Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Perkukuh skuad terjun

Posted: 02 Jan 2012 09:05 AM PST

KEHADIRAN bekas juara dunia China yang pernah mengendalikan skuad terjun negara, Huang Qiang dijangka akan memperkuatkan skuad terjun negara menjelang Sukan Olimpik London 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

Bagaimanapun hasratnya untuk melayakkan diri dalam acara terjun itu selepas mendapat kerakyatan Malaysia pertengahan tahun lalu mungkin berdepan kesukaran.


Ketua jurulatih negara, Yang Zhuliang berkata, Huang Qiang adalah penerjun yang baik dan pengalaman yang dimilikinya mampu membantu Malaysia namun untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik mungkin agak sukar kerana baru kembali menjalani latihan intensif dua tiga bulan lalu.

"Dia hanya ada sebulan lebih lagi untuk berlatih sebelum siri kelayakan terakhir iaitu Kejohanan Terjun Dunia di London, Februari ini.


"Namun saya akan tetap cuba menggandingkannya dengan Yeoh Ken Nee dan Bryan Nickson Lomas kerana kita mempunyai peluang yang cerah dalam acara 3 meter papan ajal individu dan seirama," katanya.


Huang Qiang dilapor sebelum ini bakal menggantikan tempat Ken Nee yang akan bersara selepas tamatnya Sukan Olimpik dan dikatakan individu sesuai untuk bergandingan dengan Bryan.

Begitupun Zhuliang berkata, hingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat sama ada mencuba gandingan Huang Qiang dengan Bryan atau Ken Nee di Kejohanan Dunia.


Sementara itu Huang Qiang, 30, yang ditemui gembira kerana diberi kepercayaan untuk berada dalam skuad negara dan bertekad memberikan aksi terbaiknya andai layak ke Olimpik.

"Saya sudah sedia untuk beraksi kembali. Biarpun sedikit sukar dan mengalami sakit-sakit di bahagian tertentu kerana hampir lima tahun tidak berlatih tapi itu adalah satu kebiasaan buat seorang atlet.


"Saya tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan mana-mana penerjun sama ada Bryan atau Kee Nee kerana sudah lama melatih mereka," katanya.


Huang Qiang mengambil keputusan menjadi jurulatih di Malaysia selepas mengalami kecederaan di Sukan Olimpik 2000 di Sydney.



Full content generated by Get Full RSS.

Akademi Yob

Posted: 02 Jan 2012 09:01 AM PST

PERAK akan menubuhkan akademi bola sepak dalam usaha memastikan negeri itu tidak ketandusan pemain berbakat bagi meneruskan kesinambungan dan kegemilangannya dalam sukan utama rakyat negara ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengumumkan perkara itu menegaskan, satu kawasan bersesuaian bakal dikenal pasti bagi pelaksanaan projek itu yang akan menjadi tanda mercu kejayaan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa). Justeru itu, persetujuan usahasama sudah dicapai dengan sebuah syarikat gergasi antarabangsa, Vale bagi merealisasikan impian itu.


"Memandangkan sukan bola sepak sukan utama di negara ini, kerajaan negeri berusaha melaksanakan projek pembangunan bagi memastikan mutu bola sepak Perak terus meningkat," katanya selepas majlis memperkenalkan pemain skuad Liga Super Perak di kediamannnya, semalam.

Terdahulu, Dr Zambry berharap pemain Perak mempamer perwatakan mantap, bermain dengan penuh berdisiplin serta kesungguhan agar dapat memberi saingan sengit dalam kempen Liga M.


"Disiplin, kesungguhan serta semangat juang kental antara formula bagi menghasilkan kejayaan dalam permainan bola sepak.


"Saya harap pemain Perak mempamerkan ciri-ciri itu dalam setiap perlawanan agar dapat melakar kejayaan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, sasaran kali ini ialah untuk merangkul satu gelaran dan berharap pemain dan pengurusan pasukan berusaha menjayakan impian itu.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan