Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


BAM tak layan permintaan MSN

Posted: 14 Mar 2012 05:47 PM PDT

Sukan

Chong Wei tetap disenarai ke Wuhan

'HATI' Majlis Sukan Negara (MSN) mungkin dilukai buat kali ketiga oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM)!

Ketika Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong menuntut BAM mengkaji secara serius penyertaan Lee Chong Wei di Piala Axiata dan Piala Thomas susulan kecederaan bahu yang dialami jaguh perseorangan itu di final Seluruh England Ahad lalu, badan induk itu tampak berdegil dan enggan melayannya.

"Buat masa ini, jaguh perseorangan itu tetap tersenarai ke Piala Axiata (minggu depan) dan pusingan akhir Piala Thomas (hujung Mei depan)," demikian reaksi Pengurus Besar BAM, Kenny Goh semalam. "Namun, sama ada dia bermain atau tidak akan ditentukan kemudian. Ia bergantung sejauh mana tahap kecederaan dan nasihat doktor pakar. Lagipun, tahap kecederaan pemain itu sebenarnya tidak begitu membimbangkan," kata Kenny yang baru pulang dari Seluruh England.

Kenny turut menegaskan BAM mendengar setiap pandangan dan sama seperti MSN serta jutaan rakyat Malaysia, badan itu turut berharap Chong Wei mampu menamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik Julai depan.

"Namun, BAM juga memberi tumpuan kepada Piala Thomas kerana kita mempunyai tradisi dan sejarah hebat dalam saingan piala berprestij itu. Jika Chong Wei benar-benar sudah pulih dan disahkan boleh bermain, mengapa tidak dia beraksi?

"Semua pemain utama dunia beraksi di Sukan Olimpik bermain di Piala Thomas mewakili negara masing-masing di Wuhan nanti. Sudah tentu Chong Wei juga tidak mahu ketinggalan. Ia juga mampu menjadi medan latihan dan persiapan ke London 2012," katanya.
Sebelum ini, Zolkples meminta BAM tidak menyenaraikan Chong Wei beraksi di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau bulan lalu, tetapi BAM berkeras dan terbukti jaguh perseorangan itu menjadi nadi penting di sebalik kejayaan skuad negara melepasi halangan berduri di Macau.

Tindakan BAM tidak menyenaraikan pegawainya dalam Pasukan Prestasi Tinggi (HTP) juga melukai 'hati' MSN, tetapi sekurang-kurangnya ia sudah terubat apabila mesyuarat Majlis BAM, baru-baru ini meluluskan Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani dimasukkan sebagai anggota baru HPT.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


FAM tuntut FIFA minta maaf

Posted: 14 Mar 2012 05:46 PM PDT

Sukan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya secara rasmi menuntut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) meminta maaf berhubung tindakan bekas ketua pegawai keselamatannya, Chris Eaton yang mendakwa pegawai FAM terbabit mengatur perlawanan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, surat berkenaan sudah dihantar menerusi penghantaran kurier, faks dan e-mel, kelmarin.

"Surat yang ditandatangani sendiri Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) dihantar kepada FIFA dengan tujuan meminta mereka memohon maaf di atas tuduhan yang dilemparkan Eaton itu. "Kami beri masa dalam seminggu dua ini untuk FIFA memberi maklum balas terhadap surat berkenaan," kata Azzuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi semalam.

Eaton sebelum ini membuat kenyataan kepada sebuah akhbar di Singapura pada 16 Februari lalu bahawa terdapat pegawai FAM terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan dan sehari kemudian dia terus meletak jawatan.

Namun selepas didesak memberi penjelasan, dia akhirnya hadir ke Wisma FAM pada 5 Mac lalu tetapi pada pertemuan itu, Eaton terus kekal berahsia tanpa mahu mendedahkan siapa pegawai FAM yang dimaksudkan itu.

Ditanya apakah tindakan lanjut FAM jika FIFA tidak memberi reaksi balas terhadap surat berkenaan, Azzuddin berkata: "Kita lihat dahulu apa maklum balas FIFA. Terlalu awal untuk beritahu apa tindakan susulan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan