Utusan Online - Sukan |
Posted: Kritikan bawa ke suku akhirOleh Norzie Mohd. Khasbi
KUALA LUMPUR – Kritikan yang sering dilemparkan media, menjadi motivasi buat Liew Daren untuk melakar kejutan terbesar All England apabila melangkah ke suku akhir semalam hanya pada penampilan pertamanya dalam kejohanan badminton tertua di dunia itu. Pemain muda Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu mengiringi jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang menempah tiket suku akhir lebih awal, malah mengumumkan mengenai pelan persaraannya pada 2013 sejurus selepas bergelut untuk menumpaskan pemain muda Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 23-21, 21-18. Turun tanpa harapan tinggi dan hanya beraksi buat kali pertama di Birmingham, Daren berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat lapan terbaik dengan mengetepikan pemain harapan tuan rumah, Rajiv Ouseph 21-15, 21-10 dalam 32 minit. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. | ||
Posted: 'Kami telah dirompak'Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong tewas kepada pasangan China, Hong Wei-Shen Yeng 21-12, 17-21, 20-22 pada Kejohanan Badminton All England di Birmingham, semalam. - AFP KUALA LUMPUR - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menganggap perlawanan mereka telah 'dirompak' apabila layangan kad merah di hujung set penentuan membawa kepada kekalahan 21-12, 17-21, 20-22 kepada beregu China, Hong Wei-Shen Ye pada pusingan kedua Kejohanan Badminton All England di Birmingham, semalam. Pasangan No. 6 dunia itu, yang sebelum ini disifatkan ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her dalam keadaan terbaik untuk merampas kejuaraan berprestij itu, bagaimanapun terpaksa pulang hampa biarpun memulakan aksi dengan meyakinkan. Pada kedudukan genting 20-20 di set penentuan, pengadil dari England, Gavin Smith melayangkan kad kuning, disusuli kad merah kepada juara 2007 itu, sebelum menghadiahkan mata kepada pasangan lawan hanya kerana mereka meminta kebenaran untuk mengambil minuman dan mengelap peluh. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan