Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Usah yakin!

Posted: 27 Jan 2012 12:06 PM PST

KELANTAN pasti berharap penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat yang 'sedikit terganggu minda', baru-baru ini dapat bangkit membantu misi pasukan mengekalkan status selaku pendahulu Liga Super, malam ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

trwkl

Sungguh kurang sopan kenyataan 'sedikit terganggu minda'. Jangan nak ganggu perasaan orang lain dengan membuat kesimpulan sendiri.Go wira negara, pekara remeh jangan jadikan halangan.

zack

Alex ferguson hahaha..nk speaking pun merangkak rangkak..shame on u!!!

apai fuyoo

Nampak sangat Alex Fergusen tak faham bahasa malaysia.
Anyway atleast dia tahu kelantan tu ada kelab bola. haaa

Alex Fergusen

kelantan, what da team that? never hear before. I think that club just like blackburn, not MU..
so funny when u compare kelantan like united.haha.

xussinx

100% yakin go more kelate go more

sabri bin ismail

semoga kelate mene dgn bergaya.gomo kelate gomo

sim san

yakin je...apa nak kesah

Full content generated by Get Full RSS.

Sabah ikat PKNS di Kelana Jaya

Posted: 27 Jan 2012 11:52 AM PST

Sukan

HAJAT PKNS FC untuk merakam kemenangan sulung tidak kesampaian apabila sekadar seri 2-2 dengan Sabah pada aksi kelima Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi.

Biarpun selesa mendahului hasil dua jaringan penyerang import dari Perancis, Dawood Nicoise, PKNS FC terpaksa berputih mata apabila Sabah bangkit pada 20 minit terakhir menerusi jaringan Michael Baird dan gol sendiri Helmi Remeli.

PKNS menguasai babak pertama tetapi gagal menghasilkan percubaan baik di depan pintu gol lawan manakala Sabah hanya sesekali mencipta gerakan menarik. Gol pertama PKNS FC terhasil pada minit ke-43 selepas sepakan percuma Nicoise dari jarak 25 meter gagal diselamatkan penjaga gol Sabah, Azizon Kadir.

Bersambung babak kedua, jurulatih Sabah, Justin Ganai memasukkan Bobby Gonzales bagi menambah sengat di barisan depan, sebaliknya PKNS menambah gol kedua hasil rembatan kencang Nicoise dari luar kotak penalti pada minit ke-52.

Sabah akhirnya memperoleh gol hasil tandukan Baird yang gagal diselamatkan penjaga gol PKNS, Razi Effendi Suhit pada minit ke-73 sebelum Helmi tertampan bola ke gawang sendiri selepas tandukan Shahrudin Yaakup terbias daripada palang gol pada minit ke-81 untuk jaringan penyamaan Sabahawks.

Lagi berita menarik sekitar Liga Super dan Liga Perdana 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan