Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Daren tak gentar

Posted: 22 Jan 2012 09:06 AM PST

DARIPADA empat pemain perseorangan yang tersenarai dalam skuad kelayakan Piala Thomas negara di Macau 14 hingga 19 Februari ini hanya Liew Daren yang tiada pengalaman dalam kejohanan berpasukan paling berprestij itu.

Meskipun kali pertama tersenarai, Daren, 25, berharap mampu menyumbang mata buat pasukan negara biarpun sedar cabaran negara kali ini terlalu sukar kerana ketiadaan pemain berkaliber kecuali Datuk Lee Chong Wei yang konsisten.


"Saya tahu cabaran terlalu sukar kerana kita berdepan kemungkinan tidak layak ke pusingan akhir Mei depan tapi saya harap dapat menyumbang satu mata buat pasukan negara andai diturunkan kelak," katanya. Daren yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina secara sederhana bersama keluarganya di Kuala Lumpur selepas kematian datuknya Liew Choo Ping tiga bulan lalu.

Daren yang lahir pada 6 Ogos 1987 iaitu dalam tahun Arnab berharap beraksi lebih garang pada tahun Naga ini menjadi tahun gemilang buatnya.


"Pencabar di pusingan kelayakan mempunyai kekuatan seimbang kecuali China dan Korea Selatan yang saya rasa kekuatan mereka setahap di atas pasukan kita.


"Jadi saya rasa peluang untuk ke pusingan akhir tetap ada selain Chong Wei, salah seorang daripada pemain perseorangan mesti membantu memungut mata." Menurut Daren, biarpun pasukan negara kali ini dikatakan paling lemah namun tetap mempunyai peluang seimbang dengan Jepun, Indonesia, India dan Thailand untuk merebut empat slot yang ditawarkan untuk pasukan dari zon Asia.

Daren akan menyertai skuad Piala Thomas menjalani latihan pusat fasa satu di Bukit Kiara pada 30 Januari hingga 4 Februari ini sebelum bergerak ke Kota Kinabalu, Sabah pada 6 hingga 10 Februari bagi latihan fasa kedua.


Selepas itu skuad negara dijangka berlepas ke Macau pada 11 Februari menerusi penerbangan terus dari Sabah.

Selain Daren dan Chong Wei, dua lagi pemain perseorangan negara ke kelayakan Piala Thomas adalah Muhd Hafiz Hashim dan Mohd Arif Latif.


Manakala pemain beregu diwakili Tan Boon Heong, Koo Kien Keat, Goh V Shem, Lim Khim Wah, Hoon Thien How dan Toe Kok Siang.


Selain mahu membantu negara melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China 20 hingga 27 Mei depan, Daren turut berharap tersenarai dalam kelompok 30 pemain terbaik dunia.


"Saya harap pada 2012, prestasi saya lebih maju kerana ketika ini tahap keyakinan diri juga sudah meningkat.


"Saya tidak mahu menunggu sehingga Chong Wei bersara baru menonjol, kalau boleh sekarang pun bagus," kata Daren yang akan kembali berlatih daripada cuti Tahun Baru Cina pada Khamis ini.



Full content generated by Get Full RSS.

T-Team lebur

Posted: 22 Jan 2012 09:03 AM PST

KEKEBALAN T-Team yang turun dengan reputasi rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan Liga Super akhirnya lebur di tangan skuad abangnya sendiri, Terengganu, 1-2 malam kelmarin.

Lebih mengecewakan, skuad kendalian Yunus Alif yang beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan, Shahril Faizal dibuang padang pada minit ke-20.


"Pasukan bermain baik dengan melakukan asakan awal sehingga mendahului perlawanan m-12 melalui Zairo Anuar Zailani menerusi sepakan penalti, namun ketiadaan Shahril jelas menampakkan kepincangan pasukan.

"Walau bagaimanapun, saya bangga dengan komitmen pemain kerana masih mampu mengekang asakan lawan sebelum pemain import Terengganu, Francis Forkey Doe, menghasilkan gol kemenangan skuadnya," katanya.


Mengenai pertemuan dengan Selangor , Sabtu depan di laman sendiri, Yunus mengharapkan pemainnya kembali bangkit untuk mencatat kemenangan dan merampas kembali takhta pendahulu liga.


Sementara itu, jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris, memuji persembahan anak buahnya yang menunjukkan disiplin tinggi sepanjang perlawanan biarpun ketinggalan pada awal babak pertama.

"Kesungguhan pemain untuk menang amat tinggi, walaupun dikejutkan jaringan awal lawan, namun rentak pemain tidak terjejas, sebaliknya terus melakukan asakan sebelum Doe menyamakan kedudukan dan seterusnya menghasilkan gol kemenangan.


"Saya bangga dengan semangat melawan pemain terutama Doe, yang menghasilkan dua gol biarpun pemain Liberia itu tidak begitu cergas kerana mengalami kecederaan sebelum perlawanan," katanya.

Mengenai pertemuan dengan skuad Lions XII , beliau yakin pemainnya mampu mengekalkan rentak permainan konsisten sebagaimana yang dipamerkan dalam perlawanan malam kelmarin.


"Saya optimis pemain mampu memperagakan aksi terbaik untuk mengutip tiga mata dan seterusnya mengintai takhta teratas liga," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan