Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Butler puji aksi mantap Nurul

Posted: 12 Feb 2012 11:53 AM PST

Sukan

  KAPTEN   Kelantan,   Mohd Badri (dua  dari kiri) cuba melepasi pertahanan Terengganu dalam  saingan Liga Super, kelmarin.

KAPTEN Kelantan, Mohd Badri (dua dari kiri) cuba melepasi pertahanan Terengganu dalam saingan Liga Super, kelmarin.

Bermain cemerlang ketika bantu Kelantan tewaskan Terengganu 2-1

PEMAIN sayap kiri Kelantan, Nurul Azwan Roya mendapat pujian daripada ketua jurulatihnya, Peter James Butler selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Kelantan menewaskan Terengganu 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Nurul Azwan berkata, dia tidak menyangka akan disenaraikan dalam kesebelasan utama namun selepas diberi kepercayaan daripada jurulatih, pemain berasal dari Pasir Puteh itu tekad membuktikan kemampuan supaya tidak menghampakan pasukan. Pemain dari Pasir Puteh dikenali dengan kelincahannya membantu The Red Warriors di bahagian tengah selain ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dan Mohd Shakir Shaari untuk mencipta ruang bagi mengasak kubu Terengganu.

"Saya hanya melaksanakan arahan jurulatih dan berusaha memastikan Kelantan tidak tewas kepada Terengganu selain tidak mahu menghampakan penyokong yang pastinya mahu melihat permainan terbaik daripada pemain.

"Saya akan cuba mengekalkan prestasi cemerlang ini berikutan Kelantan bakal berdepan Selangor, Selasa ini (esok)," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Butler juga menganggap persembahan mantap daripada Nurul yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan terbabit menjadi faktor penting di sebalik kejayaan Kelantan.
"Saya gembira dan berpuas hati dengan aksi Nurul malam ini dan saya tahu dia memang bagus pada perlawanan malam ini (kelmarin).

Cemas disyaki 'keldai dadah' tidak jejas semangat Arif

Posted: 12 Feb 2012 11:49 AM PST

Sukan

MOHD Arif Latif harus pasti sukar melupakan penyertaannya bersama skuad negara di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau yang akan disingkap tirainya, hari ini.

Sudahlah naib juara remaja Asia 2007 itu terpaksa menaiki pesawat seorang diri pada penerbangan sebelah petang selepas rakan lain berlepas tengah hari gara-gara pasportnya dipegang kerani Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Tetapi, lebih malang pemain berusia 23 tahun itu ditahan setengah jam dan beg diselongkar kerana disyaki sebagai 'keldai dadah' oleh pegawai polis setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau, malam kelmarin.

Ini insiden pertama kali saya hadapi sepanjang penyertaan bersama skuad negara, tetapi ia tidak jejaskan semangat membantu skuad negara melepasi pusingan kelayakan ini. - Mohd Arif Latif, Pemain badminton negara

"Ini insiden pertama kali dihadapi saya sepanjang penyertaan bersama skuad negara ke luar negara, tetapi ia tidak menjejaskan semangat membantu skuad negara melepasi pusingan kelayakan ini.

"Cemas juga terutama apabila ditahan, tetapi selepas saya menerangkan kedatangan saya dan mereka tidak menemui sebarang bahan larangan dalam beg saya yang diselongkar, mereka kemudian membebaskan saya," katanya.

Menjelaskan mengenai pasport dipegang kerani BAM, Mohd Arif yang tampil kali kedua bersama skuad Piala Thomas negara berkata, dia menghantar pasport kepada pejabat BAM bulan lalu untuk membuat visa bagi pertandingan di Eropah bulan depan.

"Selalunya setiap kali pertandingan di luar negara, kerani BAM akan datang menghantar pasport di lapangan terbang. Saya terpaksa menunggu penerbangan sebelah petang untuk ke Macau selepas Pengurus Besar BAM (Kenny Goh) mengambil dan datang menyerahkan pasport saya," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan