Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ghaddar atau Antwi

Posted: 30 Jan 2012 01:14 PM PST

Sukan

AKSI Ghaddar (kiri) ketika menentang Kuala Lumpur saingan Liga Super di Kota Bharu, minggu lalu.

AKSI Ghaddar (kiri) ketika menentang Kuala Lumpur saingan Liga Super di Kota Bharu, minggu lalu.

KELANTAN mungkin menggugurkan sama ada Mohammed Ghaddar dari Lubnan atau Denny Agyare Antwi dari Ghana dalam kancah Liga Super selepas mengikat bekas pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri, semalam.

Kelantan yang dilihat serius menerajui liga musim ini, mengambil tindakan segera mendapatkan Nwaneri dan kelibat pemain itu dapat disaksikan dalam perlawanan persahabatan dengan skuad senior kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Begitupun, siapa yang bakal digugurkan masih menjadi teka teki dan difahamkan keputusan akan dibuat selepas dua aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan dan kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota Bharu, Sabtu ini. Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, selain persiapan tambahan untuk Liga Super, The Red Warriors juga mahu menguji Nwaneri yang mengumpul 33 kaps sejak 2005 dan pernah beraksi dengan Kazma Sporting di Kuwait tahun lalu.

"Perlawanan persahabatan ini menjadi peluang terbaik bagi kami menguji Nwaneri di posisi pertahanan tengah Kelantan, selain menguji seorang lagi pemain import, Samad Okocha Awudu yang dijangka tiba Khamis ini.

"Kami berharap dapat melakukan pemilihan dengan lebih teliti sebelum mendaftarkannya mereka dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum 13 Februari," kata Azman yang juga pengurus pasukan.

Mengulas mengenai kedudukan Mohammed Ghaddar dan Antwi, dia menjelaskan pihaknya belum memutuskan nasib kedua-dua pemain itu hinggalah tarikh akhir pendaftaran import 13 Februari ini manakala dua pemain import yang didaftarkan untuk Piala AFC sebelum ini, Emmanuel Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) mungkin dipinjamkan kepada Kuala Lumpur.
Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dalam laman sosial Facebook, mengesahkan KAFA sudah menandatangani kontrak dengan Nwaneri, semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Razip harap import

Posted: 30 Jan 2012 01:13 PM PST

Sukan

KUALA Lumpur kini giat mengenal pemain import terbaik bagi menggalas cabaran pasukan itu di pentas Liga Super selepas masih buntu untuk mengutip kemenangan pertama selepas lima perlawanan setakat ini.

Hanya sekali seri ketika berdepan PKNS , skuad Warga Kota berusaha mengikat bintang import menjelang tarikh tutup pendaftaran pemain asing, 13 Februari ini.

Jurulatihnya, Razip Ismail berkata, beberapa pemain luar sedang diuji termasuk dari Afrika tetapi masih gagal memikat perhatiannya dan berharap beberapa lagi pemain yang dipanggil untuk sesi ujian mampu membuktikan keupayaan mereka. "Jika ada bintang berpengalaman di posisi tengah, ia mampu mengimbangi kekuatan tengah lawan selain melakukan hantaran berkualiti buat barisan depan.

"Memang agak sukar buat pemain muda kami kerana berdepan lawan hebat musim ini. Bagaimanapun, jika memilih bintang asing, pastinya kami mahu yang terbaik supaya kehadiran mereka memberi makna untuk pasukan ini," katanya.

Kuala Lumpur akan memanaskan badan menentang Harimau Muda menjelang aksi bertemu Kedah di Stadium Hang Jebat, 8 Februari ini dan Razip yakin ia medan terbaik untuknya memilih pemain import terbabit.

Mengulas kekalahan kepada Kelantan 0-3 di Kota Bharu, dia berkata, persembahan anak buahnya tetap wajar dipuji walaupun kecundang di gelanggang lawan.
Malah, Kuala Lumpur turut memiliki beberapa peluang jaringan tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan itu untuk mengimbangi gol lawan, terutama pada babak kedua.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan