Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Misi 'hidup mati'

Posted:

Misi 'hidup mati'

Misi 'hidup mati'

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Rashid Sidek


KUALA LUMPUR - Meskipun Hong Kong dibelasah 0-5 oleh Korea Selatan dalam aksi pembukaan semalam, namun Malaysia tetap berwaspada dengan ancaman tidak diduga yang mampu diberikan pasukan paling lemah dalam Kumpulan D itu apabila memulakan kempen kelayakan Piala Thomas di Macau, hari ini.

Biarpun ia cuma aksi pembukaan, namun ini sebenarnya misi 'hidup mati' Malaysia kerana kemenangan akan mengesahkan tiket suku akhir, tetapi kalah meletakkan kita di ambang penyingkiran awal.

Hakikat bahawa perseorangan kedua negara, Muhammad Hafiz Hashim tewas dalam kedua-dua pertemuannya dengan perseorangan No. 2 Hong Kong, Hu Yun juga bukan berita baik.

Malah, Liew Daren yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga juga telah dikalahkan oleh pemain pengalaman, Chan Yan Kit dalam kedua-dua pertemuan mereka, termasuk di Terbuka Korea, Januari lalu.

Kecuali jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang memegang rekod cemerlang ke atas semua perseorangan Hong Kong, peluang dua lagi perseorangan Malaysia, Hafiz dan Daren sebenarnya 50-50.

Justeru untuk pertemuan menentang Hong Kong, percaturan Malaysia sangat jelas.

Kita mesti mengutip mata daripada Chong Wei dan memenangi kedua-dua acara beregu menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Lim Khim Wah-Goh V Shem.

Sedar bahawa pertemuan menentang Hong Kong tidak semudah disangka, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek awal-awal lagi menegaskan, misi Malaysia hari ini bukan memburu kemenangan besar, tetapi cukup menang dan layak ke suku akhir.

"Saya tidak kisah kita menang 5-0, 4-1 atau 3-2 kerana yang penting kita mesti mengalahkan Hong Kong esok untuk layak ke suku akhir.

"Walaupun di atas kertas Malaysia nampak lebih kuat tetapi kita tidak boleh memandang rendah kemampuan lawan. Malah, Hong Kong pasti cuba bangkit selepas kekalahan kepada Korea.

"Pada saya, ini (pertemuan dengan Hong Kong) sebenarnya adalah misi hidup mati kerana kalau kita kalah, mungkin kita akan tersingkir,'' kata Rashid.

Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her pula menegaskan, pemainnya perlu mengutip dua mata pada pertemuan dengan Hong Kong.

"Kita mungkin melihat Hong Kong tidak memiliki beregu yang kuat, namun kerana pasangan mereka tidak begitu dikenali, ini yang boleh menjadikan mereka sangat bahaya dan mampu memberi kejutan, jadi kita kena berhati-hati,'' kata Kim Her.

Walaupun membelasah Hong Kong 5-0, namun Korea tidak menang mudah apabila ketiga-tiga perseorangan mereka dipaksa bekerja keras. Lee Hyun Il menumpaskan Wing Ki 23-21, 22-20, Shon Wan Ho menundukkan Yan Kit 18-21, 21-11, 21-18 dan Hong Ji Hoon menewaskan Wei Nan 21-14, 11-21, 24-22.

Dalam acara beregu, Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun yang turun sebagai pasangan pertama mudah menewaskan Chan Tsz Kit-Lo Lok Kei 21-11, 21-14 dan Yong Dae-Shin Baek Choel mengalahkan Wong Wai Hong-Chun Hei Lee 21-18, 21-11.

Yin Loo-Liu Ying raih mata tidak diduga

Posted:

Yin Loo-Liu Ying raih mata tidak diduga

Yin Loo-Liu Ying raih mata tidak diduga

KUALA LUMPUR - Lim Yin Loo-Goh Liu Ying bukan saja menyelamatkan Malaysia daripada diratah China dalam aksi sulung kelayakan Piala Uber di Macau semalam, malah prestasi cemerlang yang dipamer mereka ketika menyumbang mata tunggal negara meletakkan jurulatih dalam dilema untuk menentukan barisan yang akan berdepan India, hari ini.

Kekalahan kepada pilihan utama dan juara 11 kali, China dalam Kumpulan A memang sudah diduga, namun kemenangan 21-16, 21-15 yang dicatat Yin Loo-Liu Ying ke atas Bao Yixin-Zhong Qianxin mengelak Malaysia daripada dibelasah 0-5, sebaliknya menutup saingan dengan kekalahan 1-4.

Mengikut perancangan asal, penampilan Yin Loo-Liu Ying sebenarnya hanya untuk menggantikan beregu kedua, Woon Khe Wei-Vivian Hoo yang direhatkan bagi membolehkan mereka bersedia menghadapi misi penting menentang India, hari ini kerana Khe Wei baru kembali daripada kecederaan.

Bagaimanapun dengan prestasi baik yang dipamer gandingan baru itu semalam, ketua jurulatih beregu wanita, Rexy Mainaky mungkin terpaksa memikirkan semula rancangannya. Opsyen yang dimiliki ketika ini, tetap menurunkan Khe Wei-Vivian tetapi merehatkan beregu utama, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang langsung tidak bermaya ketika tumpas 10-21, 9-21 kepada beregu No. 2 dunia, Tian Qing-Zhao Yunlei, semalam.

"Yin Loo-Liu Ying bermain bagus malam ini dan saya gembira melihat kesungguhan mereka untuk mengalahkan pasangan China, biarpun pada kedudukan kita sudah kalah.

"Bagaimanapun bertemu India esok, situasinya berbeza. Semua orang tahu perlawanan itu amat genting, jadi siapa yang mampu menangani tekanan akan jadi pilihan.

"Apakah Yin Loo-Liu Ying boleh main sebaik hari ini dalam keadaan lebih tegang ? Itu yang kami perlu bincang,'' ujar Rexy.

Semalam, Tee Jing Yi nyata bukan tandingan pemain No. 6 dunia, Jiang Yanjiao apabila kalah mudah 11-21, 7-21 untuk menghadiahkan mata pertama China.

Aksi longlai Pei Tty-Eei Hui dalam beregu pertama membolehkan China mendahului 2-0, sebelum Liu Xin mengesahkan kemenangan dengan menundukkan Lydia Cheah 21-12, 21-19 dalam masa 37 minit.

Sannatasah Saniru turut kecundang mudah 11-21, 13-21 kepada juara dunia 2010, Wang Lin dalam perseorangan ketiga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan