Kosmo Online - Sukan |
Posted: JANGAN MENGALAH
MESKIPUN dilabel pasukan lemah serta mendapat kritikan negatif pelbagai pihak, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menggesa anak-anak buahnya agar tidak mengaku kalah sebelum turun ke gelanggang. Beliau berkata, skuad Piala Thomas negara yang dibarisi antaranya pemain perseorangan No. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei, bekas juara Seluruh England, Muhammad Hafiz Hashim dan beregu No. 6 dunia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, skuad negara masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan akhir jika mereka bersikap positif serta menerapkan semangat juang untuk negara. Selvaraj turut mengimbau pengalamannya mewakili Malaysia pada edisi 1976 kejohanan itu bersama seorang lagi legenda badminton negara, Datuk Punch Gunalan. Beliau berkata, ketika itu skuad negara digelar 'Punch Babies' oleh media berikutan semua anggotanya masih muda dan dilihat tidak berpeluang melepasi pusingan kelayakan. "Namun kita akhirnya berjaya ke pusingan akhir, malah mara ke final bertemu Indonesia. Walaupun kita kalah, tapi pasukan kita telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan," katanya. "Jadi, saya harap pasukan ini juga tidak akan mengalah dan berjuang hingga ke saat akhir untuk negara," nasihat beliau kepada semua pemain negara. Skuad Malaysia turut diwakili pemain perseorangan Liew Daren dan Mohd. Arif Abdul Latiff serta beregu Goh V.Shem-Lim Khim Wah dan Hoon Thien How-Teo Kok Siang yang akan memulakan latihan pusat esok di Bukit Kiara, disusuli latihan di Sabah dari 6 hingga 10 Februari. Selvaraj berkata, misi utama beliau pada latihan pusat ialah menanamkan semangat berpasukan dan semangat juang untuk negara dalam diri setiap pemain. "Jika dalam kejohanan sebelum ini mereka bermain untuk diri sendiri, sekarang kita mahu membasuh otak mereka yang mereka kini bermain untuk negara dan membawa harapan seluruh rakyat Malaysia," katanya. Pusingan kelayakan yang akan berlangsung di Macau pada 13 hingga 19 Februari merupakan ujian getir buat pasukan negara apabila mereka diramal berdepan empat pasukan terbaik berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) iaitu China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia. (Malaysia berada di kedudukan kelima) China yang telah pun layak secara merit ke pusingan akhir di Wuhan pada 20 hingga 27 Mei, turut mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan tanpa jaguh utamanya, Lin Dan. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Azarenka rampas No. 1 dunia
MELBOURNE - Victoria Azarenka muncul pemain Belarus pertama memenangi gelaran Grand Slam apabila menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Australia dengan mengalahkan pemain Rusia, Maria Sharapova, 6-3, 6-0 pada aksi final semalam. Susulan kejayaannya itu, Azarenka, 22, bakal ditabalkan selaku pemain No. 1 dunia yang baharu apabila senarai ranking pemain wanita diumumkan Persatuan Tenis Wanita (WTA) esok. "Saya tidak sabar lagi untuk kembali ke sini tahun depan," kata Azarenka. "Ini adalah minggu terbaik saya di Australia, malah ia juga satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan." Pilihan keempat itu bangkit daripada ketinggalan 0-2 pada set pertama untuk memenangi permainan ke-12 ke atas Sharapova yang jelas gagal menyekat asakan agresif pemain Belarus tersebut. Sharapova melakukan 30 kesilapan mudah manakala Azarenka pula beraksi cemerlang dengan hanya melakukan 12 kesilapan dalam dua set permainan. "Seperti dalam sukan lain, kamu sudah pasti akan berdepan masa yang cemerlang dan juga masa yang sukar," kata Sharapova. "Kadang kala semua perkara tidak begitu memihak kepada kamu. Hari ini (semalam) Victoria bermain terlalu bagus. "Semuanya terpulang kepada dua pemain yang layak ke final ini dan pemenangnya memang berhak dengan kejayaannya. "Saya ada mencatat kemenangan yang manis di sini dan juga kekalahan yang pahit untuk dikenang, namun apa yang pasti ialah saya akan kembali lagi beraksi di sini," jelasnya. Azarenka akan menjadi pemain ketiga yang memegang status pemain No. 1 dunia dengan merampasnya daripada Caroline Wozniacki yang tersingkir di suku akhir. - Reuters Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Wenger belum menyerahWENGER masih yakin untuk membawa Arsenal ke landasan yang betul. LONDON - Arsene Wenger belum mahu mengalah untuk membawa Arsenal kembali ke landasan yang betul meskipun kekecewaan di kalangan penyokong mereka kini semakin memuncak ekoran kegagalan The Gunners meraih sebarang kejayaan buat tahun ketujuh berturut-turut. Arsenal yang akan melayan kunjungan Aston Villa pada saingan Piala FA hari ini mahu membuktikan kebangkitan mereka selepas dikecewakan oleh Manchester United pada saingan Liga Perdana England minggu lalu. Selepas kekalahan ke atas United itu, penyokong mereka memekik sambil mengatakan 'kamu tidak tahu apa yang kamu lakukan' kepada Wenger. Arsenal kini berada di kedudukan kelima liga, ketinggalan empat mata di belakang pasukan yang menduduki tempat keempat, Chelsea. Begitupun, kedudukan tersebut membolehkan penyokong Arsenal memaafkan Wenger kerana mereka masih berada di landasan yang betul untuk memburu tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. Tetapi sekiranya mereka tewas kepada Aston Villa pada siangan pusingan keempat Piala FA hari ini, Wenger bakal berdepan kritikan yang lebih teruk daripada penyokong fanatik mereka. Menyedari hakikat tersebut, Wenger tetap tenang malah masih yakin untuk mebawa Arsenal ke landasan yang betul. Ditanya berkenaan kekalahan ke atas united itu, Wenger menjelaskan: ''Saya masih boleh menerima kekalahan tersebut. Saya tidak memikirkan kritikan penyokong, saya hanya memikirkan bagaimana cara kami boleh memenangi perlawanan. "Saya tetap dengan pendirian saya bahawa macam-macam boleh berlaku dalam bola sepak. "Reaksi penyokong terhadap kekalahan kami membuktikan bahawa mereka sentiasa berada di belakang kami. "Apa yang mengecewakan saya ialah kami tidak beraksi pada tahap sebenar pada separuh masa pertama ketika menentang United minggu lalu, namun bangkit menunjukkan peningkatan pada separuh masa kedua tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Kami seharusnya menang perlawanan tersebut," katanya. Kini, harapan Arsenal diletakkan pada saingan Piala FA dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan sehingga ke akhir bagi membuktikan The Gunners masih ada kualiti sebagai kelab yang perlu disegani. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan