Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan

Posted:

Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan

KOTA BHARU - Teka-teki siapa pengganti Peter Butler akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) Bojan Hodak sebagai jurulatih baru skuad Kelantan.

Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pasukan negeri KAFA yang dipengerusikan oleh Rosmadi Ismail.

Rosmadi yang juga Naib Presiden KAFA berkata, pemilihan jurulatih kelahiran Croatia mengambil kira pengalaman dan kepakaran yang miliki oleh bekas pengendali pasukan UPB-MyTeam itu.

"Dengan pengumuman ini maka tamatlah segala spekulasi yang timbul sebelum ini tentang siapakah pengganti Peter Butler.

'Kita yakin dan percaya, kehadiran Hodak mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Peter Butler sebelum ini," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Su-Wei pemain Asia pertama ke babak akhir

Posted:

Su-Wei pemain Asia pertama ke babak akhir

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Hsieh Su-Wei menewaskan Eleni Danilidou 6-0, 4-6, 6-1 dalam pertarungan separuh akhir yang memakan masa selama satu jam 45 minit di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Pemain tenis wanita Taiwan, Hsieh Su-Wei sering mengadu mengenai kekurangan pencapaian dalam acara perseorangan berbanding beregu, namun nampaknya ia tidak lagi menjadi masalah untuknya mulai tahun ini.

Baru tiga minggu lalu pemain ranking ke-123 dunia itu mara sejauh separuh akhir Terbuka Pattaya dan rentak kecemerlangan itu diteruskan pada Terbuka Malaysia BMW.

Dia kini hanya selangkah daripada kejuaraan Jelajah WTA sulungnya selepas melayakkan diri ke perlawanan akhir di Bukit Kiara Ekuestrian & Country Resort, semalam.

Su-Wei, 26, mempamerkan aksi mantap untuk menumpaskan bekas pemain No. 14 dunia dari Greece, Eleni Danilidou 6-0, 4-6, 6-1 dalam pertarungan separuh akhir yang memakan masa selama satu jam 45 minit.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan