Harian Metro: Arena |
‘Salah faham selesai’ Posted: 27 Jan 2012 08:55 AM PST PENGENDALI skuad Olimpik, Ong Kim Swee menganggap insiden membabitkan Khairul Fahmi Che Mat sudah selesai dan tidak akan mengambil sebarang tindakan atau hukuman terhadap penjaga gol itu negara itu berikutan kegagalannya melaporkan diri tanpa sebarang alasan pada hari pertama latihan akibat salah faham yang berlaku. "Saya anggap ia sudah selesai. Yang mustahak dia sudah menyertai latihan dan saya tidak mahu perkara seperti ini menjejaskan tumpuan dan fokusnya.
Menurutnya, walaupun tidak sempat bertemu Khairul Fahmi kerana berada di Singapura sempena pelancaran dan undian Liga Singapura 2012, Kim Swee menaruh keyakinan tinggi penjaga gol Kelantan itu tetap komited dan bersemangat bersama skuad Olimpik menganggap kehadiran pemain berusia 23 tahun itu amat penting.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 27 Jan 2012 08:48 AM PST KETUA jurulatih Kelantan, Peter James Butler tidak mahu keciciran mata ketika melayan pasukan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini. Jurulatih berusia 46 tahun dari England itu tidak mahu anak buahnya mempersia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi memburu tiga mata sekali gus mengukuhkan cengkaman takhta Liga Super.
Tanpa meragui kemampuan kesebelasan utama yang bakal diturunkan malam ini, Butler optimis anak buahnya mampu mengulangi kejayaan mengalahkan Johor FC dan Kedah sebelum ini.
Ketika ditanya mengenai keserasian Norshahrul bersama penyerang import, Mohammed Ghaddar, Butler mengaku kedua-dua pemain terbabit masih mempunyai masalah komunikasi kerana pemain dari Lubnan itu tidak fasih berbahasa Inggeris.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan