanpa kalah T-Team.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan