Utusan Online - Sukan |
Piala Presiden tidak 'digantung' Posted: Piala Presiden tidak 'digantung'Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN Pelumba pasukan Garmin Barracuda, David Zabrieskie (tengah) yang menjuarai ujian masa individu diapit pemenang tempat kedua dan ketiga daripada pasukan Drapac Cycling, Adam Phelan (kiri) dan Darren Lapthorne pada perlumbaan LTDL 2012 di Putrajaya semalam. Perlumbaan bersambung hari ini dari Putrajaya ke Melaka. - UTUSAN/Mohd. Najib Mohd. Nor KUALA LUMPUR - Meskipun dilanda kes rasuah terbaru membabitkan pasukan Piala Presiden Johor FC, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menggantung perjalanan Piala Presiden musim ini. Jaminan itu diberikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang menganggap kes membabitkan skuad Piala Presiden Johor FC adalah yang pertama pada musim ini dan ia belum melibatkan kebanyakan pasukan bertanding. ''Buat masa sekarang, kami di FAM tidak fikir benda itu (penggantungan enam pemain Piala Presiden Johor FC) akan mengganggu keseluruhan kejohanan Piala Presiden yang telah melalui enam perlawanan. ''Ini kerana walaupun kes rasuah melibatkan skuad Piala Presiden bukan satu perkara yang baru, ia berbeza dengan beberapa kes sebelum ini yang melibatkan pasukan Negeri Sembilan, MP Muar dan T-Team. ''Ketiga-tiga pasukan itu terlibat dalam mengatur perlawanan pada saingan Piala Presiden musim lalu, sebaliknya Johor FC menjadi pasukan pertama (Piala Presiden) disiasat pada tahun ini. ''Walaupun begitu, kami akan terus melakukan siasatan secara lebih terperinci dan terus memantau melalui Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM di bawah Datuk Aseh Che Mat. Apa-apa pun saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Johor FC yang bijak mengambil inisiatif awal membendung gejala rasuah," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam. Hamidin pada masa sama melahirkan kebimbangan dan terkejut kerana trend mengambil rasuah ini semakin menular di kalangan pemain pelapis dan memberi bayangan masa depan bola sepak negara berada dalam keadaan mencemaskan. ''Saya risau bagaimana rupa bola sepak negara kita dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang, ini kerana pemain-pemain yang sedang beraksi di Piala Presiden merupakan generasi yang akan bermain di peringkat senior," katanya. Sementara itu, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar juga sependapat dengan Hamidin yang menganggap pembabitan pemain muda dalam isu rasuah perlu diberikan perhatian serius. ''Kita kenal pasti mengapa generasi pemain muda hari ini tergamak mengambil rasuah, adakah jati diri mereka tidak kuat atau terkena kejutan budaya? ''Bagi saya, sesuatu tindakan di peringkat awal perlu dilakukan dengan menerapkan pendidikan kaunseling kepada semua pemain muda supaya mereka mempunyai pegangan disiplin yang kuat," katanya. |
Peluang enam pemain berkubur jika bersalah Posted: Peluang enam pemain berkubur jika bersalahOleh NURUL HUDA HASSAN JOHOR BAHRU - Impian enam pemain skuad Piala Presiden Johor FC yang digantung kerana disyaki terlibat dalam mengatur perlawanan ketika menentang Perlis 16 Februari lalu untuk meneruskan karier sebagai pemain bakal berkubur jika didapati bersalah. Ini kerana Johor FC tidak akan memberi peluang kepada mereka terus beraksi sekiranya didapati bersalah kerana kelab itu komited mahukan barisan pemain yang bersih. Ketegasan itu disuarakan Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd. Tahir Hamdan (gambar) yang mengesahkan bahawa pada masa ini tiada lagi ruang untuk enam remaja yang terdiri daripada pemain pertahanan dan penyerang itu menyarung jersi kelab berkenaan. "Kita amat sedih dengan apa yang terjadi, namun kita perlu menunjukkan ketegasan dalam perkara seumpama itu dan pada masa ini memang tiada lagi ruang untuk mereka dalam skuad Johor FC," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, penangkapan enam pemain itu adalah hasil pemantauan pihak pengurusan Johor FC sejak saingan Piala Presiden bermula pada 2 Februari lalu dan strategi merampas telefon bimbit pemain 16 Februari lalu menjawab segala persoalan tersebut. Tindakan merampas 18 telefon bimbit pemain membawa kepada penemuan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengejutkan daripada enam pemain terbabit dan antara kandungan SMS yang masih tersimpan mempunyai unsur mengatur perlawanan. "Kita sudah berulang kali beri amaran mengenai perkara itu. Malah, kita turut 'mengugut' mereka dengan menyatakan telefon bimbit setiap pemain dipantau pihak berkuasa, namun tidak berhasil. "Kita sedih dan kecewa kerana pemain yang masih muda sudah disogok untuk terlibat dalam kegiatan ini," katanya. Mohd. Tahir menyifatkan langkah Johor FC mengambil tindakan tegas adalah tepat kerana mahu kegiatan mengatur perlawanan dan rasuah dalam bola sepak ditangani dengan berkesan. Katanya, jika Johor FC hanya mengambil langkah 'menutup kesalahan' pemain, maka usaha pihak terlibat untuk memerangi kegiatan berkenaan menjadi sia-sia, sekali gus mencemar nama baik arena bola sepak negara. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan