Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


City akan menang

Posted:

City akan menang

City akan menang

BALOTELLI berkemungkinan akan diturunkan pada perlawanan menentang Manchester United di Stadium Etihad, Selasa nanti.


MANCHESTER, England - Roberto Mancini yakin Manchester City mampu memenangi pertemuan derby dengan Manchester United pada awal pagi Selasa ini.

Begitupun, pengurus City itu menambah bahawa pasukannya juga masih berdepan kemungkinan terlepas gelaran Liga Perdana England itu kepada United.

City akan merampas takhta liga menerusi kelebihan perbezaan jaringan dengan baki dua lagi perlawanan seandainya menang di Stadium Etihad, Selasa nanti.

Namun, Mancini berkata City masih lagi berdepan laluan sukar selepas itu dan United akan terus menjadi pilihan untuk menjuarai liga tidak kira apa jua keputusan pada pertemuan Selasa ini.

"Mereka ada peluang lebih cerah berbanding kami kerana selepas aksi menentang United minggu ini, kami akan berhadapan Newcastle pula. Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar sebelum menutup tirai menentang QPR,"

kata Mancini.

"United pula akan menentang Swansea dan Sunderland. Saya fikir ia dua perlawanan mudah bagi mereka.

"Malah, kalau kami menang perlawanan (derby), mereka masih lagi menjadi pasukan pilihan," katanya.

Mancini tidak berdepan krisis kecederaan pemainnya dan mungkin akan menurunkan penyerang bermasalahnya, Mario Balotelli yang baru selesai daripada menjalani penggantungan tiga perlawanan.

"Semua pemain boleh beraksi," katanya.

"Saya ada dua hari untuk memutuskan siapa yang akan beraksi. Saya akan fikirkan sama ada untuk menurunkan Balotelli atau tidak."

Pada aksi di Old Trafford sebelum ini, City telah membelasah United 6-1 dan Mancini yakin kemenangan besar itu akan berulang minggu ini. – Agensi

'Jangan pandang mudah QPR'

Posted:

'Jangan pandang mudah QPR'

'Jangan pandang mudah QPR'


Jangan pandang mudah QPR


LONDON - Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo memberi amaran kepada barisan pemain The Blues agar melupakan kemenangan ke atas Barcelona pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Sebaliknya, Di Matteo menegaskan pasukannya yang menyingkirkan The Catalan dengan agregat 3-2 tidak memandang mudah terhadap cabaran Queens Park Rangers (QPR) dalam saingan Liga Perdana England hari ini.

Pengendali Itali itu percaya QPR yang kini berada dalam zon penyingkiran Liga Perdana England mampu menggugat The Blues.

Di Matteo memberitahu, barisan pemainnya harus memberikan tumpuan penuh pada aksi liga dan jangan terlalu dibuai mimpi indah selepas kejayaan melangkah ke final Liga Juara- Juara.

"Kami cuba untuk memenangi perlawanan tersebut dengan harapan untuk menghidupkan semula peluang menduduki kelompok empat teratas liga.

"Keutamaan kami adalah memberikan tentangan habis-habisan ketika menentang QPR.

"Perlawanan tersebut dijangka sukar memandangkan QPR kini bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.

"Kami mengetahui sangat sukar menentang pasukan yang berada dalam situasi tersebut sebagaimana ketika kami menentang Wigan Athletic," ujarnya. - AFP

Court Soccer, Puterawaja B juara

Posted:

Court Soccer, Puterawaja B juara

Court Soccer, Puterawaja B juara

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my


PASUKAN-pasukan yang meraih empat tempat teratas kategori Bawah 12 Tahun bergambar selepas berakhirnya saingan bagi kategori tersebut pada Sirkit Liga Futsal Remaja Johor di Batu Pahat semalam.


PASUKAN Court Soccer dari Kuala Lumpur dan Puterawaja B dari Johor Bahru masing-masing muncul juara kategori Lelaki Bawah 17 dan 12 tahun sirkit pertama Liga Futsal Remaja Johor Mpire Kosmo! 2012 di PB Futsal Parit Besar, Batu Pahat semalam.

Court Soccer muncul juara selepas menewaskan Beroleh FC dari Batu Pahat 4-0 pada perlawanan akhir manakala Puterawaja B menewaskan Soccer Extreme B dari Johor Bahru 3-1.

Tempat ketiga dan keempat bagi kategori Lelaki Bawah 17 tahun dimenangi pasukan dari Kluang iaitu Emperor FC setelah menewaskan Generasi Wawasan Pertama (GWP) juga dari Kluang 3-1.

Bagi kategori Lelaki Bawah 12 pula tempat ketiga dan keempat masing-masing dimemangi Sekolah Kebangsaan Bakri A, Muar dan Soccer Extreme A.

Tempat pertama hingga keempat bagi kategori Bawah 17 tahun masing-masingnya membawa pulang hadiah wang tunai RM700, RM500, RM300 dan RM200 berserta pingat manakala pemenang kategori Lelaki Bawah 12 tahun pula menerima RM500, RM300, RM200 dan RM100 serta pingat.

Keempat-empat pasukan dalam dua kategori itu layak secara automatik ke Grand Final yang akan diadakan di Johor Bahru pada 9 Disember depan.

Ketua pasukan Court Soccer, Muhd. Efiezal Kamaruddin, 17, berkata mereka berpuas hati kerana sasaran untuk layak ke Grand Final telah tercapai malah kemenangan tersebut juga merupakan satu bonus.

"Kami akan berlatih lebih gigih lagi selepas ini kerana pasukan-pasukan yang beraksi pada Grand Final kelak pasti hebat-hebat belaka," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan