Kosmo Online - Sukan |
Posted: Sambutan menakjubkan
KEJOHANAN Lumba Basikal tertua negara, Jelajah 1Malaysia yang baru dilancarkan 7 Mac lepas terus mendapat sambutan hangat. Setakat semalam, sejumlah 12 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada jelajah yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 13 Mei depan. Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed dalam satu sidang akhbar di Putrajaya semalam. "Seperti tahun lalu, kami menerima banyak permohonan daripada pasukan yang berminat mengambil bahagian. Namun, kami sangat selektif dalam pemilihan pasukan agar jelajah kali ini membawa kelainan dari segi kualiti. "Kami mahu perlumbaan Jelajah 1Malaysia benar-benar kompetitif dan kami hanya memilih sebanyak 20 pasukan untuk perlumbaan tahun ini berbanding 30 pasukan tahun lalu. "Jelajah 1Malaysia juga merupakan perlumbaan yang penting dalam kalendar sukan lumba basikal negara kerana ia memberi peluang kepada pelumba-pelumba tempatan untuk menimba pengalaman sebelum beraksi di peringkat yang lebih tinggi," kata Mohid. Pasukan benua dari Australia, Genesys Wealth Advisers akan kembali ke Malaysia bagi menebus kekecewaan yang dialami mereka selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 keseluruhan tahun lalu. Selain itu, pasukan benua dari Singapura, OCBC Singapore Cycling turut mengesahkan penyertaan pada perlumbaan kali ini. Antara pasukan luar negara yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Aisan Racing team dari Jepun, LBC Cycling (Filipina) dan Persekutuan Lumba Basikal Kazakhstan. Cabaran pasukan tempatan pula akan hadir menerusi pasukan benua dari Malaysia, Terengganu Cyling Team (TSG) bersama-sama pasukan negeri dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. Dua pasukan berstatus kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengesahkan penyertaan pada perlumbaan kali ini. | |
Harimau Muda kini fokus Liga S Posted: Harimau Muda kini fokus Liga SOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE PEMAIN-PEMAIN skuad Harimau Muda kini mengalih fokus mereka kepada Liga S setelah menamatkan kempen pada pusingan kelayakan Olimpik 2012. ASPEK kecergasan pemain akan menjadi agenda utama jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Albirex Niigata dalam saingan Liga Singapura (Liga S), Ahad ini. Ia ekoran Kim Swee hanya mempunyai tempoh tidak sampai tiga hari bagi membuat persiapan rapi menjelang perlawanan tersebut selepas skuad bimbingannya itu tunduk 0-3 kepada Syria dalam aksi penutup tirai Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdul- lah, Amman, Jordan malam kelmarin. Meskipun masa dilihat agak singkat, Kim Swee terpaksa memikirkan percaturan 'luar biasa' dengan kadar segera bagi memastikan momentum kemenangan skuad Harimau Muda dalam saingan Liga S dapat diterus- kan selepas berjaya mengutip enam mata maksimum setakat ini. Sebelum ini, Harimau Muda menewaskan Gombak United dan Tanjung Pagar United, masing-masing dengan keputusan 2-0 dan 3-0. Menurut Kim Swee, pertemuan menentang Albirex Niigata merupakan ujian yang cukup penting bagi menilai kemampuan sebenar anak-anak buahnya. "Saya sempat menyaksikan persembahan Albirex ketika menewaskan Woodlands sebelum ini dan mereka merupakan pasukan yang hebat. "Justeru, saya mahu barisan pertahanan kami memberikan tumpuan penuh kepada dua penyerang Albirex (Yasuhiro Yamakoshi dan Toshikazu Soya) pada perlawanan itu nanti," kata Kim Swee baru-baru ini. Terdahulu, dalam aksi kelmarin, dua gol Syria diledak oleh Mardek Mardkian pada minit ke- 48 dan ke-67 sebelum Omar Al Suma melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah kira-kira 10 minit sebelum perlawanan tamat. Meskipun memberikan saingan pada awal permainan, corak pantas skuad Olimpik negara dilihat mulai goyah setelah Mohd. Fadhli Shas diperintah keluar padang pada minit ke-53 oleh pengadil dari Iran, Mohsen Torki gara-gara dikatakan sengaja memijak Mohamad Daas. Disebabkan itu, Kim Swee terpaksa 'mengorbankan' arkitek berbakat, Nazmi Faiz Mansor untuk digantikan dengan Shahrul Saad bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mohd. Fadhli. Namun, ia masih belum cukup untuk mengekang cabaran skuad Hitham Jatal yang begitupun sekadar menempah slot playoff setelah peneraju kumpulan, Jepun mudah membenam cabaran Bahrain dengan keputusan 2-0 dalam satu lagi aksi kumpulan di Tokyo kelmarin. Dengan keputusan itu, skuad Olimpik negara sekadar menamatkan saingan di tempat tercorot tanpa sebarang mata, manakala Jepun (15 mata), Syria (12 mata) dan Bahrain mengutip sembilan mata. Dalam pada itu, Kim Swee turut berharap kecederaan pemain tengah, Gary Steven Robat pulih segera supaya dapat diturunkan apabila menentang Albirex nanti. "Walaupun khidmat Gary masih belum pasti diturunkan, kami tetap berazam untuk mencatatkan kemenangan ketika menentang Albirex nanti," katanya. | |
Piya tekad sekat Perak di Ipoh Posted: Piya tekad sekat Perak di IpohOleh YATIMIN ABDULLAH BADRI tidak mahu kekecewaan berulang di Ipoh apabila Kelantan menentang Perak esok. KAPTEN Kelantan, Mohd. Badri Radzhi atau lebih dikenali sebagai Piya mahu menjadikan pertemuan dengan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak esok sebagai medan untuk menebus keke- cewaan selepas tumbang 0-4 kepada lawan mereka itu musim lalu. Pemain kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu berkata, peluang menentang Perak akan digunakan sebaik mungkin bagi membantu Kelantan meraih tiga mata penuh selepas tidak beraksi ketika mereka tewas 0-4 musim lalu. "Musim lalu saya direhatkan gara-gara aksi kurang konsisten dan saya sekadar memanaskan bangku simpa- nan dalam pertemuan tersebut. "Itu cerita musim lepas, perlawa- nan Sabtu ini (esok) cukup penting buat saya dan rakan-rakan untuk mendapatkan tiga mata, seterusnya menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat, Lions XII dan Terengganu," katanya di Kota Bharu semalam. Tambahnya, tempoh rehat selama seminggu sudah cukup buat mereka mengembalikan semula tahap kecergasan selepas mengharungi jadual yang ketat sebelum ini. Perancang tengah The Red War- riors itu mengakui pertemuan dengan Perak bukanlah tugas mudah memandangkan skuad bimbingan Norizan Bakar dilihat cukup liat untuk dijinakkan, terutamanya beraksi di gelanggang sendiri. Menurutnya, Perak merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai ramai pemain hebat seperti Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Shahrulnizam Mustapha, Shafiq Jamal, dan tonggak import, Michael Kubala. Tambahnya, kelibat pemain tersebut perlu diberikan perhatian oleh rakan- rakan sepasukannya kerana mereka cukup berbahaya sekiranya diberikan banyak ruang untuk bergerak. Bagaimanapun katanya, dia telah bersiap sedia untuk mengharungi ujian getir tersebut dan menuntut rakan-rakan sepasukan untuk menjelmakan aksi terbaik dalam perla- wanan itu dengan meraih tiga mata penting. "Turun tanpa Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Subra (S. Sub- ramaniam), saya yakin Kelantan tidak berdepan dengan masalah kerana kita ada ramai pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mereka. "Saya harap rakan-rakan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut. Tanpa Mat Yo, jentera serangan Kelantan tidak pincang kerana pemain lain seperti Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohammad, S. Chanturu dan lain-lain mampu menjaringkan gol, termasuklah Onyekachi Nwoha," ujarnya. Mengulas mengenai corak latihan yang dijalankan pengendali kelahi- ran Croatia, Bojan Hodak, Piya berkata, dia selesa dengan apa yang telah diterapkan oleh jurulatih berkenaan. "Kami tidak mempunyai masalah dengan corak latihan Hodak. Bagi saya, beliau seorang jurulatih yang mempunyai kepakaran tersendiri." |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan