Berita Harian: Sukan |
Posted: 27 Apr 2012 02:38 PM PDT KANTUNG Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembung, semalam - terima kasih kepada 'bencana ciptaan Sarawak' yang derita terpaksa membayar denda lagi - kali ini RM46,000 membabitkan kesalahan langkah kawalan keselamatan ketika menentang Kelantan dalam Liga Super pada 7 April lalu. Episod ini ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' selepas hanya seminggu lalu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dipalit hukuman denda RM29,500 gara-gara kesalahan sama ketika menentang Lions XII pada 17 Mac lalu. Tambah perit, Robert Alberts dan anak didiknya dari skuad Bujang Senang terpaksa beraksi empat perlawanan di Stadium Negeri, Kuching tanpa kehadiran penonton berkuatkuasa serta merta. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenthe reader kenapa FAM tidak membuat semakan pada setiap perlawanan sama ada pasukan keselamatan mencukupi atau mengikut SOP. kalau FAM membuat semakan pasti perkara ini tidak terjadi seperti pasukan negeri tidak menyediakan pasukan/anggota keselamatan yang mencukupi. Lepas terjadi sesuatu terus salah kan pasukan negeri pulak. Adakah FAM serius dalam melaksanakan tanggungjawab mereka?... kalau dari awal2 lagi sudah mengetahui pasukan sarawak tidak menyediakan pasukan keselamatan yg cukup, terus saman on the spot lah atau batalkan saja perlawanan... sendiri tak perfect terus nak menghukum org lain.
TheBangs 'referee bias' ialah alasan team yang sikda modal nak gol. sarawak nang jaik main. sikperlu berik alasan macam ya. 90 minit perlawanan,cubalah gol.kalau referee bias dengan team sarawak,sik ada juak yang komplen. Khairul So referee yg bias x di ambil tindakan oleh FAM??? hahahah, bola sepak permainan yang di minati oleh kebanyakan rakyat namun FAM gagal menangani masalah2 dalaman. Mohd Hadi Arif FAM kebudak-budakan dan ada niat jahat disebaliknya terhadap pasukan Sarawak. Saya juga sokong semua denda itu tetapi bermain empat perlawanan dengan tiada penonton memperlihatkan pengurusan FAM tidak professional. FAM perlu ada SOP untuk semua pasukan yang bertanding dan tidak pilih kasih. Aruf Dillah Sarawak ada 5 Bahagian Utama - contoh Sibu dan Miri bolih dipilih tempat bermain selain Kuching-FAS perlu mencari jalan keluar beri peluang peminat Sibu atau Miri. |
V Shem-Khim Wah iringi kemaraan Chong Wei Posted: 27 Apr 2012 01:00 PM PDT Sukan JAGUH negara, Lee Chong Wei melangkah ke separuh akhir Terbuka India selepas menyingkirkan bekas juara Olimpik dari Indonesia, Taufik Hidayat sambil kemaraannya turut diiringi gandingan muda negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah yang terus mencuri tumpuan dalam acara beregu lelaki.V Shem-Khim Wah yang melakar kejutan menewaskan pasangan nombor satu Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano pada pusingan kedua kelmarin terus mempamerkan kehebatan mereka semalam dengan menewaskan pasangan Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dalam pertarungan tiga set dengan keputusan 21-17, 16-21, 21-10. Chong Wei yang sudah menjamin status sebagai pilihan pertama di Sukan Olimpik Julai depan dan kali pertama beraksi di kejohanan antarabangsa selepas pulih daripada kecederaan bahu pada Seluruh England Mac lalu kelihatan agak mudah mengatasi Taufik apabila menang 21-16, 21-13 dalam masa 34 minit. Pada separuh akhir hari ini, Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia dan pilihan pertama kejohanan bakal berdepan sama ada pemain Taiwan, Jen Hao Hsu atau Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark, manakala V Shem-Khim Wah akan berdepan pilihan kedua kejohanan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong yang menyingkirkan pasangan China, Wei Hong-Ye Shen 15-21, 21-17, 21-12.Sementara itu, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong gagal meneruskan kemaraan dalam beregu lelaki selepas tewas kepada pasangan Indonesia Angga Pratama-Ryan Agung Saputra 21-18, 15-21, 21-19. Dalam acara beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga gagal selepas tewas kepada pilihan ketiga dari Thailand, Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam 21-14, 15-21, 21-18 dalam masa 58 minit. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan